23 Oktober 2012

Derita sakit kulit sejak 4 tahun

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Derita sakit kulit sejak 4 tahun
Nur Irmanyanti malu apabila ada yang merenung tangan dan kakinya. Gambar kecil: Rahimah
 
PASIR MAS - Seorang kanak-kanak 11 tahun di Kampung Kedondong di sini, mungkin terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang guru, dewasa kelak.

Ibu, Rahimah Salleh, 51, berkata, anaknya Nur Irmanyanti Semaun tidak dapat ke sekolah, setelah penyakit kulit yang dialami sejak empat tahun lalu, menjadi semakin serius.

Menurutnya, Irmanyanti yang juga penyakit sindrom down, ditakuti oleh rakan sepermainan kerana penyakit kulit yang dialami.

“Jika ubatnya habis, kulitnya akan kering dan bergumpal di hujung jari kaki dan tangan.

“Irmanyanti akan menangis jika saya potong kulit kering dan kuku di tangan dan kakinya,” katanya.

Katanya, bagi mengelakkannya menggaru hingga berdarah, dia terpaksa membelanjakan RM400  untuk perbelanjaan perubatan di klinik swasta.

Rahimah berkata, suaminya, Semaun Ismail, 59, yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah dekat sini, terpaksa menghabiskan semua gajinya untuk perubatan dan persekolahan dua anaknya, di tingkatan satu dan tiga.

Dia berharap agar pakar kulit sedia membantunya agar dapat mencari penawar kepada penyakit anak bongsunya ini.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir, Abd Aziz Mohamad berkata, pihaknya sudah memanjangkan bantuan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“InsyaAllah, bantuan ini akan diluluskan agar dapat membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna, kelak,” katanya, selepas melawat Irmanyanti, semalam

sinar/-

Tiada ulasan: