Kiriman :ZAMRI kecik's
Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

12 ulasan:
Zamri keciks pun belum nikah lagi...
saya selalu jerkah anak saya... yang baru nak masuk 4 tahun tu... kekadang bila terfikir balik, saya akan pujuk anak saya dan ajak dia bergurau senda... pasti dia akan suka...
edy hakim namanya...
Salam.. yes... nice story utk dikongsi bersama.
banyak pengajaran. (harapan63)
Apa kaitan Tajuk : "Kenapa kita perlu balik kerja awal" dengan isi cerita diatas . Gimik untuk dapat perhatian.. Tak payah gimik-gimik, cerita tu menarik tapi tajuk tak kena..
....apalah tok mudim ..., orang ajak kita berfikir dan muhasabah, kondem tajuk pulak, kalau tok mudim tak sebak membacanya, bererti hati tok keras sekeras batu, ada yang tak kena. Renungkan......!
Rasanya o.k lah juga dengan tajuk itu..Apa salahnya untuk menarik perhatian sekirannya ia mendatangkan banyak kebaikkan bagi pembaca...itulah sebenarnya tujuan menulis..yang baik dapat dikongsi bersama...jadi mungkin dengan tajuk sebegini ini mungkin penulis dapat menarik ramai pembaca kerana niat penulis adalah semata-mata untuk berdakwah pada sesiapa...maaf
betul tu! saya setuju dewan pemuda pas bukit katil.. sangat tersentuh dengan cerita di atas. terima kasih Yb dan zamri kecik's
Terima kasih YB kerana menyedarkan saya....
Tanye sikit...Bila Ustaz Nizar nak mengadap sultan?
SALAM...KESIAN KAT TOK MUDIM......TERBAWA-BAWA PERANGAI MENGOMEL TAK TAHU PUNCA....BETUL LA TAJUK KENAPA PERLU BALIK KERJA AWAL DENGAN CERITA ZAMRI KECIK TU.....AWAT LA CETEK N SINGKAT SANGAT PANDANGAN.......APA KITA BUAT KALAU KITA SAYANG SANGAT KAT SESEORANG?????MESTI KITA SELALU INGIN BERSAMA,BERJUMPA DLL DENGAN ORANG YANG TERSAYANG....SO KESIMPULAN DARI SITU MENUNJUKKAN KALAU KITA SAYANG KAT ORANG YANG ADA KAT RUMAH MAKA KITA MESTI BALIK JUMPA DEPA CEPAT2....XPAYAH NAK PI MELILAU MERATA.....SAYA KIRA TOK MUDIM PERNAH MELALUI NIKMAT BERKASIH SAYANG @ XKAHWIN LG KOT....TU YANG PAYAH NAK PAHAM JALAN CERITA KAT ATAS.....MAAF...WALLAHUA'LAM..
Drs,Kalau saya dan famili melewati Bandaraya Ipoh nanti pasti kan singgah di "Under the raintree"Kapan di tanya oleh putra putri."Pokok apa ini"Lantas terjawab"Pohon Demokrasi" Nona Ratana Chulaborn.
sebenarnya,betul cakap swampman tu.
aku belum kawin lagi...
tapi, ada ibu di rumah...
kena la balik awal jugak.
tak gitu!
Salam,
Article ni pernah diemail kpd saya kira-kira 3 tahun lepas. Utk pengetahuan semua, ini adalah antara sebab saya melepaskan jawatan sebagai pensyarah universiti utk menjadi fulltime homemaker. Perasaan saya selepas 2 tahun bergelar homemaker? Mashaallah! I should've done it earlier.
Catat Ulasan