7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
SEREMBAN - Kesabaran penduduk Felda Sendayan berhadapan dengan
pencemaran udara sejak 16 tahun lalu sampai ke kemuncaknya apabila
mereka yang tinggal berdekatan Pusat Kualiti Alam mendesak agar ia
dipindahkan segera.
Seorang penduduk, C Poopathy, 68, berkata, sejak pusat pelupusan sisa kimia itu dibuka, dia sering mengalami sakit tekak dan sesak nafas.
“Rumah saya yang paling hampir dengan pusat pelupusan itu kira-kira satu kilometer sahaja dan saya boleh melihat dengan jelas asap tebal yang keluar dari pusat berkenaan.
“Selain itu, saya juga sering mengalami gatal-gatal kulit. Saya menghidap asma dan sering berulang alik ke hospital setiap bulan, keadaan ini sudah tentu menyebabkan penyakit saya bertambah teruk,” katanya.
Poopathy berkata, dia menetap di kampung itu sejak 50 tahun lalu dan tidak berhasrat untuk berpindah.
Sementara itu, jirannya, R Devi, 48, berkata, sudah acap kali aduan dibuat, namun tiada tindakan diambil.
“Sejak pusat berkenaan dibuka pada 1996, kami membuat aduan kepada pihak kilang dan pihak berkuasa, namun tiada tindakan dibuat.
“Selain asap, kenderaan dan kawasan rumah kami pernah diselaputi habuk berwarna kuning dan saya yakin ia datang dari pusat kilang,” katanya.
S Parimala, 38, pula berkata, asap tebal akan kelihatan pada sebelah pagi, tengah hari dan petang.
Menurutnya, ketika asap berkenaan kelihatan di udara ia akan mengeluarkan bau gas yang amat busuk.
“Jika saya menyidai pakaian, pakaian akan berbau gas dan saya terpaksa mencucinya semula kerana bimbang kulit akan gatal,” katanya.
Manakala, Azizah Hassan, 55, berkata, dia mendiami kawasan Felda itu sejak ianya dibuka pada 1979.
Azizah berkata, bantahan pertama yang disuarakan penduduk adalah pada 1998 iaitu dua tahun selepas pusat berkenaan dibuka.
“Kami sudah pergi ke pejabat pentadbiran Pusat Kualiti Alam dan menyuarakan bantahan, namun sehingga kini ia masih beroperasi.
“Paling teruk apabila musim hujan kerana asap yang keluar selepas hujan adalah lebih hitam dan ia membahayakan penduduk,” katanya.
Katanya, pertambahan penduduk di kawasan Felda menyebabkan pusat pelupusan sisa kimia itu dianggap tidak sesuai berada di kawasan berkenaan.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan