Tarikh Aidilfitri ditetapkan pada Rabu, 1 Oktober, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia malam tadi.Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Tarikh Aidilfitri ditetapkan pada Rabu, 1 Oktober, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia malam tadi.
Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.
Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna.
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kesal kerana sehingga kini empat negeri yang telah diarahkan menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam masih belum berbuat demikian. Negeri berkenaan iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan segera berbuat demikian.
Ds. Khalil sedang mengagihkan keuntungan diiringi oleh Tn. Hj. Nor Asri.
Semuanya ceria menerima agihan keuntungan.
Apabila semut disebut kita pasti menanggapi ia adalah sejenis makhluk Allah yang kecil tubuhnya. kita selalu menemuinya di mana-mana namun tidak pernah benar-benar kita perhatikan, makhluk mungil ini yang sangat berketerampilan, sangat bersosial, dan sangat cerdas tetapi ingat kekadang ia berbisa hingga membawa mati dibuatnya. Tetapi pada waktu lainnya ia adalah seekor semut kecil yang menghiburkan.
IPOH , 26 Sept. :-Saya mengucapkan syabas dan penghargaan kepada semua guru PASTI terdiri dari kaum muslimat yang telah melahirkan pelajar-pelajar di sekolah rendah yang tidak bermasalah dalam soal akhlak, pelajaran dan sebagainya. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin dalam Majlis Penyerahan Saguhati oleh Yayasan Perak kepada 331 Guru-guru PAST Negeri Perak disini hari ini.
Kapal Angkasa Lepas "Shenzhou VII" yang membawa 3 orang angkasawan telah dilancarkan dengan jayanya malam ini. Beberapa hari berikutnya, angkasawan tersebut akan "berjalan-jalan" di luar kapsul dan menjalani ujian sains yang ditetapkan untuk membuat persiapan bagi membina stesen angkasa pada masa depan. Kejayaan pelancaran kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" ini bukan sahaja akan menggalakkan kemajuan dan kecanggihan teknologi China, malah akan mendorong usaha untuk menghasilkan ciptaan harta intelek sendiri. 

Kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" yang membawa tiga orang angkasawan berjaya dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan malam tadi dan memasuki orbit yang ditetapkan. 
Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember ke Mac tahun depan.
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini dihebohkan sebagai merupakan usaha terakhir Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyambung hayat jawatannya sebagai Perdana Menteri manakala timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan berada dalam keadaan tersepit.Menurut seorang blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), mesyuarat khas MT itu dijangka akan mempersetujui penangguhan perhimpunan agung (PAU) dan pemilihan kepimpinan Umno yang sepatutnya diadakan Disember ini akan ditangguhkan.
Perhimpunan itu dijangka akan ditangguhkan kepada 9 Mei akan datang. Dengan itu, kata A Voice, Abdullah akan kekal memegang jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sehingga tarikh itu.
Perancangan Abdullah dijangka dapat dilaksanakan kerana, menurut blogger penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad itu, suara-suara yang menentang tidak dapat hadhir kerana pelbagai sebab.
Bagaimanapun, pertemuan beberapa Ketua Perhubungan Umno negeri baru-baru ini sudah memutuskan untuk meneruskan mesyuarat dan pemilihan di peringkat bahagian-bahagian.
"Jika jadi, ini adalah satu keanihan kerana sesyuarat Bahagian Umno akan dikekalkan mengikut jadual yang ditetapkan bermula pada 9 Oktober hingga ke 9 November.
"Dengan tertangguhnya tarikh PAU ke 9 Mei 2009, ini bermakna persidangan tersebut diadakan 6 bulan selepas berakhir mesyuarat Bahagian Umno," katanya.
KUALA LUMPUR, 25 Sept- Dapatkah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memaksakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini tunduk kepada apa yang dilaporkan sebagai kehendaknya supaya perhimpunan agung Umno (PAU) dan pemilihan Umno ditangguhkan hingga ke tahun hadapan?Berdasarkan laporan , semua cara dirancang akan digunakan supaya kehendak Abdullah itu menjadi kenyataan.
Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad melaporkan dalam blognya, kuda-kepang.blogspot.com, cadangan Abdullah untuk menangguhkan mesyuarat agung perwakilan Bahagian dan PAU ke tahun hadapan malah dibangkang dan ditentang oleh timbalannya sendiri yang dilihat dan sentiasa dilaporkan begitu setia.
Menurut sumber Seri Perdana, Abdullah telah memanggil Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi kelmarin untuk membincangkan isu-isu parti.
Dalam pertemuan tersebut, Presiden Umno itu telah mencadangkan supaya Mesyuarat Bahagian dan PAU ditangguhkan ke bulan April dan Jun 2009. Namun cadangan tersebut telah ditolak oleh Najib.
Bagaimanapun Abdullah berkeras mahukan Majlis Tertinggi meluluskan kehendaknya itu dalam mesyuarat hari ini.
Ruhanie memetik laporan dalam laman web penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz, mykmu.net
Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan jam 10 pagi esok, dipercayai untuk membincangkan penangguhan pemilihan parti, yang dijadual Disember ini, ke tahun depan.
IPOH: Perak became the first state to form the "Free Teresa Kok" caucus aimed at seeking a solution for the immediate and unconditional release of the Selangor state executive councillor and Seputeh MP from ISA.
Beberapa hari kebelakangan sejak pertengahan puasa lepas ramai orang membicarakan tentang kuih tradisi orang Banjar "kalakataar"(lihat :http://adamftrade.blogspot.com/ )Terasa istimewa pula sebab isteri saya adalah orang Banjar dan kuih itu telah menjadi kegemaran sejak khawin dengan isteri tercinta.Kalau bercakap mana dia kalakataar yang paling sedap saya spontan akan menjawab yang paling sedap adalah yang dibuat oleh isteri dan ibu mertua kesayangan. Satu lagi yang dijual disebuah warung kecil di Parit Teluk Pial dalam DUN Kuala Kurau tidak kurang juga sedapnya.
KUALA LUMPUR 24 Sept. — Sesi persekolahan untuk tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah pada hari berikutnya.
Harga minyak dijangka diturunkan sebanyak 10 sen lagi, selepas penurunan sebanyak 15 sen bulan lalu. 
Jikalah benar seperti yang dijangkakan nampaknya penurunan ini tidak dapat meringankan beban rakyat yang ditanggung selama ini.
BAGAN SERAI, 22 Sept. :- DYTM Raja Muda Perak, Raja Nazrin telah menemuai rakyat di Daerah Kerian dalam satu majlis Berbuka Bersama Rakyat dalam siri lawatan ke semua daerah di Perak sempena Bulan Ramdhan pada tahun ini.
Raja Nazrin besalaman dengan kanak-kanak yang hadir.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamluddin, Exco Kerajaan Negeri, Jamaluddin Md. Radzi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Abd. Rahman Hashim, Pegawai Kewangan Negeri, Jamalludin Al Amini bin Haji Ahmad, ADUN Selingsing, Hussin Din, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Kurau, Ab. Yunus Jamhari, Pesurhjaya PASSerak, Ust. Ahmad Awang, Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadli, Orang Besar Jajahan Kerian, Datuk Seri Zulkifli , Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, Dif-dif kenamaan dan masyarakat setempat.
Raja Muda Perak menyampaikan wang zakat kepada Penghulu Mukim
Majlis dimulai dengan Tazkirah dari YAB Menteri Besar sebelum ketibaan DYTM Raja Nazrin.
Selepas majlis berbuka, Raja Nazrin telah sembahyang Maghrib berjemaah bersama rakyat dimesjid yang sama.
Tazkirah oleh YAB Menteri Besar Perak.
Program diteruskan dengan sembahyang Isya dan Tarawikh berjemaah. Selesai menunaikan sembahyang, Raja Nazrin telah melayani rakyat yang berbaris panjang dari dalam mesjid sehingga ke kenderaan rasmi.
IPOH, 22 sept :- Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada jasa dan khidmat pasukan keselamatan untuk menjaga keamanan negeri perak yang kita sayangi, demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin semasa menyampaikan sumbangan kuih Hari Raya kepada Pasukan Keselamatan yang bertugas dihari raya di Kediaman Resmi Menteri Besar di sini.
Menteri Besar bersama Isteri memeriksa bungkusan sambil diperhati YB. Nga.
Hadir sama dalam Majlis tersebut ialah Speaker Kerajaan Perak, V. Sivakumar dan isteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat ADUN Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan.
Menteri Besar juga mengucapkan terima kasih atas gembelingan tenaga semua pihak untuk menyusun dan membungkus kuih.
"Anggaplah sumbangan ini sebagai suatu simbol dari Rakyat Perak bagi menghargai jasa anggota keselamatan yang bertugas semasa perayaan " katanya.
Dalam ucapan balas bagi mewakili pasukan keselamatan Ketua Polis Perak, Zulkefli Abdullah menyatakan tahap keselamatan di Perak pada masa ini adalah terkawal. Beliau juga menyeru semua pihak memainkan peranan menasihati dan mendidik rakyat supaya rakyat mengutamakan keselamatan.
"Pemberian kuih raya oleh kerjaan Negeri Perak amatlah kami harga dan kami mengucapkan terima kasih" ucapnya sebelum menghabiskan ucapan.
PARIT BUNTAR , 21 Sept. :- Satu Majlis Penyampaian Dana Ramadhan telah diadakan di sini hari ini di mana ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah menyampai sumbangan Kerajaan Negeri Perak kepada 15 Mesjid dan 50 Surau dalam DUN titi Serong. Ketua Kampung Parit Kasa, Hj. Ahmad menerima sumbangan untuk Surau Parit 3.
Setiap mesjid dan surau disalurkan wang sebanyak RM 200 ringgit dengan jumlah keseluruhan sumbangan yang diagihkan sebanyak RM 13,000.
Selain itu diadakan juga penyerahan Cek-Cek "Out Right Grant"sumbangan kepada 5 persatuan dan NGO yang terletak dalam DUN iaitu Khairat Kematian Sungai Labu, PAKSI, Persatuan Murid Tua Sin Hwa, PIBG SK Titi Serong dan Rukun Tetangga Tanah Kebun.
Bendahari Mesjid Kg. Kedah, Hj. Mohd. Yusof menerima sumbangan.
Pada Kesempatan itu satu pengisian tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ust. Zakaria Hamzah dari Pulau Pinang.
Semasa menyampaikan ucapannya ADUN Titi Serong menjelaskan dia telah mengusahakan dana dari Kerajaan Negeri bagi memastikan jumlah Mesjid dan Surau yang banyak dari DUN lain diagihkan sedikit dana secara sama rata.
Ust. Zakaria sedang menyampaikan Tazkirah.
"Sebab itulah saya berikan dipenghujung bulan bagi memastikan ianya dapat dimanfaatkan sebelum Ramadhan berakhir" Katanya.
Beliau juga mengumumkan dan menjemput semua hadirin ke Majlis Jamuan Aidil Fitri ditempat yang sama pada 5 Syawal.
Hadirin yang mewakili Mesjid dan Surau.
"Semua fasiliti yang ada di Pejabat ADUN saya kira sudah lengkap semuanya untuk memastikan segala urusan dengan semua Penghulu, Ketua kampung, Mesjid , Surau dan rakyat di DUN ini berjalan lancar" ,tegasnya.
Tiga golongan manusia yang tidak pernah ditolak doanya oleh Allah. Salah satunya adalah orang yang berpuasa sampai ia berbuka (HR Tirmidzi).
Jumlah eksport China meningkat 12.5% dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah import pula meningkat hampir 10%.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terpulanglah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan sama ada akan mengundurkan diri atau tidak pada 9 Oktober.