7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor
paling berjaya kerana kekuatan integriti beliau, sepanjang hampir lima
tahun menerajui negeri itu.
Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam
bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui
berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin
Barisan Nasional (BN).
“Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah
integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan
komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid)
kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti. Selangor
mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.
“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan
antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik
untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir
negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012,
kelmarin.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata,
Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan pendekatan fitnah atau
berunsur negatif dalam memenuhi misi menawan
Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, sebaliknya mereka berhasrat menang berdasarkan fakta.
Beliau berkata, fakta itu boleh dilihat menerusi kejayaan empat negeri,
Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah yang diterajui PR, sekali
gus membuktikan mereka mampu mentadbir negara.
Katanya, mengambil contoh Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua
negeri itu dikatakan menyediakan peruntukan kira-kira RM500 juta untuk
pembinaan rumah kos rendah.
“Kita hendak menang (PRU13) bukan kerana kita hendak fitnah (BN).
Tidak, kita hanya hendak menang berdasarkan fakta umpamanya kejayaan
negeri yang ditadbir PR seperti Selangor dan
Pulau Pinang yang sediakan setengah bilion ringgit untuk pembinaan rumah kos rendah.
“Pembinaan rumah kos rendah ini sepatutnya menjadi tanggungjawab
Kerajaan Pusat. Kerajaan negeri hanya beri tanah mempercepatkan proses
kelulusan (pembinaan) saja, tetapi Pulau
Pinang dan Selangor catat sejarah pertama (sediakan peruntukan ini),” katanya.
Pada majlis itu, lebih 5,000 orang hadir sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Selangor.
Konvoi jelajah itu diadakan jam 10 pagi bermula di Dewan Undangan
Negeri (Dun) Dengkil, Morib, Pelabuhan Klang, Sementa, Melawati, Ijok
dan berakhir di Kota Anggerik.
Selain Abdul Khalid, turut hadir, Speaker Dun Selangor, Datuk Teng
Chang Khim; Timbalan Presiden PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dan
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan