7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
LABIS –
Penduduk Kampung Tenang di sini melahirkan rasa bimbang dengan tindakan
sekumpulan Orang Asli yang sesuka hati menebang serta membersihkan
Hutan Simpan Kekal Labis yang telah diwartakan kerajaan.
Seorang
penduduk, Ahmad Faizal Ab. Aziz, 34, mendakwa, perlakuan Orang Asli
berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan kerana
mereka bukan sahaja menebas ranting dan semak-samun tetapi turut
membakar semua kayu balak yang ditebang.
“Kami
tertanya-tanya adakah perbuatan mereka mendapat restu dan kelulusan
pihak berkuasa tempatan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
selatan online/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan