Sekembalinya dari menghadiri sidang Tergempar DUN Perak kelmarin saya rasa sangat letih dan berada di kediaman bersama keluarga. Maklumlah sudah hampir 2 minggu merancang dan memikirkan perkara penting itu. Teringat cerita Laksmana Do Re Mi. Akhirnya saya juga tertidur dengan ulikan cerita komidi mencuit hati itu.
Negeri Pasir Sebutir dan Menteri Pasola dalam filem tersebut adalah antara sebutan dan watak yang mula disebut kelmarin selepas sidang DUN bersejarah itu. Beberapa orang kawan saya mengaitkan dengan filem tersebut yang katanya sudah lama P Ramlee jangkakan akan berlaku benda pelik itu di Malaysia, rupanya di Perak..
Kelmarin juga Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyokong penuh saranan supaya seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee dianugerahkan dengan gelaran Tun selaras dengan sumbangan beliau dalam bidang seni negara.
Timbalan Menterinya, Teng Boon Soon berkata, P. Ramlee merupakan seorang tokoh yang mempunyai kepelbagaian bakat iaitu sebagai pemuzik, penyanyi, pencipta lagu, pelakon dan pelawak.
"Beliau pernah menerima tujuh anugerah dalam bidang perfileman dalam Festival Filem Asia pada tahun 50an dan 60-an iaitu sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Fotografi Terbaik dan tiga anugerah Filem Komedi Terbaik dan Most Versatile Talent," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, bagi kementerian itu.

6 ulasan:
salam...
takpa YB.penat letih itu adalah ujian ALLAH terhadap hambanya.INSYA ALLAH nanti kita semua akan merasai natijahnya.yang penting perjuangan tetap diteruskan.YB jgn lupa update blog YB dan informkan segala maklumat yang berlaku di perak sekarang nie.saya sekarang berada di perantauan.jadi saya tak dapat nak lihat dengan mata saya sendiri apa yang berlaku di sana.
saya kagum dgn YB kerana YB telah menunjukkan sikap2 dan contoh terbaik YB pada pemimpin UMNO yang rakus sekarang nie.saya rasa malu jugak dgn YB kerana sebelum ini YB non muslim sekarang YB telah menjadi seorang MUSLIM yang menjadi contoh kepada pemimpin2 lain yg beragama islam.YB juga telah menunjukkan nilai2 murni.untuk pengatahuan YB saya lahir 20 september 1985 dan YB melafaz kalimah shahadah pada 25 september 1985 lima hari lepas saya lahir.dan saya juga berasal dari titi serong juga kawaan YB. saya harap pemimpin-pemimpin yang ada hari ini yang lahir daripada keluarga yang anuti ISLAM yang dididik dengan ajaran ISLAM,jagalah akhlak dan perilaku anda.kerana anda kami perhati sebab anda semua adalah pemimpin yang memegang amanah dan tanggung jawab untuk rakyat.bukannya untuk keseronokan dunia semata-mata.kerana semuanya akan ALLAH tanya akhirat nanti.tunjuklah contoh yang terbaik pada non muslim yang lain semoga mereka akan rasa IZZAH DGN ISLAM dan tidak menimbulkan rasa negetif pd ISLAM serta dihormati.
Subhanallah,
Semoga YB seisi keluarga sentiasa berada dibawah nauangan rahmat Allah dengan diberikan keselamatan dan kesihatan yang baik-baik dan begitu juga kepada semua pejuang-pejuang dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak DR.
Berhubung dengan cadangan untuk memberikan anugerah TUN kepada allahyarham P. Ramlee, disini ingin saya bertanya dalam masa kita berbicara soal DERHAKA KEPADA PADUKA SERI SULTAN PERAK tidakkah dengan penganugerahan TUN ini juga telah dilihat bersifat derhaka kepada KEBAWAH DULI ALMARHUM SULTAN PERAK.
Ini adalah kerana semasa pemerintahan Ayahanda Sultan Azlan Shah pernah menjatuhkan hukuman bahawa Allahyarham P. Ramlee tidak diizinkan menjejakkan kaki di bumi Perak DR diatas kesalahan beliau membawa lari permaisuridi raja.
Kepada sesiapa yang masih ingat sejarah tolong perbetulkan saya agar dapat sama-sama memberi pandangan yang benar.
Salam utk YB
salam yb sekeluarga syabas semuga drahmati allah .
Catat Ulasan