“Orang Islam itu ialah orang yang orang Islam lain selamat dari lidah dan tangannya” (HR. Imam Bukhari).14 Mei 2008
Perpaduan
“Orang Islam itu ialah orang yang orang Islam lain selamat dari lidah dan tangannya” (HR. Imam Bukhari).Letak jawatanlah !
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata pilihan raya kecil akan membuktikan parti itu masih belum kehilangan sokongan. Katanya, beliau sendiri berani meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Hulu untuk diadakan pilihan raya kecil untuk membuktikannya.Jumlah Korban dalam Gempa Bumi di Sichuan meningkat kepada 11,921 orang
Beijing menyumbang derma sebanyak 3 juta yuan RMB manakala Shanghai menubuhkan pasukan kesihatan untuk menyertai kerja-kerja menyelamat. Tianjin pula menghantar 200 orang polis khas ke zon bencana hari ini dan menyumbang barang bantuan bernilai 3 juta yuan RMB; sementara pasukan penyelamat Hainan sudah diterbangkan ke Sichuan.
Palang Merah Hong Kong menderma wang sebanyak 500 ribu yuan RMB kepada Sichuan malam semalam dan menghantar kakitangan untuk menilai kesan kemusnahan di wilayah itu.
UMNO kena terima hakikat kekalahannya.
Pilihanraya ke 12 telah berlalu sudah, apa yang dianggap sebagai tsunami politik telah menyebabkan kerajaan BN di negeri-negeri pantai barat termasuk Perak telah jatuh kepada kerajaan baru.13 Mei 2008
MB dan ADUN Pakatan Rakyat Ke Parlimen dengan bas.
IPOH, 12 Mei :- Sejarah dilakar oleh ADUN-ADUN Pakatan rakyat bersama Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin apabila untuk pertama kalinya mereka ke Bangunan Parlimen dengan menaiki bas bersama-sama.11 Mei 2008
Perakan Perak dilancarkan.
BUKIT GANTANG, 10 Mei :- Persatuan anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) telah melebarkan sayapnya di negeri Perak apabila pelancaran resmi cawanganya di Perak telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Kelantan YB Abdul Patah Mahmood di sini hari ini. Hadir sama dalam program tersebut ialah ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim.Pada Program tersebut ADUN Titi Serong yang juga merupakan anak Kelantan yang menetap di Perak telah menyerahkan borang keahlian Perantau kepada Setiausaha Agung Perantau Malaysia.
Dalam ucapan peresmianya, YB Patah antaranya menyatakan hasrat untuk melihat Perakan bertambah maju dengan meningkatkan kerja-kerja Amal Ma'rof dan nahyi Mungkar. Katanya semangat berpersatuan dan berkumpulnya warga di Kelantan di luar Kelantan agar jangan luntur dan pudar bila balik ke negeri Kelantan.
ADUN titi Serong dalam ucapannya, mengucapkan tahniah kepada KKWK Perak yang telah berjaya menjayakan Program dan sekaligus membawa kepada penubuhan Perakan Perak. Beliau berharap Perakan akan berperanan terus bagi menyokong terus kerajaan yang benar perjuangannya berlandaskan Islam yang kita anuti, adakah di Kelantan mahupun membantu kerjaan Pakatan Rakyat Perak.
Sihatkah aku pada usia 58 tahun ?
Kerajaan bersetuju melaksanakan dua dasar pemberian pencen iaitu menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun dan menghapuskan syarat penyusutan pencen terbitan. Selain itu umur persaraan kakitangan awam juga dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun dan menambah baik peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dari segi kaedah pelaksanaannya.Pelik Tapi Benar....
Berita di Utusan Malaysia hari ini cukup mengejutkan saya Utusan Malaysia melaporkan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob, 58 tahun akan dicalonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Macamlah tidak ada lagi orang muda di Malaysia. Kalau beginilah keadaannya benarlah teori mengatakan UMNO akan pupus dalam waktu yang terdekat.Berita penuh seperti berikut:-
KUALA LUMPUR 9 Mei – Kesemua 14 bahagian Pemuda UMNO Pahang akan mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob berkata, pihaknya beranggapan Adnan merupakan calon terbaik bagi mengisi jawatan berkenaan kerana beliau seorang yang berkarisma dan memiliki personaliti tegas yang sesuai bagi mengawal golongan muda dalam parti.
“Kesemua Ketua Pemuda bahagian di Pahang telah bersetuju untuk mencalonkan Adnan dalam mesyuarat yang akan bermula Oktober depan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Khairuddin, Pemuda UMNO kini berhadapan dengan krisis kepercayaan untuk memilih pemimpin baru berikutan ketua sedia ada, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.
Katanya, beberapa nama yang disebut-sebut untuk jawatan itu setakat ini dilihat masih belum mampu untuk mengemudi Pergerakan Pemuda UMNO dengan berkesan terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menyaksikan UMNO memerlukan pemulihan yang serius.
“Beliau (Adnan) seorang yang berani, seorang yang vokal dan banyak pengalaman dalam politik,” katanya.
Khairuddin juga melahirkan keyakinan Adnan, 58, akan bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan sokongan itu datang dari peringkat akar umbi Pemuda UMNO Pahang.
“Adnan Yaakob tidak akan suka untuk menawarkan diri (bagi jawatan Ketua Pemuda) tetapi kemungkinan besar beliau akan menimbangkan jika ada permintaan," ujarnya.
Mengenai kenyataan Adnan sebelum ini yang tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi bagi memberikan tumpuan kepada usaha memperkuatkan parti, Khairuddin berkata, jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah platform terbaik untuk Adnan berbuat demikian.
Jelasnya, amat merugikan jika bakat dan kepimpinan Adnan hanya bertumpu di Pahang sedangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pahang telah memperlihatkan prestasi yang baik dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Ketokohan Adnan dalam memimpin Pahang, kata Khairuddin, mungkin boleh dilebarkan dan digunakan untuk memperkukuhkan kembali Pemuda UMNO.
Beliau menjelaskan, analisis awal pilihan raya umum lalu menunjukkan kehilangan undi BN banyak berlaku dalam kalangan pengundi muda dan situasi itu menuntut sayap muda berusaha lebih gigih menarik sokongan golongan itu kepada UMNO.
Beliau juga mencadangkan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mempertahankan jawatannya.
Katanya, Ahli Parlimen Rembau itu masih muda.
“Masa menyebelahinya dan mungkin dia boleh menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan lain selepas Disember ini,” katanya.
Ditanya mengenai usia Adnan yang kini telah mencecah 58 tahun yang mungkin dilihat terlalu tua untuk memimpin Pergerakan Pemuda UMNO, Khairuddin berkata, perkara itu bukan satu halangan.
“Sejarah UMNO memperlihatkan seorang pemimpin senior iaitu Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar pernah mengetuai Pergerakan Pemuda kerana situasi politik ketika itu menuntut orang luar memulihkan semula idealisme Pemuda UMNO,” katanya.
10 Mei 2008
Ir. Nizar : Laksanakan tugas tanpa ada tekanan dari mana-mana pihak
PARIT BUNTAR, 8 Mei:- Semua penjawat awam diminta menjalankan tugas tanpa ada tekanan dari mana-mana pihak dan jauh sekali dari melaksanakan tugas yang tidak mencerminkan ketidak adilan. Demikian antara intipati ucapan Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Ir. Muhamad Nizar Jamaludin semasa menyampaikan ucaptama dalam taklimat pembangunan Daerah Kerian di sini hari ini.Beliau juga menegaskan rasa bersyukurnya dengan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan PR kerana itu juga Beliau datang untuk menunjukkan rasa bertanggungjawab bagi memajukan Daerah Kerian.
Kerajaan PR juga menyedari penduduk Perak memerlukan bantuan kita semua, oleh itu Menteri Besar memohon kerjasama daripada semua ketua jabatan untuk memberi kerjasama kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat bagi menjayakan hasrat tersebut.
Ir. Nizar menegaskan bahawa kerajaan PR adalah kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat yang mahukan perubahan. Sambil menjelaskan bahawa teras dan dasar kerajaan PR adalah adil, amanah, keterusan, kewibawaan dan kebajikan.
Katanya "Kalau ada tekanan terdahulu telah pun diangkat, maka lakukan tugas dengan penuh tanggungjawab sebelum kelak ditanya oleh Allah".
Menteri Besar mengajak hadirin supaya tidak melayan tomahan masyarakat dan berikan segala tenaga dan kerja tanpa dengan tujuan memuaskan pihak tertentu. Menteri Besat mahu pejabat Daerah Kerian disukai oleh rakyat dan menyenangkan mereka. Beliau berkeyakinan seluruh kakitangan dapat melakukan lebih baik dari yang diharapkan.
Menteri Besar memohon semua pihak agar meraikan perubahan kerajaan di Perak, sambil memohon maaf jika ada kesalahan selama 50 hari kerajaan PR menerajui Perak.
Pertemuan tersebut yang berlaku dalam suadana penuh keakraban dimulai dengan taklimat pembangunan oleh Pegawai Daerah Kerian, Encik Ismail Bin Hassan. taklimat tersebut juga dihadiri oleh 5 exco kerajaan Perak, semua wakil rakyat Parlimen dan DUN Daerah Kerian serta semua ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan. Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato' Dr. Abdul Rahman Bin Hashim.
09 Mei 2008
Tazkirah Jumaat : mencari kedamaian
Lazimnya, suatu rahmat Allah di muka bumi ini, seperti suasana kedamaian, akan terasa sekali besar maknanya oleh orang orang yang pernah hidup dalam suasana tidak damai. Sebab, tersangat berat dan sangsaranya hidup dalam keadaan tidak damai. Makanya, Islam sebagai agama rahmat menjunjung tinggi perdamaian dan mengajak seluruh umat manusia untuk berdamai dan mempertahankan nilai-nilai kedamaian dalam hidupnya.
Malah satu cara yang diajar Islam yang menjunjung tinggi perdamaian ialah menganjurkan manusia untuk bermusyawarah dalam setiap perkara. Dengan musyawarah, diharapkan semua pihak tidak salah faham terhadap perkara yang sedang dipersoalkan. Selanjutnya, Islam mengajak semua umat manusia untuk berlaku adil. Sebab, ketidakadilan adalah salah satu benih benih yang membawa perpecahan dan suasa tidak damai.
Islam juga mengajak manusia untuk bersikap diam, seandainya apa yang akan dikatakan tidak bermanfaat. Yang tidak kalah pentingnya, Islam menganjurkan manusia untuk saling memberi salam. Salam membawa makna damai. Dengan demikian, memberi salam adalah suatu usaha melahirkan kedamaian. Kesimpulannya, Islam mengajak manusia untuk mewujudkan kedamaian melalui lisan, sikap, dan perbuatan. Persoalannya sudah sampai di mana kita sudah melaksanakannya?
Rakyat bawahan macam kami memang sayang dan kasih kepada semua Raja Raja Melayu
hj sahri kg kedah berkata... Salam. Saya dari Parit Buntar.. Saya baru balik dari majlis bersama MB tadi. Malang beliau tak dapat hadir. Di surau tadi ramai yg kecewa kerana tak dapat nikmati kemeriahan merayakan kemenangan yg sangat bermakna kpd rakyat yg lama tertindas di bawah UMNO , MCA dan MIC. Wajah wajah bersih yg hadir di padang Majlis tadi semua rakyat yg berpendapatan rendah, miskin dan sederhana aja. Mereka adalah insan insan yg tertingggal dibumi bertuah ini. Mereka bukan datang dgn kereta menjalar saperti warga kelas satu BN. Mereka adalah orang kebanyakan, ada yg berniaga digerai gerai, yg bersawah sekangkang kera dan yg berjaja di pasar pasar tani saja.Mereka adalah yg tertindas dibawah regim yg mendakwa cemerlang , terbilang dan gemilang .tetapi temberang! Balik ke rumah terus buka internet dan rasa amat meluat membaca tulisan dlm blog dan web berkaitan UMNO yg tak ada kerja lain selain kerja report POLIS. Kaji dan telaah telatah pelakon pelakon UMNO yg gila dan naik sasau kerana kalah teruk tapi masih hantuk kepala kat dinding , tak percaya ini yg terjadi iaitu kalah TKO di lima negeriIsu sayang dan hormat Sultan dan Raja Raja Melayu di jadikan bahan memutar lidah bercabang mereka. Boleh percaya kah dgn mainan lidah UMNO yg terjelir jelir itu? Sayang dan sanjung Raja raja Melayu?.
sumber asal :https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1648034074443974415&postID=1081084774304415773&page=1
Menteri Besar melawat Parit Buntar hari ini
PARIT BUNTAR, 8 Mei:- YAB Dato' Seri Menteri Besar Perak akan mengadakan lawatan kerja dan pemimpin bersama rakyat di kawasan Parit Buntar pada hari ini. Jadual lawatannya seperti yang telah difakskan dari pejabat Menteri Besar adalah seperti berikut. Pada pukul 2.30 petang, Menteri Besar akan memulakan lawatan kerja ke Pejabat Daerah Kerian dan satu taklimat khas akan diberikan oleh pegawai daerah kerian.Gandum oh gandum...
Pagi tadi setelah sembahyang subuh bersama rakyat, saya sempat singgah di sebuah gerai menjual roti canai. Tuan punya gerai merungut dan berkata harga gandum sangat mahal. Tidak salah katanya RM2.60 sekilo, sedangkan katanya sebelum ini cuma seringgit lebih sekilo.Sebelum ini, saya hanya membaca di akhbar dan bukannya rungutan secara langsung dari empunya diri. Rasanya masih belum terlewat golongan peniaga kecil perlu diberi semangat untuk meneruskan usaha perniagaan yang tidak seberapa itu.
Ternyata mereka sangat tersepit dalam keadaan untuk memuaskan hati pelanggan dan mendapat sedikit keuntungan yang diharapkan. Disinilah islam menganjurkan supaya kita ikhlas dalam melakukan segala kerja harian walaupun berniaga kecil-kecilan di tepi jalan.
Sebetulnya, semua barang mengalami kenaikan secara mnedadak. secara mudah menggambarkan kerajaan gagal untuk membela nasib rakyat yang semakin miskin. Walaupun duit ada tetapi tidak cukup untuk membeli dalam menampung keperluan hidup seharian. Kalau setengsh pihak boleh berbangga dengan kenaikan gaji disebalik itu apakah nasibnya orang-orang yang tidak makan gaji?
Semoga Allah mendatangkan pemimpin yang adil untuk membetulkan segala kemelut yang semacam tidak ada kesudahannya.
08 Mei 2008
Apa sudah jadi ?
Kenaikan harga beras nampaknya mendahului isu panas dalam negara pada saat ini. kelmarin saya dikunjungi oleh seorang pengusaha kantin untuk mengadu masalah kenaikan harga barang yang "mengila" pada masa sekarang.Menangis.
“Dua mata yang tidak akan terkena api neraka iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah” (HR. Ath Thabrani).