05 Mac 2009

Zambry takut dunia saksikan kejahatan BN.

PARIT BUNTAR: Menteri Besar Kudeta , Dr Zambry Abdul Kadir, mendakwa tanpa asas Pakatan Rakyat sengaja mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok untuk memalukan negara di mata dunia.

Zambry menuduh dalam ucapannya, "tindakan mereka itu seolah-olah dirancang dan disusun untuk tatapan dunia".

Persoalannya kenapakah kalau dunia dapat menyaksikan peristiwa di Perak kelmarin dijadikan alasan sebagai perkara yang besar. kalau lah benar apa yang dibuat oleh BN kenapa dibisingkan sangat. Sepatutnya BN mesti rasa bangga dengan kejayaannya menunjukkan kepada dunia dapat menghalang Pakatan Rakyat bersidang ditempat yang sepatutnya.

Kalau itulah demokrasi yang sebenarnya maka itulah yang akan menjadi saksi di seluruh dunia tentang kebenaran perjuangan parti cap kati.

Saya tidak mahu membuat spekulasi tetapi kita boleh lihat mereka sudah bersedia dengan poster "The World is Watching" supaya kejadian itu dilihat oleh dunia," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Setakat yang rakyat ketahui Zambry sebetulnya sudah malu dengan tindakan salah sejak 6 Februari yang lepas. Nampaknya satu tidak menjadi sehingga usaha untuk menggagalkan sidang juga meleset walaupun pihak keselamatan dan samseng dipergunakan sedemikian rupa.

Dunia menyaksikan rakyat semakin sayang dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pakatan Rakyat. Itulah yang menghantui Zambry sekarang. Kubur yang digali semakin besar untuk menguburkan parti cap kati.

Mana dia penyokong parti cap kati, yang datang buat kacau itupun saya kira yang terlepas dari "zoo" mana. Kalau lah kebenaran berada di pihak Zambry kenapa penyokongnya yang siuman tidak tampil membela.

Nampaknya pemimpin UMNO semakin penakut dengan berselindung di sebalik benteng FRU. makanya dunia telah menyaksikan siapakah yang benar dalam tindakannya.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Drs(Dgn izin) Goblok punya kudeta punya MB.Depa yg beria ia .Guna Pekida pakai polisi.Halang sana sini.Awat depa pikiaq orang kpg jahil murakab sgt ke?Sampai tak waras mcm depa.Minta maap YB ter "emosi"....Cura Sicuit cuit.

Tanpa Nama berkata...

semoga dun perak diperkenan sultan utk bubar. anak perantau perak support YB. doa dan usaha pasti allah rahmati. kejayaan smkn hampir

Tanpa Nama berkata...

buat geng-geng 3 lines..apsl korang ni BODOH sangat..sanggup diperalat..ketuanan melayu konon..
aku yg melayu jgk ni pun semakin meluat..ptuih..
kalau berani sangat masuk gelanggang la..

MAHASISWA UiTM

Tanpa Nama berkata...

Apa punya cerita depa nie.. halang orang nak masuk dewan bersidang.. pastu bila buat bawah pokok kata pulak saja orang rancang.. nak masuk raja lawak tak dapat kottt..??

Tanpa Nama berkata...

Jika worst case scenario di mana Sultan Perak tidak akan bubarkan DUN (nampak gaye baginda x akan bubarkan)....Bagaimana nak settle masalah ini? Ada suara2 yang mengatakan Tuan Speaker nak disumbat ke penjara (ISA?). BN nampak akan cuba sedaya upaya untuk melenyapkan Nizar dan Tuan Speaker dari Perak. Bagaimana kesudahannya?

Tanpa Nama berkata...

Pekida - Kembalilah pd perjuangan asal.Dahulukan agama dr bangsa.Mohon menjadi Persatuan Melayu-Islam yg baik.Mohon pantau 'anak-anak' buah.Seru pd dekat diri dgn Allah..insyaAllah semlamat.

Tanpa Nama berkata...

Ada blog dah dedahkan apa kaitan Sultan Azlan masa rampasan kuasa di Sabah dulu,..hmmp dia adalah YDP Agung masa tu,..dan apa kaitan nya dengan kes di Perak sgt masuk akal, tapi kena ada byk lagi pendedahan so that kita tahu yang citer ni bukan rekaan lagipun krisis dalaman GAMUDA dan projek lebuhraya Timur-Barat memang dsahih wujud...so, sultan Azlan kena pilih..kita saksikan jelah pilihan dia...antara tanggungjwb yg akan dipersoalkan di akhirat dan kepentingan dunia...

Tanpa Nama berkata...

Bukankah kalau DUN tak bersidang sampai 6 bulan, ia terbubar dgn sendiri? Jadi kalau sidang bawah pokok itu tidak sah ertinya bulan Mei DUN terbubar dgn sendirinya?? PRU negeri pasti berlaku??

Tanpa Nama berkata...

Dikhuatiri tiba bulan Mei nanti timbul pula undang-undang rimba baru. Kita berhadapan dengan golongan yang tak bertamaddun.

Tanpa Nama berkata...

masa kecik-kecik mak kata 'pembohong lama-lama jadi pencuri'...tapi skrg dah taraf penyamun tapi banyak filem yang aku tengok tak pernah lagi penyamun dan penjahat menang walaupun hero mati tapi penyangak ni tetap mamposss juga..

Tanpa Nama berkata...

walaupun aku terlampau sedih dengan apa yang berlaku, kita kena redha dan lihat hikmahnya,..at least rakyat Malaysia yang siuman dan waras dah buka mata dengan realiti di depan mata, takdelah terus tergapai-gapai dalam kegelapan dengan dakyah umno dan mwelihat pembangkang sebagai perosak negara padahal dorglah yang dah porak perandakan negara sampai undang-undang dan perlembagaan dah dihina dan tidak lagi dijunjung...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Drs Idham yang saya sayangi di atas keberaniannya menegakkan Islam dari kalangan bukan Melayu dan saya Orang Melayu merasa malu dengan sikap sebahagian orang Melayu Umno dan Melayu Pekida yang buat onar baru-baru ini ...Saya nak bicarakan tentang budaya samseng dalam Umno ni ..Saya tujukan tulisan ini kepada samseng upahan UMNO marilah kita kembali pada firman Allah :

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان .

Ertinya :
Dan hendaklah kamu tolong menolong di dalam perkara kebaikan dan ketakwaan dan janganlah kamu tolong menolong di dalam perkara dosa dan permusuhan.

sesungguhnya setiap kumpulan yang dibina atas dasar menyemaikan benih Gangsterism dan pergaduhan merupakan kumpulan yang rosak akhlak dan dipenuhi dengan sifat jahiliyah..Ini adalah kerana di dalam Islam Nabi saw cukup benci dengan perangai samseng Jahiliyah sebagaimana suatu riwayat di mana Abu Zar Al-Ghifari telah mencela seorang hambanya lalu nabi saw menegurnya dengan sabdanya:

إن فيك أمر من الجاهلية

Ertinya: Sesungguhnya pada dirimu masih ada sifat-sifat Jahiliyah..Bila ditegur begitu Abu Zar Al-Ghufari merasa terlalu bersalah sehingga dia meletakkan kepalanya ke tanah lalu meminta hambanya itu memijak pipinya..tetapi hambanya itu memaafkannya..

Jelas wahai saudar-saudaraku..bahawa perbuatan samseng..bermegah-megah dengan kekuatan adalah perbuatan orang jahat di zaman Jahiliyah...sebagai suatu syair di zaman Jahiliyah yang berbunyi:

إن لم تثأروا لأخيكم فالقوا السلاح والأباريق والبسواالحلل النساء والمكاحل والمجاسد وذلك بئس المرهق

Ertinya :
Sekiranya kamu tidak membalas dendam untuk saudaramu maka buangkanlah pedangmu bersama kilauannya..dan pakailah olehmu perhiasan -perhiasan wanita..kerana sesungguhnya kamu sudah menjadi manusia yang kecundang...(syair Arabi)

Menurut Ulamak Adab Wan Nusus(Sastera Arab)syair ini merupakan suatu provokasi yang boleh dijumpai dalam banyak syair Arab dizaman jahiliyah menunjukkan kehidupan sosial mereka yang huru hara akibat suka bergaduh atau dengan kata lain suka menaikkan sentimen yang membawa kepada pergaduhan...dan yang lebih dahsyat lagi mereka ini suka bergaduh walaupun di dalam mempertahankan kejahatan dan ketidakadilan..bagi mereka tiada siapa yang benar atau salah asalkan kamu dari geng kami ..golongan kami..puak kami..kami akan mempertahankan kamu tidak kira kamu berada di puak yang benar atau salah.Inilah yang Islam larang dan Allah telah mengutuskan Nabi saw untuk mengajar manusia meninggalkan fahaman Jahiliyah itu dengan sabdanya:

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه كما يحب لنفسه

Ertinya :

Tidak beriman seorang pun daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu yang lain seumpama kamu mengasihi dirimu sendiri.

Adik-adikku hadis ini jelas melarang kita menyakiti saudara kita yang lain apatah lagi di atas dasar gangsterisme dan asbiyyah berkumpulan..kerana Islam menyatakan bekerjasama mesti di atas dasar kebenaran..bukan membuta tuli membela saudara kita secara tidak betul dan menzalimi orang lain...

Saudaraku...kita manusia tak kuat mana...kalau kita rasa kita kuat ada manusia yANG LEBIIH KUAT DARI KITA..oleh itu sifat merasakan diri kita lebih dari orang lain...adalah sifat Iblis yang merasakan dirinya lebih mulia dari Nabi Allah Adam...atau dengan bahasa yang kita selalu dengar''Takbur''dan dengan sifat inilah Iblis dilaknat selama-lamanya dan dihalau dari syurga.

Pakcik-pakcik ahli Pakida yang sebenarnya..saya tahu bukan semua ahli pakida yang bermasalah..kerana saya berkawan baik dengan seorang veteran pakida di Ipoh dan dia ni memang hebat dari segi ilmu perisai diri sampai dia boleh makan kaca botol di depan saya..dan itu first time saya tengok...tetapi dia taklah berlagak dengan ilmunya,...merendah diri..warak...tak suka menunjuk-nunjuk...dan dia bagitau urusan Pekida ialah membela umat Melayu Islam..mempertahankan mereka agar tidak dizalimi oleh musuh sebagaimana di Palestin dan Bosnia...menjaga kebajikan umat Islam Melayu...tapi katanya..sungguh malang apabila golongan muda sekarang ini yang menyalahgunakan dasar Pekida yang banyak merosakkan imej pekida dengan sikap dan tigkahlaku yang cukup menyedihkan..oleh itu kepada ayahanda-ayahanda...abanglong...otai=otai Pekida tolonglah pastikan anak buah ini mendapat ilmu agama dan tarbiyah Islam yang secukupnya agar Pekida menjadilebih bermakna dan selari penubuhannya dengan tuntutan Islam..dihormati dan boleh diharap sebagai pelindung kepada orang yang lemah...agar Pekida ini tidak disalahgunakan sebagai suatu kumpulan samseng Melayu..yang sah di sisi undang-undang.
(El Azhar ex-student-93-98)El Zagazig

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikom yb, saya kulaan Taman Murni saya sebelum ini bekas TLDM Pangkalan Lumut,
MB Kudeta saya tau dia menang pun harapkan undi pos Anggota TLDM kalau tak dah lama bungkus. Pengalaman saya pernah jadi Pegawai Bertugas diarah pleh org atasan pangkah dacing je masa pilihanraya.Saya memang tak hormatlah MB Kudeta ni.

Tanpa Nama berkata...

Macam itulah pemimpin BN, malu dengan dunia bukan dengan Allah dan bukan bertindak demi kepentingan rakyat.
Bila pelawat datang, sibuk, cuci sana cuci sini, sebab nak tunjuk pada dunia. Kereta Proton yang dieksport lebih murah, lebih berkualiti dan ada ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Tunjuk pada dunia kereta kita bagus. Tapi Proton yang dijual untuk rakyat tempatan, lebih mahal dan kurang berkualiti.
Sebab nak keuntungan, bina rumah di atas bukit walaupun tak selamat. Biar rakyat hidup dalam keadaan bahaya. Biar rakyat mati.
Sebab nak tunjuk kepada dunia yang negara kita maju, universiti tumbuh macam cendawan. Tapi kualiti pendidikan yang disediakan bagaimana? Dan berapa ramai graduan yang menganggur sekarang?
Tidak bolehkah bina negara dengan rasa tanggungjawab dan integriti? Tidak bolehkah bagi yang terbaik kepada rakyat yang diwakili?Allah sentiasa melihat dan tidak pernah lupa.
Sekiranya dunia tidak melihat, adakah kamu orang UMNO rasa kamu boleh buat apa saja? Ibarat Zionis kamu rasa kamu boleh guna polis dan FRU untuk pukul dan bunuh rakyat sesuka hati. Masih ingat MEMALI???
Saya belum lupa!!!

Tanpa Nama berkata...

aku tak respect lansung...3 line..hampeh...bangga la konon...yg dok nampak la...depanih la..perosak

Tanpa Nama berkata...

Salam.. untuk yg komen dari pehak2 umno tu.. jgn dok sembang la nak lawan unit amal. aku ni unit amal, aku pun ahli pekida. tp bkn pukida yg bodoh tu. dok jadi barua umno. mana janji nak pertahankan agama, bangsa dan tanahair? mana xnya, lepas bai'ah kluar minum arak ramai2. ayahnya bodohnya solat pun x tau. korang ni pukida sesat. aku x sembang lebih la. klau ds Nizar x halang kita org semua, lama dah berkubur budak2 pukida bodoh tu kitaorg sebat. mula2 budak2 pukida bodoh ni berkokok sakan. siap baling2 botol dan batu. bila nak kena sebat semua lari lintang pukang sampai tersembam jatuh ke tanah, pastu nyorok belakang FRU. siap dgn ayahnda sekali pun dok menyorok. dapat juga aku pijakan sorang dua tu..pooodahhhh... tu ke rupanya yg nak membela agama,bangsa dan tanahair? sungguh aku cakap dgn korang. klau ds Nizar x tenteramkan kita org dan lama ayahnda korang tu aku kitai. peduli apa aku.. kecik jer aku tgk pukida dgn FRU tu ko tau. korang klau xda kat sana xpayah nak sembang lebih2 laa.. geli ketiak aku dgr. mana penyokong2 dacing? semua xder telo. guna pukida pun pukida bodoh. nak kena belasah tau pula lari menyorok belakang fru. woi.. x malu ke? (harapan63)

Tanpa Nama berkata...

Post mortem mengesahkan A.Kugan mati dibunuh semasa dalam tahanan polis. 'Anjing' dan tuannya sama saja -PEMBUNUH, PEROMPAK, PENIPU.
Lihatlah dunia!!!

Tanpa Nama berkata...

semua diperkudakan oleh mamak ni ,asalkan boleh jadi kerajaan yop. klu meka anak jantan dan ada telo bubarkan dun pegi ngadap utk consent. yg ni teman rasa dia belajor dari mantan mamak memanda yg dulu le...

Tanpa Nama berkata...

aku respect anggota unit amal pas,brjuang demi agama dn brani...dn nak trgelak aku dngaq org2 PUKIDAA lari main nyorok2 dblakang fru..mula2 nmpak mcm nak putus urat tngkok memekik kat YB2 PR,tp bla unit amal gejut sket lari nyorok..ni aku nk habaq kat hgpa,smseng taik kucing,slalu org kata kalu rmai brani,tp aku tgok hgpa org2 PUKIDAA yg nyorok tu ramai gak tp bacui...
ketua depa yg cekak pnggang tu aku tgok ada iras2 sarip dol samseng kg dusun...kehkehkehkehkehkehkeh(leh msuk rja lwk musim dpn)

Tanpa Nama berkata...

kehkehkehkeh,smsng kg dusun..(gelak sat dlu)....

hari ni srt kbar 06hb mrch 2009,pnyamun yg pkai tngkai kebal pun mampus...
cuma smseng2 PUKIDAA ni ja rsa cam bleh idup lma kot...(tringat sarip dol dn trgelak lg)...kehkehkehkehkehkehkehkeh...malu la woi,woi malula,malu la woi,woi malula....ekekekkekik...

Tanpa Nama berkata...

Macam gampang le pakida ipoh perak?