NUSAJAYA: Bermodalkan telefon pintar berjenama sebagai umpan, seorang
doktor di sebuah klinik swasta di Bukit Indah, di sini, bertindak
mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bagi memuaskan
nafsu songsangnya, Sabtu lalu sebelum menghadiahkan alat telekomunikasi
itu untuk ‘menutup mulut’ mangsa.
Malah, doktor lelaki berusia 40 tahun yang masih bujang dipercayai
sudah melakukan perbuatan terkutuk itu kepada beberapa kanak-kanak lain
yang dikenalinya, namun dirahsiakan sebelum ini.
Bagaimanapun, doktor yang menjadikan kliniknya sebagai tempat
mencabul kanak-kanak lelaki akhirnya ditahan polis pada kira-kira jam 1
tengah hari semalam, selepas bapa mangsa membuat laporan polis berhubung
kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, perkara itu disedari bapa mangsa yang juga seorang jurugambar bebas selepas mendapati anaknya memiliki telefon pintar baru.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, perkara itu disedari bapa mangsa yang juga seorang jurugambar bebas selepas mendapati anaknya memiliki telefon pintar baru.
Mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, bapa mangsa memaksa anaknya menceritakan perkara sebenar.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan