Ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya hari ni menyatakan dan memberi sokongan penuh kepada Datuk
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon untuk bertanding
mewakili Umno/BN bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya
Umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Semua tahu
bahawa sebelum ini mereka berdua berseteru kerana berebut nak jadi calon
Umno/BN bagi kawasan parlimen tersebut. Mungkin Mami Ijat dah
mula sedar yang dia bukan lagi calon favourite bagi kerusi tersebut
angkara skandal lembu yang sedang di hadapinya ketika ini.
Ayat cover line yang Mami Ijat keluar cukup2
terharu kerana katanya dia dah memberi sokongan kepada Nong Chik ni
sejak 3 tahun lepas lagi tapi baru hari ini dia umumkan nya. Nak cover
seolah2 rakyat kawasan
parlimen tu tak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua
atau mungkin Mami Ijat dah sedar bahawa nama dia sudah tak tersenarai
sebagai calon untuk kali ini.
Walaupun
track record Mami Ijat di parlimen Lembah Pantai agak baik, namun hanya
kerana lembu, maka peluang untuk dioa merampas kembali kerusi tersebut
dari anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah terpadam terus.
Kemenangan
Nurul Izzah di Lembah Pantai memang sesuatu yang mengejutkan. Bayangkan
seorang yang tiada pengalaman seperti Nurul Izzah sebagai MP mampu untuk
menumbangkan calon favourite yang di katakan selamat.
Letak la
sesiapapun kat lembah Pantai tu kali ini jika sentimen rakyat masih
belum berubah, maka kemenangan yang di cari oleh Umno/BN nampak tipis.
Dan PRU 13 kali ini akan membuktikan bahawa rakyat yang matang dan tidak
terbatas sumber informasinya akan menolak Umno/BN buat selama2nya.
ada aku kisah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan