Nilai mata wang Ringgit dijangka terus jatuh sehingga paras RM4.00 bagi sedolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua atau ketiga pada tahun ini berikutan mata wang asing itu kini menjadi rebutan pelabur di seluruh dunia.
Keadaan itu berlaku kerana pelabur-pelabur sejagat semakin meyakini dengan program-program pelan rangsangan ekonomi yang dilaksanakan oleh AS.
Penganalisis Teknikal Pasaran Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Nazri Khan, bagaimanapun berkata, kejatuhan nilai ringgit itu adalah bersifat sementara kerana krisis kewangan global semakin menghampiri penghujungnya.
Keadaan itu berlaku kerana pelabur-pelabur sejagat semakin meyakini dengan program-program pelan rangsangan ekonomi yang dilaksanakan oleh AS.
Penganalisis Teknikal Pasaran Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Nazri Khan, bagaimanapun berkata, kejatuhan nilai ringgit itu adalah bersifat sementara kerana krisis kewangan global semakin menghampiri penghujungnya.
7 ulasan:
Tak mustahil. Dengan ekonomi merudum, nilai saham mengecil, jumlah eksport menyusut, dan pemimpin negara sibuk merampas kuasa dengan cara yang tak demokratik, memang PASTI nilai ringgit akan terus jatuh.
Tak mustahil kegawatan kini lebih buruk dari tahun 1997-98.
salam, sebagai Naib Presiden, Persatuan Numismatik Malaysia FX070707 http://fx070707.blogspot.com, saya meramalkan bahawa nilai ringgit aku jatuh dalam pasaran kerana dolar Amerika telah di"leverage". Dolar Amerika menjadi rebutan mengikut supply and demand theory.
...Salam! YB And fellow visitors, insyaalah nanti apabila, PR berkuasa, pertimbangkan cadangan YB Husam Musa untuk menyandarkan RM (rizab negara ) kepada Nilai Dinar Emas bukan dollar Amerika. Tentunya rakan rakan kita sudah mengenal pasti pakar pakar ekonomi dan kewangan yang boleh membantu . Doa kesejahteraan untuk YB dan pejuang kebenaran.
Udah le negara macam kartun, nilai ringgit semakin jatuh, imbangan pembayaran akan jatuh, akaun semasa negara jatuh, reserve negara akan jatuh, BN/UMNO bila mahu jatuh?
Kepada Tanpa Nama,
Cadangan menyandarkan Ringgit pada Dinar emas bukannya idea hussam la. Sejak zaman Mahathir dulu perkara ini sudah diusahakan. Tetapi ia masih tidak dapat dilakukan kerana pelbagai sebab. Perkara ini bukan semudah menukar baju. Kalau nak jadi, tak perlu tunggu sampai PR berkuasa dan tak perlu tunggu sampai YB Hussam untuk bagi cadangan sebab awai-awai lagi orang dah tau.
Grand Marquis & Tanpa nama.
Yang Husam cakap ialah simpan Rizab Emas .
Yg mahathir cakap ialah guna Dinar terus sebagai perdagangan.
Mahathir sendiri tak suruh tambah rizab emas.
Rizab dan sandar itu perkara berbeza.
Sandarkan itu macam ikat.
Tapi tak guna kalau ikat dengan emas kalau tak cukup emas untuk disandarkan.
Jadi Rizab emas perlu ditingkatkan kalau nak sandarkan ringgit pada emas. Kalau orang tebus ringgit dengan emas, Habislah emas itu.
Haha! Kadang-kadang bila kita gopoh dan sombong sangat nak 'ajar' orang, ditakdirkan kita pula yang 'terajar'.....
Ada baiknya ikut rasmi padi - semakin berisi, semakin menunduk.
Pandailah orang dulu-dulu buat perumpamaan!
Catat Ulasan