7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KASIH ABANG...Abdul Razak membantu Ismail yang lumpuh minum air.
GELANG PATAH: Hanya kerana penat dan berputus asa selepas suami yang
lumpuh tidak sembuh sejak 11 tahun lalu, seorang isteri menghantar
suaminya ke rumah keluarga lelaki itu di Taman Nusantara, di sini, sejak
awal tahun ini.
Lebih mendukacitakan, wanita berusia 46 tahun itu dikatakan sudah
memfailkan tuntutan fasakh di mahkamah syariah di ibu negara bagi
melepaskan tanggungjawabnya.
Wanita itu yang kini menetap di Gombak, Selangor, turut
meninggalkan dua anak mereka untuk dijaga keluarga suaminya dan hanya
beberapa kali menziarah mereka sejak awal tahun ini.
Perkara itu didedahkan Abdul Razak Ismail, 48, yang kini menjaga adik iparnya, Ismail Hashim, 41, yang lumpuh separuh badan, selain menghadapi kesukaran untuk bercakap dan lemah ingatan.
Perkara itu didedahkan Abdul Razak Ismail, 48, yang kini menjaga adik iparnya, Ismail Hashim, 41, yang lumpuh separuh badan, selain menghadapi kesukaran untuk bercakap dan lemah ingatan.
Dia ditinggalkan bersama dua anaknya, masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 11 dan 15 tahun.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan