23 Oktober 2012

Para Pemimpin Dan Ahli PAS Diminta Hadapi Serangan UMNO-MCA-Perkasa Dengan Berhemah & Ingat Operasi Lalang

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

PAS perlu respon isu-isu dan serangan bertubi-tubi UMNO-MCA-Perkasa yang datang sekaligus. 

Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.

Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif. 

Tujuan mereka menyerang adalah untuk mengharapkan kita memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang.

Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi.

Tidak perlu untuk mengulangi di sini apa yang diserang Umno-MCA-Perkasa termasuk kesanggupan mereka membiarkan agama Islam dipersendakan, 

Kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan mereka terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno memahamkan mereka tentang Islam.

MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta memahami sensitiviti umat Islam.

Islam mengajar kita agar menjawab hujah dengan hujah bukan emosi amarah yang tidak terbendung. Firman Allah, “Dan apabila kamu berbicara dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.

Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk  beristiqamah dalam perjuangan. Respon dengan berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan hujah. 

Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat.

PAS  mengingatkan semua tentang operasi Lalang yang dicetuskan oleh MCA dan Umno. Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kerja di KL, hujung minggu di Kulai untuk Pakatan

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Suki adalah petugas sepenuh masa ibu pejabat DAP di Pudu, Kuala Lumpur. Namun, setiap hujung minggu, Suki akan pulang ke rumahnya di Kulai, Johor.

Suki atau nama sebenarnya Wong Shu Qi pulang untuk membantu aktiviti DAP di kawasannya terutama di Dun Senai dan Parlimen Kulai tempat beliau dan keluarga tinggal.

Sebagai bekas wartawan, Suki sangat mudah bergaul dengan penduduk sekitarnya. Beliau yang terlepas untuk mengundi pada tahun 2008 tidak sabar-sabar untuk mengundi buat pertama kalinya dalam pilihan raya ke 13 ini.

"Mak saya tidak benarkan saya balik sebelum 2008 lalu kerana katanya Johor tidak selamat. Ragutlah, rogol dan macam-macam lagi kes jenayah," cerita Suki (gambar kanan) ketika ditemui di sebuah kedai kopi di pekan lama Kulai.

Namun selepas apa yang berlaku pada pilihan raya tahun 2008, keluarga beliau membenarkan Suki pulang ke tanah air dan bekerja di Kuala Lupur.

Ibunya seorang guru manakala hampir kesemua keluarganya yang lain bekerja di Singapura walaupun tinggal di Johor.

Malam minggu lalu, lebih 1,300 khasnya masyarakat Cina di Kulai menyertai majlis makan malam anjuran DAP Kulai di sebuah restoran mewah.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang adalah antara tetamu utamanya.

Majlis makan malam itu adalah siri majlis makan malam yang dianjurkan DAP untuk mengumpul dana untuk pilihan raya umum ke 13 mereka.

Hampir kesemua majlis ini 'full house' sehingga kadang-kadang melimpah keluar. Di majlis macam inilah, DAP akan menjual bahan-bahan kempen mereka berupa mascot, baju, topi dn sebagainya.

Suki adalah antara organizer majlis ini bagi pihak DAP. Ia majlis yang penuh makna untuk Suki dan DAP di Kulai ini.

"Semasa pilihanraya umum 2008, orang-orang Johor tidak terlibat dengan tsunami politik. Selepas itulah, orang Johor baru sedar kita boleh berubah. Masa itulah juga mak saya benarkan saya pulang," beritahu Suki kpeda Harakahdaily.

Atas sebab itulah, katanya, Johor kini sedang alami gelombang perubahan. Hampir kesemua program yang dianjurkan Pakatan Rakyat mendapat sambutan yang hangat.

Hujung minggu lalu, lebih 5,000 menyertai majlis di Sutra Mall, Skudai, lebih 1300 menyetai majlis makan malam di Tropical Garden, Kulai dan lebih 1,000 memenuhi Dewan Chun Moi, Kota Tinggi.

Semuanya melambangkan sambutan dan gelombang perubahan di Johor.

Pada mata kasar, gelombang ini kelihatan berlaku dengan jelas di kalangan masyarakat Cina, namun kajian terbaru yang dibuat Universiti Malaya menunjukkan ia juga berlaku di kalangan masyarakat Melayu khasnya di bandar dan pekan.

Gelombang masyarakat Cina ini memberikan kesan besar kepada kedudukan politik di Johor. Ini kerana, persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 telah menyebarkan pengundi Cina ke merata kerusi pilihan raya di Johor.

Strategi BN ketika itu adalah untuk menghadapi kebangkitan pengundi Melayu yang dikesan pada pilihan raya 1999. Untuk menghadapinya, strategis BN telah memasukkan banyak pengundi Cina ke kawasan DUN atau Parlimen yang selama ini mempunyai majoriti pengundi Melayu yang ramai.

Hasilnya, banyak kerusi DUN di Johor mempunyai lebih 40 peratus pengundi Cina. Dengan kebangkitan mereka, kerusi-kerusi inilah yang mempunyai potensi besar untuk jatuh kepada Pakatan Rakyat termasuk DUN dan Parlimen yang bakal ditandingi PAS sendiri.

"Ibu saya Cina, ayah saya Melayu. Jadi badan saya ini yang kiri Cina dsn yang kanan Melayu. Jadi, tuan-tuan jangan bimbang untuk mengundi PAS kerana di badan saya saja kita semua sudah bersatu," kata Salahudin Ayub ketika berucap di Restoran Tropical Garden, Kulai hujung minggu lalu.

Salahudin disebut-sebut bakal bertanding di kerusi campuran sebegini iaitu Parlimen Pulai dan Dun Nusajaya.

Dengan kenaikan 4 - 5 peratus pengundi Melayu untuk Pakatan sebagaimana kajian Univerisiti Malaya (UMCEDEL) dan sokongan sehingga 80 peratus pengundi Cina, Johor bakal menjadi penyumbang besar kepada Pakatan untuk membolehkannya menuju Putrajaya.

harakah/-

Penduduk kesal Orang Asli gondolkan hutan

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -












LABIS – Penduduk Kampung Tenang di sini melahirkan rasa bimbang dengan tindakan sekumpulan Orang Asli yang sesuka hati menebang serta membersihkan Hutan Simpan Kekal Labis yang telah diwartakan kerajaan.


Seorang penduduk, Ahmad Faizal Ab. Aziz, 34, mendakwa, perlakuan Orang Asli berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan kerana mereka bukan sahaja menebas ranting dan semak-samun tetapi turut membakar semua kayu balak yang ditebang.

“Kami tertanya-tanya adakah perbuatan mereka mendapat restu dan kelulusan pihak berkuasa tempatan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

selatan online/-

DHPP tekad menangkan calon PAS di Sabah

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -




KOTA KINABALU:
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi negeri Sabah kali ini dilihat lebih menarik apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini telah menyatakan kesediaan menggerakkan jentera mereka membantu PAS.

Mereka yang kini disertai lebih 3,000 ahli di sini, bakal membantu calon PAS yang bertanding di beberapa kawasan, khususnya dalam usaha menarik pengundi bukan Islam untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Naib Ketua (Kaum Cina) DHPP Pusat, Vincent Lee berkata, pihaknya kini memberi tumpuan di beberapa kawasan yang dikatakan akan ditandingi calon PAS termasuk di Dun Pitas yang terkenal sebagai kawasan paling miskin di Sabah.

Mereka akan turun sebagai pasukan yang akan memberi penjelasan berhubung isu agama yang sering dimainkan BN kepada pengundi bukan Islam khususnya isu hudud yang diperjuangkan PAS.

"Bagi kita, rakyat Sabah tidak ada pilihan lain selain memilih calon PAS dan Pakatan Rakyat jika mahu merubah nasib mereka dan negeri ini

"Ini kalilah, rakyat Sabah perlu membuat perubahan demi masa depan mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Di Dun Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian.

Paling menarik, DHPP di Pitas seperti yang dilaporkan Harakahdaily sebelum ini digerakkan oleh seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor, Otou @ Francis Singoron.

Sabtu lalu, DHPP juga turut melancarkan tabung pilihan raya peringkat Sabah untuk membantu gerak kerja calon PAS di Pitas yang disempurnakan sendiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pelancaran itu dibuat sempena program Konvensyen Politik Baharu Sabah yang buat pertama kalinya disertai semua parti dalam Pakatan Rakyat.

Ianya termasuk Pakatan Perubahan Sabah yang diketuai Datuk seri Panglima Lajim Ukin serta Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing serta bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong yang kini menyertai PKR.

Sebagai permulaan, tabung ini telah menerima sumbangan awal dari Semenanjung sebanyak RM2,000.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr. Siti Mariah Mahmud yang juga Ahli Parlimen Kota Raja pernah melawat ke Pitas baru-baru ini.

Dana PAS Kawasan yang amat terhad juga menjadi kekangan untuk melaksanakan gerak kerja dengan jayanya di sini.

Program bantuan kebajikan kepada rakyat amat sukar dilaksanakan.

Keperluan pengangkutan menjadi keutamaam kerana kebanyakkan jalanraya yang ada hanya boleh dilalui pacuan 4 roda sahaja.

Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang sudi membantu PAS di Pitas ini, bolehlah memberikan sumbangan terus ke akaun Ambank Islamic Parti Islam Semalaysia kawasan Kudat 1690020154073.

harakah/-

Akhirnya Mami Shahrizat mengaku kalah..

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

 Ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya hari ni menyatakan dan memberi sokongan penuh kepada Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon untuk bertanding mewakili Umno/BN bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Semua tahu bahawa sebelum ini mereka berdua berseteru kerana berebut nak jadi calon Umno/BN bagi kawasan parlimen tersebut. Mungkin Mami Ijat dah mula sedar yang dia bukan lagi calon favourite bagi kerusi tersebut angkara skandal lembu yang sedang di hadapinya ketika ini.

Ayat cover line yang Mami Ijat keluar cukup2 terharu kerana katanya dia dah memberi sokongan kepada Nong Chik ni sejak 3 tahun lepas lagi tapi baru hari ini dia umumkan nya. Nak cover seolah2 rakyat kawasan parlimen tu tak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua atau mungkin Mami Ijat dah sedar bahawa nama dia sudah tak tersenarai sebagai calon untuk kali ini.

Walaupun track record Mami Ijat di parlimen Lembah Pantai agak baik, namun hanya kerana lembu, maka peluang untuk dioa merampas kembali kerusi tersebut dari anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah terpadam terus.

Kemenangan Nurul Izzah di Lembah Pantai memang sesuatu yang mengejutkan. Bayangkan seorang yang tiada pengalaman seperti Nurul Izzah sebagai MP mampu untuk menumbangkan calon favourite yang di katakan selamat.

Letak la sesiapapun kat lembah Pantai tu kali ini jika sentimen rakyat masih belum berubah, maka kemenangan yang di cari oleh Umno/BN nampak tipis. Dan PRU 13 kali ini akan membuktikan bahawa rakyat yang matang dan tidak terbatas sumber informasinya akan menolak Umno/BN buat selama2nya.

 ada aku kisah/-

Keadaan jalan makin teruk

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Keadaan jalan makin teruk
Pengguna terpaksa menggunakan bahu jalan untuk mengelak lubang terbabit.
 
JENGKA - Keadaan jalan berlubang di hadapan Balai Bomba Bandar Jengka semakin kritikal, lebih-lebih lagi pada musim hujan kini.

Peniaga di situ, Yusuf Awang, 68, berkata, keadaan lubang yang terbentuk sejak lebih setahun lalu itu semakin teruk menyebabkan pengguna terpaksa mengelak dengan menggunakan bahu jalan sehingga berlecak.

“Pengguna terpaksa menggunakan bahu jalan untuk mengelak lubang semakin teruk itu.

“Saya harap lubang-lubang itu dapat dibaiki segera sebelum menjadi bertambah teruk. Lebih-lebih lagi ketika musim hujan,” katanya.

Sinar Harian difahamkan berlaku beberapa kes di mana penunggang motosikal terjatuh hingga tercedera kerana tidak sempat mengelak lubang itu.

Bagaimanapun, masalah itu dipercayai akan diselesaikan sebaik sahaja jalan di taman perumahan sekitar bandar ini siap dibaik pulih tidak lama lagi.

sinar/-

Tidak tahan atap bocor

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Tidak tahan atap bocor
Talib menunjukkan besin digunakan untuk menadah air hujan yang memenuhi biliknya.
 
TEMERLOH – Seorang pesara kerajaan di Kampung Buntut Pulau, di sini, terpaksa menyediakan lebih 10 besin untuk menadah air setiap kali hujan berikutan keadaan atap rumahnya bocor.

Pesara Majlis Daerah Temerloh (kini Majlis Perbandaran Temerloh) itu, Talib Saheh, 72, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk membaiki kerosakan berikutan hanya menerima pencen sebanyak RM370 sebulan.

Menurutnya, dia juga tidak mampu mengambil upah menoreh getah lagi berikutan keadaan kesihatannya semakin teruk sejak kebelakangan ini.

Isterinya, Jahar Samiah Kassim, 62, pula terpaksa mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan kira-kira RM450 sebulan.

Talib berkata, dia tinggal bersama tiga cucu dan dua anak termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU) yang pernah memohon bantuan membaiki rumah daripada kerajaan beberapa tahun lalu.

“Dua kali orang datang ambil gambar. Mereka kata hendak bagi bantuan ganti atap. Saya tidak tanya mereka daripada mana dan kali terakhir mereka datang kira-kira setahun lalu,” katanya.

Menurutnya, selain masalah atap bocor di dapur dan ruang tamu, dia juga tidak pernah menggantikan kabel elektrik rumahnya yang berusia lebih 40 tahun.

“Masalah ini sangat membimbangkan saya kerana kabel dalaman elektrik perlu ditukar baru selepas 15 tahun untuk mengelak litar pintas yang boleh menyebabkan rumah kami terbakar,” katanya.

Talib berkata, atap rumahnya juga rosak teruk terutama di bahagian ruang tamu, dapur dan bilik anaknya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan isterinya terpaksa menggantikan tilam dan bantal dalam bilik tidur, malah makanan di dapur cepat rosak kerana terkena air hujan.

Sehubungan itu, Talib merayu kerajaan membantu menukar atap rumahnya di bawah skim baik pulih rumah diumumkan kerajaan kerana keluarganya benar-benar tidak mampu.

sinar/-

Takdir suami lumpuh

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 
KASIH ABANG...Abdul Razak membantu Ismail yang lumpuh minum air.
KASIH ABANG...Abdul Razak membantu Ismail yang lumpuh minum air. 
 
GELANG PATAH: Hanya kerana penat dan berputus asa selepas suami yang lumpuh tidak sembuh sejak 11 tahun lalu, seorang isteri menghantar suaminya ke rumah keluarga lelaki itu di Taman Nusantara, di sini, sejak awal tahun ini.

Lebih mendukacitakan, wanita berusia 46 tahun itu dikatakan sudah memfailkan tuntutan fasakh di mahkamah syariah di ibu negara bagi melepaskan tanggungjawabnya.

Wanita itu yang kini menetap di Gombak, Selangor, turut meninggalkan dua anak mereka untuk dijaga keluarga suaminya dan hanya beberapa kali menziarah mereka sejak awal tahun ini.

Perkara itu didedahkan Abdul Razak Ismail, 48, yang kini menjaga adik iparnya, Ismail Hashim, 41, yang lumpuh separuh badan, selain menghadapi kesukaran untuk bercakap dan lemah ingatan.

Dia ditinggalkan bersama dua anaknya, masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 11 dan 15 tahun.

metro/-

Derita sakit kulit sejak 4 tahun

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Derita sakit kulit sejak 4 tahun
Nur Irmanyanti malu apabila ada yang merenung tangan dan kakinya. Gambar kecil: Rahimah
 
PASIR MAS - Seorang kanak-kanak 11 tahun di Kampung Kedondong di sini, mungkin terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang guru, dewasa kelak.

Ibu, Rahimah Salleh, 51, berkata, anaknya Nur Irmanyanti Semaun tidak dapat ke sekolah, setelah penyakit kulit yang dialami sejak empat tahun lalu, menjadi semakin serius.

Menurutnya, Irmanyanti yang juga penyakit sindrom down, ditakuti oleh rakan sepermainan kerana penyakit kulit yang dialami.

“Jika ubatnya habis, kulitnya akan kering dan bergumpal di hujung jari kaki dan tangan.

“Irmanyanti akan menangis jika saya potong kulit kering dan kuku di tangan dan kakinya,” katanya.

Katanya, bagi mengelakkannya menggaru hingga berdarah, dia terpaksa membelanjakan RM400  untuk perbelanjaan perubatan di klinik swasta.

Rahimah berkata, suaminya, Semaun Ismail, 59, yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah dekat sini, terpaksa menghabiskan semua gajinya untuk perubatan dan persekolahan dua anaknya, di tingkatan satu dan tiga.

Dia berharap agar pakar kulit sedia membantunya agar dapat mencari penawar kepada penyakit anak bongsunya ini.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir, Abd Aziz Mohamad berkata, pihaknya sudah memanjangkan bantuan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“InsyaAllah, bantuan ini akan diluluskan agar dapat membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna, kelak,” katanya, selepas melawat Irmanyanti, semalam

sinar/-

PERSIAPAN UNTUK HARI AKHIRAT

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Salah satu daripadanya ialah hidup sebelum mati. Hayat yang ada ialah peluang yang paling berharga bagi seorang hamba Allah. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Kematian adalah ketentuan Allah dan merupakan penamat segala kehidupan serta penutup segala peluang untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Mulk, ayat 2:
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ
Maksudnya:  “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Berkuasa lagi amat Pengampun.”
Selagi kita masih hidup, sama ada kita masih muda atau lebih-lebih lagi jikalau sudah tua hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakukan amalan yang akan menjadi bekalan untuk hari akhirat. Kita sewajarnya menumpukan perhatian dan masa untuk berbakti kepada Allah dan memperbaiki segala ibadat.
Seorang pemuda pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Wahai Rasulullah S.A.W. siapakah insan yang paling baik?”.  Rasulullah S.A.W. menjawab, “orang yang panjang usianya dan baik amalannya”. Pemuda itu bertanya lagi, “Siapa pula insan yang paling keji?” Baginda menjawab,  “Orang yang panjang usianya tetapi jahat lakunya.”
Berikut ialah persiapan-persiapan yang sewajarnya kita lakukan kerana kita sepatutnya sedar bahawa usia ini akan berakhir pada bila-bila masa. Antaranya ialah:-
1)      Kita hendaklah meluangkan masa untuk belajar atau menuntut ilmu khasnya memastikan akidah dan amal ibadat kita sah menurut Islam. Amalan yang baik dapat menambah keberkatan hidup dan memanjangkan usia.
Rasulullah bersabda “ Tiada yang dapat menolak ketentuan takdir melainkan doa dan tiada yang dapat memanjangkan usia melainkan amal kebajikan.” (Imam Tarmizi)
2)      Memilih sahabat yang baik serta mampu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan kita, membantu meningkatkan kefahaman terhadap agama serta berani menegur ketika kita melakukan kesilapan.
3)      Kita juga hendaklah selalu bertaubat dan berusaha mengembalikan hak kepada yang berhak serta memohon maaf dan memberi kemaafan sesama insan.
4)      Selalu berdoa mengharapkan pertolongan Allah S.W.T.
Kesimpulannya, kita harus mensyukuri nikmat usia yang dikurniakan Allah dengan meningkatkan ilmu, beramal soleh dan menghiasi kehidupan ini dengan akhlak yang mulia. Selain itu, kita perlu melazimi taubat kepada Allah S.W.T dan memohon doa agar sentiasa ditetapkan iman dan mencapai husnul khatimah. Janganlah kita sesekali lalai dengan kehidupan dunia yang hanya sementara. Sebaliknya ingatlah bahawa kehidupan akhirat jua yang abadi.

Ambil tindakan, jangan undi Soi Lek - Abim

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Dalam nada yang marah dan kesal, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendesak kerajaan mengambil tindakan ke atas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Abim juga mengajak umat Islam di mana sahaja jangan mengundi Chua di mana sahaja beliau bertanding.

Demikian kata Presidennya, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Abim menyertai umat Islam di seluruh negara membuat bantahan terbuka kepada kenyataan Chua yang menghina Islam dan hukum-hukumnya.

Sebelum ini, pelbagai pertubuhan dan individu, kecuali Umno, membantah siri kenyataan beliau yang sangat tidak sesnsitif bahkan menghina Islam.

Abim, kata Amidi, sekali lagi menyuarakan kekesalan dan terkejut atas kenyataan liar oleh Chua Soi Lek dalam mesyuarat Agung Tahunan MCA berkenaan dengan hukum hudud.

Kenyataan beliau yang menganggap bahawa negara yang mengamalkan hukum hudud sebagai yang paling banyak korupsi, tidak stabil dan tidak selamat adalah suatu kenyataan yang tidak berasas dan amat liar.

Ini seolah-olah untuk menzahirkan kepada umat Islam dan bukan Islam akan keburukan hukum hudud yang difahami dari perspektif beliau yang jumud.

Walhal, katanya, umat Islam yang berpegang dengan keimanan dan aqidah yang murni yakin bahawa hukum hudud adalah salah satu daripada hukum yang mampu memartabatkan kemurniaan sosial, undang-undang bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada bukan Islam.

Abim, katanya, menggesa agar umat Islam menolak Chua Soi Lek walau dimana pun dia bertanding dalam PRU akan datang. Beliau tidak layak untuk menjadi wakil rakyat bagi warga Malaysia yang menghormati ajaran agama lain.

"Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang gagal menyantuni keharmonian masyarakat negara ini," tegas beliau.

Abim juga, katanya, memandang berat sikap pemimpin para yang enggan memberikan teguran sedangkan keceluparan ini bukan kali pertama berlaku.

"Jangan beralasan dengan 'maqasid syariah' sedangkan suara ini semakin biadab. 'Hifz ul-din' juga termasuk dalam 'maqasid syariah' jika itulah pertimbangannya.

"Apatah lagi jika diukur dengan neraca 'wasatiyyat ul- Islam' yang terlalu jauh penyimpangannya. Sudah sampai masanya rakan sekutu pemimpin ini menyatakan sikap yang jelas kepada beliau kerana kedegilan dan kebiadabannya sudah melampaui batas," tegas beliau.

harakah/-

Hati Mana Tak terharu, Masih Ada Yang Tinggal Dirumah Semacam Ini...

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Kunjungan kami ke rumah Poksu atau nama sebenarnya Mustapha Mamat, 75, di Kg. Pengkalan Samak, Merlimau, amat menyayat hati dan menyentuh perasaan kami.

Dengan tempat kediamannya yang sukar untuk dipanggil "rumah" seperti gambar yang tertera di atas, disitulah Poksu tinggal menahan sejuknya malam dan hangatnya mentari siang.

Berasal dari Kg. Aur Telong, Bachok, telah menetap di Merlimau sejak 18 tahun yang lalu. Bekerja dengan mengambil upah menurunkan buah kelapa dengan dibantu oleh seekor beruk peliharaannya, itulah sumber pendapatannya untuk meneruskan hidupnya sehari-hari.

Beliau tidak memiliki sebarang kenderaan, justeru itu terpaksa berjalan kaki untuk ke mana-mana sekalipun jarak dari rumahnya untuk ke mana-mana agak jauh juga, sehingga kami ternampak kesan bengkak di kakinya lantaran berjalan untuk mencari makanan walau sesuap nasi di kedai berhampiran.

Dengan rasa penuh sebak dan keinsafan, Ketua Pemuda PAS Melaka, Sdra Yuhaizad Abdullah bersama-sama dengan Jawatankuasa PAS Cawangan Merlimau Timur, pada petang tadi telah menziarahi Poksu dan telah membawa Poksu untuk ke bandar Merlimau dan membelikannya sebuah basikal agar memudahkan pergerakannya mencari rezeki.

Pihak PAS Cawangan Merlimau Timur juga berhasrat untuk membinakan sebuah rumah kediaman untuk Poksu - dengan kos lebih kurang RM10,000 - dengan harapan agar Poksu dapat hidup dengan lebih selesa daripada keadaan pondoknya yang terlalu uzur untuk didiami kini.

Justeru itu, dirayu kepada yang bersimpati, untuk menghulurkan sumbangan dan derma supaya hasrat murni tersebut dapat direalisasikan. Berikut ialah maklumat akaun:

Maybank: 154053463369 di atas nama
PAS Cawangan Merlimau Timur


Maklumkan sumbangan/derma anda dengan menghantar SMS ke nombor 016-7705820 (Sdra Yuhaizad) atau maklumkan melalui email kami email

Hari ini hari Poksu, justeru itu, taburkanlah bakti sementara kita masih berupaya, kelak Allah akan membantu kita sewaktu kita memerlukan pula. Jazakallahu khairan kathiran kepada semua penyumbang dan penderma, semuga Allah lipatgandakan pahala untukmu semua.

Poksu menceritakan kisah pengalamannya...

Sdra Adel Jantan bersama Sdra Yuhaizad Abdullah menemani Poksu memilih basikal di kedai...

Penyerahan basikal kepada Poksu...

Di pondok inilah Poksu tinggal...

Pondok ini menunggu masa untuk rebah ke bumi... Marilah bersama kita menolongnya...

Siri jelajah kena sabotaj

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

PKR
Bendera milik PKR yang dibakar.
 
PELABUHAN KLANG - Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang menerusi Siri Jelajah Merdeka Rakyat kelmarin didakwa disabotaj.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pelabuhan Klang, Norhisam Ali berkata, kira-kira 100 bendera PKR yang digantung sepanjang kira-kira satu kilometer di sepanjang jalan bermula di
Kampung Idaman hingga pekarangan sebuah pasar raya dicabut pihak tidak bertanggungjawab.

“Lebih memeranjatkan bendera itu juga turut dibakar. Kita pasang bendera tersebut pada Sabtu malam Ahad sekitar jam 11 malam.

“Hampir jam 2 pagi, proses menggantung bendera siap, segelintir daripada kami pulang ke kediaman masing-masing dan sebahagiannya ke restoran berdekatan untuk menikmati minuman,” katanya.

Beliau mendakwa, ketika perjalanan pulang melalui kawasan itu, petugas yang menggantung bendera menyedari bendera yang dipasang hilang dipercayai dicabut.

“Kami kemudiannya meninjau di kawasan sekitar dan akhirnya kami terkejut mendapati bendera sama dibakar pihak tidak bertanggungjawab berdekatan sebuah bilik gerakan parti lain.

“Kami sempat merakam video berkenaan dan mengambil gambar perbuatan itu yang dianggap bertentangan dengan nilai-nilai sebagai golongan yang bijak berpolitik. Justeru, kita akan membuat laporan polis dalam masa terdekat selepas mengumpul kesemua bukti untuk tindakan pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, AMK dan seluruh anggota PKR Cabang Klang kecewa dengan tindakan itu yang dilihat sebagai sabotaj kepada parti ini di sini.

Kelmarin sekitar jam 2 petang, Anwar bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama pemimpin tertinggi PKR lain turun ke pekarangan sebuah pasar raya di
Pandamaran menerusi Siri Jelajah Rakyat bagi Dun Pelabuhan Klang.

Hadir sama, Ketua PKR Cabang Klang, Yew Boon Lye dan AJK PKR Cabang Klang.

sinar harian/-

Bekas ahli Usno patut menyertai PAS

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KOTA KINABALU: PAS Sabah mempelawa semua bekas ahli Usno untuk menyertai parti itu demi perjuangan berasaskan keadilan dan kesejahteraan rakyat, kata Timbalan Pesuruhjayanya, Hamzah
Abdullah.

Ini kerana, menurut beliau, perjuangan PAS banyak mempunyai persamaan dengan Usno memandangkan kedua-dua parti memperjuangkan keadilan sejagat.

“Allahyarham Tun Datu Mustapha, pengasas Usno dan Bapa Kemerdekaan Sabah mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Allahyarham Ustaz Yusof Rawa, Presiden PAS yang kelima selepas Tan Sri Mohd Asri Muda.

“Allahyarham Tun Datu Mustapha juga mempunyai hubungan yang baik dengan Haji Subky Latiff, seorang wartawan dan penulis terkenal yang juga bekas Ketua Penerangan PAS dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan,” kata Hamzah.

harakah/-

Setelah menghina Hudud, MCA terima upah RM30 Juta dari Najib..

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Berbaloi juga nampaknya Presiden MCA, Chua Soi Lek dan kuncu-kuncunya mempermainkan hukum hudud dan memburuk-burukkan negara Islam yang mengamalkan hukum Hudud dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59 baru-baru ini..

Ianya dimulakan oleh Presiden MCA itu sendiri kononnya berdasarkan SMS yang dia terima dia kata 1.2Juta rakyat negara ini akan kehilangan pekerjaan jika Hukum Hudud dilaksana.

Padahal perkara yang sama telah diucapkan oleh dia sendiri dalam satu forum bertajuk 'Hudud & Its Implications On Non-Muslim In Malaysia' di Wisma MCA pada 04 Disember 2011.
  
Untuk menimbulkan persepsi yang lebih negatif terhadap Hudud Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow pula menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan Hukum Hudud dilaksana.

Ini kerana menurutnya semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Seterusnya Chua Soi Lek menghina negara Islam yang mengamalkan Hukum Hudud pula.

Katanya lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat…

Hasilnya.. sebagi menghargai jasa-jasa mereka itu kepada UMNO dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59 itu, Najib umumkan RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan China (SMJKC) di negara ini.

 Kalau bukan sebagai menghargai jasa-jasa pemimpin MCA yang menghina dan memperlekehkan Hukum Hudud bagi pihak UMNO itu kenapa perlu Najib umumkan pemberian peruntukan ini dalam Perhimpunan Agung MCA?

Sedangkan beliau baru saja membentangkan Belanjawan 2013, perkara yang melibatkan pelajaran ini sepatutnya dibentangnak dalam belanjawan. bukannya dalam perhimpunan MCA..

Dari RM30 Juta tu.. hanya berapa yang akan sampai ke Sekolah-sekolah Cina tu agaknya??

Ini laporannya..

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumukan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan China (SMJKC) di negara ini.

Ketika menyampaikan ucapan ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA pada Ahad, Najib berkata perkara tersebut telah dibincangkan bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran telah bersetuju untuk memberikan geran bernilai RM30 juta kepada sekolah berkenaan.

Terdahulu dalam ucapan dasar Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta Perdana Menteri merayu agar Perdana Menteri memberi peruntukan kepada sekolah berkenaan, beliau berkata pada ketika ini tiada peruntukan yang diberikan kepada mereka.

"Terdapat 78 SMJKC dengan 125,000 pelajar. Mereka wajar diberikan peruntukan RM50 juta pada tahun hadapan," katanya. 

Tapi.. ada ke duit yang dijanjikan Najib tu? sebab A Kadir Jasin mantan Pengarang dari NST sendiri pun mempertikaikan langkah menabur duit oleh Najib ni sebab ini sememangnya boleh menjahanamkan ekonomi negara katanya.. 

anak sungai derhaka/-