05 Mac 2009

Tengku Razaleigh: Panggil pilihan raya selesaikan krisis politik Perak

PETALING JAYA: Sambil menyifatkan krisis politik Perak semakin kelam, bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan, segala tindak-tanduk bercanggah dengan Perlembagaan demi kepentingan politik peribadi perlu dihentikan.

Justeru beliau turut menggesa agar kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk membuat pilihan baru mereka bagi menyelesaikan krisis berusia lebih sebulan itu.

Bekas Menteri Kewangan itu menambah, "mereka yang secara acuh tak acuh mengingkari Perlembagaan bagi manfaat politik secara langsung memusnahkan lagi asas-asas negara ini bagi kepentingan politik mereka."

"Ini perlu dihentikan," kata beliau, yang telah beberapa kali mempersoalkan isu itu sebelum ini, dalam tulisan terbaru blognya.

"Situasi politik di Perak menjadi semakin kelam dari sehari ke sehari, dengan ego dan reputasi sudah berakar berumbi dalam kedudukan-kedudukan yang tidak harapan," kata beliau.

"Terdapat cara yang mudah dan terhormat untuk meredakan situasi (ini) buat selama-lamanya: kembali kepada satu-satunya sumber kerajaan yang sahih, kehendak orang ramai yang diluahkan menerusi pilihan raya yang bersih dan adil.

"Barisan (Nasional) kemungkinan ingin memperlihatkan sedikit kemurahan hati dan keyakinan dengan memanggil pilihan raya (baru)," katanya.

Pandangan yang sama diutarakan oleh Majlis Peguam lewat petang semalam.mstar

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tengku Razaleigh terdiri daripada golongan yang semakin pupus - orang UMNO yang rasional dan masih mencintai negaranya.
Syabas!

Tanpa Nama berkata...

Golongan seperti Tengku Razaleigh dah hampir pupus dlm UMNO. Majoriti sibuk memikirkan survival politik mereka sehingga sanggup melakukan apa saja untuk memastikan mereka terus 'timbul'. Saya yakin pandangan ikhlas Ku Li tdk akan mendapat perhatian mereka. Jadinya saya syorkan agar Ku Li keluar UMNO. Beliau tak akan berjaya cuci taik kalau masih berada dlm tong taik UMNO. Cukuplah, UMNO sudah tidak relevan

Tanpa Nama berkata...

umno guna kuasa,,bukan guna undang-undang untuk menyelesaikan krisis perlembagaan...sejak dari zaman nahadir, kini dan seterusnya jika mereka masih berkuasa...rakyat masti berani berubah di PRU 13.

Tanpa Nama berkata...

Salam. betul kata sediaraja. kita xkan mampu pulihkan sesuatu organasasi tu klau kita masih tinggal dalam organasasi tu sendiri. masih boleh diterima akal klau peratusan didalamnya ramai yg seperti kita. tapi klau hanya kita seorang yg berbisik didalam suasana yg jeritan yg gegek gempita pastinya xkan siapa yg akan melayani kita. ku li.. tahun 1990, saya adalah org kuat ku li. org semangat 46. tapi bila ku li masuk umno saya x ikut ku li. sbb sy x taksub dgn pemimpin. tp sy taksub dgn kebenaran sesuatu perjuangan. sy tahu ku li masuk umno pun bkn kerana bagi ku li umno tu betul, tp mungkin ku li rasa ku li dpt sedikit keselesaan hidup didunia. x mengapakah. itu pilihan ku li. hari ini ku li sedikit2 mula menunjukkan apa yg selama ini terpendam dalam hati ku li. ku li mmg dah lama sedar umno itu hanya memperjuangkan poket2 kroni dan saudara mara sahaja. cuma ku li tiada kemampuan untuk berjuanag dari luar umno. saya nak usulkan sesuatu pada ku li. klau hari ini ku li rasa sudah mampu utk berdiri dan memperjuangkan islam dan negara dari luar umno, sayalah org pertama yg menyokong ku li. bahkan sy rasa semua org diluar umno bersetuju. ku li masih ada sisa2 masa yg Allah bakikan. gunakanlah masa itu dengan sempurna. kalau benar ku li berani.. keluarlah dan berjuang bersama kita. semoga keinsafan kita semua di terima Allah.
wallahualam. (harapan63)

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya Tengku Razaleigh yang dipilih oleh UMNO bahagian tapi hampeh...
hanya beliau satu-satunya pemimpin UMNO yang masih sayangkan melayu..

MAHASISWA UKM

Tanpa Nama berkata...

Semua orang mengutuk UMNO...
Saya pun mengutuk UMNO secara amnya....
Tetapi orang UMNO seperti Tengku Razaleigh dan seangkatan dengannya saya hormati....
Ini lah politik sebenar yang suci.....
Bercakap atas dasar pendirian dan berprinsip...
Syabas Tengku, kebijaksanaan Tengku mengangkat darah kerabat diraja yang mengalir dalam diri Tengku...
Sultan Kelantan akan berbangga mempunyai kerabat seperti Tengku....

Tanpa Nama berkata...

Tengku,
rasa sayang sekali orang yang berani bercakap benar seperti Tengku berada dalam kumpulan yang kotor dan jahat itu. Tinggalkan mereka sementara hayat masih ada, Tengku.

Tanpa Nama berkata...

bagus jugak orang camtu ada dalam UMNO tu.
kalau tak dak orang camtu dalam UMNO.
makin jahanam la Malaysiaku yang tercinta ni...

Tanpa Nama berkata...

Zamri kecik, kalau tak org mcm Ku Li tak de dlm UMNO, lagi cepatlaa parti tu terkubur. Selesai satu masalah M'sia. Dak gitu??!!!