7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Penggunaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
sekarang disifatkan sebagai langkah yang tidak popular dan dikhuatiri
boleh menjejaskan populariti Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Seramai 89 peratus daripada 2,197 pengunjung portal Sinar Harian
Online, yang menyertai bancian online, menyifatkan penggunaan AES
sebagai langkah tidak popular.
Sehubungan itu, seramai 2,517 menjawab soalan sama ada wajar AES dikaji semula.
Menjawab soalan itu, seramai 86 peratus memilih jawapan "setuju" manakala 14 peratus tidk setuju.
Pengunjung portal ini juga ditanya sama ada AES wajar diberi peluang untuk diuji keberkesanan.
Daripada 2,118 menjawab soalan itu, sermaai 41 peratus berkata "setuju" manakala 59 peratus kata "tidak setuju".
Dalam laporan diberi Sinar Harian sebelum ini,
Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) menggesa kerajaan mengkaji semula penggunaan AES di negara ini.
Pengerusinya, Sa’adan Man berkata, kerajaan harus mengkaji penggunaan
AES itu dengan lebih terperinci merangkumi semua aspek, terutama kepada
pengguna jalan raya yang menggunakan pelbagai jenis kenderaan bermotor
berbeza.
Katanya, PPBSM tidak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi mahu kerajaan
mengkaji semula pengguna AES ini kerana ia secara jelas membebankan
rakyat.
Berikut beberapa pandangan yang diutarakan oleh pembaca Sinar Harian Online:
Alanzo Shariff: "Point camera AES sekarang macam nak mencari untung
kerana seperti di Putrajaya dan Equine - Uniten bukanlah tempat biasa
berlaku kemalangan. Tapi seolah-olah dibubuh untuk mencari keuntungan
semata kerana had kelajuan 60-70 bagi kawasan tersebut tidak munasabah
dan cuba tanya orang ramai... siapa bawak kereta di kawasan tiga laluan
dengan 60km."
Syed Hidayat: "Pergi lawan di mahkamah, ada peluang menang sebab...
sebab tiada papan tanda had laju dan operasi had laju dipacak dalm jarak
300m."
Razman Rashid: "Saya cadangkan kerajaan keluarkan kereta Proton
berkelajuan maksimum 100km/j saja, dgn ini duit rakyat lagi jimat dr
perabis duit buat bayar saman."
Mohamad Takiudin Abd Rahman: "Tambahan lagi kawasan itu kawasan
sesak... peluang menyaman dan mendapat untung adalah tinggi.... takkan
ini orang tak faham."
Worldkuliah Kuliah: "Keengganan kerajaan memansuhkan AES membuatkan
kita terpaksa memansuhkan kerajaan yang sedia ada, insya-ALLAH."
Esa Adam: "Orang dungu aja berfikiran begini."
Hasanul Hamid: "Wajar bagi sistem AES diteruskan. Tetapi lokasi AES
perlu dikaji dan diteliti dengan lebih mendalam sebelum diputuskan untuk
diletakkan di tempat tersebut. Contohnya, AES tidak wajar diletak di
jalan lebuh raya yang lurus, jalan lurus menuruni bukit atau jalan-jalan
yang sememangnya tiada bahaya kepada pemandu. Bagi AES di kawasan lampu
isyarat, ia sepatutnya diteruskan dah diperluaskan, tetapi tidaklah
diperlukan sepanjang 24 jam sehari di kawasan-kawasan yang tidak sibuk.
Ada persimpangan berlampu isyarat yang sememangnya lengang pada 3 hingga
4 pagi."
Mohamad Hakimi Azmi: "Saya nak mengemukakan ketidakpuasan hati saya
mengenai AES di mana ia dilaksanakan 24 jam. Ini kerana, pada waktu
malam, AES menggunakan FLASH dan ini akan menjadi punca berlakunya
kemalangan. Saya juga pernah merasakan terutama di lebuh raya. Saya
ingin menceritakan situasinya, bayangkan anda sedang memandu walaupun
115 km/j, tiba-tiba anda terkejut dengan lampu 'flash' dari AES, ada
kemungkinan kereta yang dipandu akan terbabas? Bagi orang biasa OK, jika
orang itu mempunyai penyakit? Bagaimana? Fikirlah!"
Sukri Mohd Salleh: "Sesuai diteruskan tapi harus berada..."
Badaruddin Muhammad: "Kamera AE diletakkan di kawasan 'blackspot' yang
berisiko tinggi dan sering berlaku kemalangan. Tidak timbul isu lubuk
duit. Sila buang pemikiran negatif dan keterlaluan dari pemikiran
saudara. Maknanya kawasan yang ada kamera AES tu memang kawasan
berbahaya."
Hamdan Nazam: "Badaruddin anda baca komen saya di atas dan lakukan di
negara kita pasti semua selamat duit poket selamat, duit kerajaan
selamat dan kemungkinan risiko kemalangan rendah iaitu pemasangan meter
kelajuan dihadkan kepada 110km/j sepertimana yang dilakukan ke atas trak
tentera."
Rohaifi Azri: "Kerajaan andai serius nak membendung kemalangan,
laksanakanlah seperti cadangan saudara Hamdan Nazam. Kalau sekadar kuat
kuasa had laju 110km/j tapi pada masa yang sama Proton pun dok keluarkan
kereta yang enjinnya bersuntikan turbo, pejadah turbo kalau tidak boleh
bawak lebih 110km/j? Kancil pun selamba henjut 120km/j kat lebuh raya."
Halim Samad: "Pemasangan AES kalau di tempat yang sesuai adalah wajar,
tetapi kalau ia dipasang di kawasan yang telah ditentukan had laju
60-90km sejam di kawasan jalan dua atai tiga laluan, memang ia bukan
satu tindakan holistik untuk mengurangkan kemalangan tetapi semata-mata
tindakan holistik nak memerangkap pengguna jalaraya untuk dikenakan
saman.
Adakalanya had laju yang ditetapkan sudah tidak sesuai lagi,
kalau keadaan jalan dua hingga tiga laluan mana ada orang pandu kurang
90km sejam, sekarang zaman dah berubah, mana ada sangat dah pengguna
memandu kereta berusia 30-an, semua kereta baru, teknologi enjin pun
hebat, setakat 60km sejam tu macam rase kayuh basikal je."
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan