WFAUZDIN NS
Pendapat umum banyak menyatakan bahawa krisis politik yang berlaku di Perak hanya boleh diselesaikan oleh rakyat Perak sendiri. Biarpun beribu kali Mahkamah atau Istana digunakan untuk mengatasi kemelut ini, namun sudah pasti krisis ini akan tetap berpanjangan. Krisis bermula dengan wujudnya kumpulan yang `tamak' serta khianat kepada amanah rakyat. Bukan masalah `lompat parti' yang dipertikaikan sangat oleh rakyat, tetapi kaedah yang digunakan oleh mereka terlalu jijik dan kotor bagi menggambarkan semangat demokrasi yangmereka dukungi selama ini.
Pendapat umum banyak menyatakan bahawa krisis politik yang berlaku di Perak hanya boleh diselesaikan oleh rakyat Perak sendiri. Biarpun beribu kali Mahkamah atau Istana digunakan untuk mengatasi kemelut ini, namun sudah pasti krisis ini akan tetap berpanjangan. Krisis bermula dengan wujudnya kumpulan yang `tamak' serta khianat kepada amanah rakyat. Bukan masalah `lompat parti' yang dipertikaikan sangat oleh rakyat, tetapi kaedah yang digunakan oleh mereka terlalu jijik dan kotor bagi menggambarkan semangat demokrasi yangmereka dukungi selama ini.
Jika saya menjadi salah seorang dari mereka yang terlalu ghairah untuk `melompat' parti tersebut atas alasan memperjuangkan nasib rakyat yang kononnya tidak terbela di bawah kerajaan PR di Perak, saya sama sekali tidak akan melakukan perbuatan yang `sebodoh dan sehina' seperti itu. Apa yang akan saya lakukan, pertamanya saya tidak umumkan pendirian untuk keluar parti dan menyokong Umno/Bn di Perak sehinggalah apabila diadakan sidang Dun dan undi tidak percaya kepada YAB Ir Nizar dilakukan. Ketika usul tersebut dibawa ke Dun Perak, saya yakin ketika itu Speaker sudah pasti membenarkan usul untuk dibuat pengiraan samada YAB Ir Nizar masih mendapat kepercayaan Ahli Dewan. Ketika itu barulah saya akan menyokong usul tersebut seterusnya mengumumkan keluar dari PR. Jika cara ini digunakan oleh Adun-Adun yang melompat tersebut, saya pasti krisis Perak tidak akan berlaku dan YAB Ir Nizar pasti akur kerana kepala dan mata beliau sendiri telah melihat bahawa beliau telah kehilangan majoriti di dalam Dun Perak. Proses seterusnya baru lah perkara tersebut di bawa ke Istana untuk makluman DYMM Sultan.
Kaedah kedua yang saya akan lakukan jika saya dari jenis spesis yang melompat itu, saya akan membuat pengumuman awal secara terbuka kepada media bahawa saya telah keluar dari parti saya dan menyokong Umno/Bn. Apabila sidang Dun dijalankan, pengakuan lisan tersebut akan saya zahirkan sewaktu usul undi tidak percaya kepada YAB Ir Nizar dilakukan. Bukankah kedua-dua cara ini agak terhormat. Kaedah ini juga mungkin dirancang oleh DS Anwar untuk mengambil alih Putrajaya. Bukankah DS Anwar secara terbuka mengajak seluruh MP dari Umno/Bn berhijrah kepada PR tanpa syarat?
Mengapa mereka yang melompat ini memilih jalan yang begitu sukar sekali untuk memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka dakwa itu? Mengapa perlu `menyorokkan 'diri untuk beberapa lama sehinggakan tidak diketahui oleh keluarga mereka sendiri? Jika mereka rasakan mereka benar, mereka perlu jujur untuk membuat pengakuan terbuka. Setelah `hilang' untuk beberapa hari, tiba-tiba muncul bersama PM untuk mengistiharkan bahawa mereka menyokong Umno/Bn di Perak. Manusia yang berakal sudah pasti memikirkan bahawa tindakan mereka ini merupakan satu tindakan `bacul' dan `penakut'.
Lebih malang lagi, sokongan mereka yang melompat ini kepada Umno/Bn dizahirkan di dalam istana dan bukan di dewan. Oleh sebab itulah Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru ini mengesahkan bahawa tiada usul undi tidak percaya dilakukan terhadap YAB Ir Nizar selaku MB Perak di dewan. Oleh kerana tiada usul tersebut dan YAB Ir Nizar serta Adun-Adun PR yang lain tidak melihat dengan mata dan kepalanya sendiri serta tidak direkodkan di dalam sidang Dun, maka YAB Ir Nizar merasakan beliau adalah MB Perak yang sah. Sebab itu ramai yang bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir yang kurang senang dengan tindakan gopoh Umno/Bn di Perak itu. Tindakan gopoh dan kurang cerdik itu akhirnya memakan diri dan rakyat terpaksa dikorbankan.
Apabila YAB Ir Nizar mempertahankan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak, beliau dianggap `derhaka' kepada Sultan Perak. Apabila rakyat menentang tindakan Umno/Bn yang secara tidak demokratik mengambil kuasa di Perak, rakyat turut dianggap derhaka kepada Sultan. Kesemuanya Umno/Bn ingin lepaskan terhadap DYMM Sultan agar dapat dilihat seolah-olah rakyat Perak menderhaka kepada Sultan. Sebaliknya, Umno/Bn lah yang `menjual' nama Sultan demi survival politik mereka. Sehinggakan apabila didesak untuk bubarkan Dun Perak, Najib masih meletakkan tekanan itu kepada Sultan. Benar, DYMM Sultan punyai kuasa dan hak untuk bubarkan Dun tetapi alangkah baik dan beradabnya jika Najib atau pun Zambry berunding dengan YAB Ir Nizar berjumpa Sultan memohon agar Dun Perak dibubarkan demi mengatasi kemelut yang berlaku. Adakah Najib atau Zambry berani? Jika tidak berani berbuat demikian, janganlah lagi menggunakan nama DYMM Sultan.
Apabila peraturan telah dilanggar oleh mereka yang berkepentingan, maka rakyat terpaksa menjadi mangsa. Di Perak, mana lagi peraturan yang tidak dilanggar di dalam sistem demokrasi di negeri tersebut? Siapa punca permasalahan ini? Jika semua pihak tidak berani mengaku menjadi punca kepada kemelut yang dihadapi sekarang, maka tiada jalan lain melainkan rakyat sendiri yang bakal memulihkan negeri tercinta ini. Semua pihak harus berani memberi peluang kepada rakyat Perak untuk menentukan nasib mereka. Jika ada yang tidak berani menghadapi pilihanraya sekali lagi di Perak, sememangnya sahih mereka takut rakyat tidak lagi akan memilih mereka sebagai Wakil Rakyat. Apa yang pasti pengkhianat tetap akan menerima hukuman dari rakyat.
wfauzdin.blogspot.com
10 ulasan:
Kita berhujah sebelum peristiwa diatas berlaku. YB Nasa telah mengumumkan lompat parti dan peristiharan berlaku juga di luar DUN dan istana iaitu di pejabat PKR PJ disaksikankan oleh Anwar.
Yb Nizar dalam PC di Ipoh mengatakan tidak perlu diadakan Pilihan Raya Kecil.
Semua berasa bangga kerana pada masa itu 31 + 1 = 32. berbanding BN hanya tinggal 27.
Ketika itu kita telah mengamalkan demokrasi. Majoriti menguasai DUN. semua setuju....
Jadi apabila, selepas itu berlaku 28+3=31 dan PR 28. Jadi apa yang digusarkan?
Hanya jika kita tidak dapat menerima hakikat bahawa sistem demokrasi pada ketika ini pula tidak relevan, tidak adil, maka helah-helah lain yang digunakan juga adalah penyebabkan kepada krisis yang berlanjutan ini. Kita jangan hanya merasakan hanya kita yang pandai dan kita kata semua rakyat menyokong tindakan kita.
Rasanya tidak begitu..
Muhasahlah sesama kita..
hukum jangan tak hukum...
hukum BN dlu!!
saya heran mengapa ada yang masih beranggapan bahawa apabila pihak yang mendapat majoriti maka ia layak memerintah..... memang dalam sistem demokrasi begitu... tapi ia harus di buat melalui dewan rakyat.... bukan di luar..... sekiranya ia di buat di luar dewan rakyat maka ia dah membelakangkan perlembagaan atau undang2 tubuh negeri..... saya yakin dan percaya sekiranya ia dibuat didalam dewan yang mulia maka rakyat akan terima tanpa ada perasaan sangsi dan marah..... dan pada pendapat saya mereka yang mengatakan mendapat majoriti di luar dewan dan bukannya di dalam dewan maka mereka itulah yang mengamalkan undang-undang hutan iaitu yang kuat menguasai yang lemah..... ia jelas tidak adil.....
Bagi sy prosedur BN di Perak tak kena & tak ikut peruntukkan undang2 tubuh negeri.
Sebaiknya BN buat usul undi tak pecaya dulu .. jika berjaya barulah boleh lantik MB.
Tapi kerana gopoh ... jadi MB dulu baru nak buat undi tak percaya.yg ini sebabkan negeri celaru dan haru biru.
Cuba anda fikir ... adakah buat anak dulu baru nak kahwin? inilah yg telah UMNO/BN telah lakukan di Perak.
Dalam krisis di Perak pihak istana turut menjadi mangsa BN.
saya boleh setuju dgn pendapat drp. haji_ahmadkamal@hotmail.com bahawa pemimpin PR Perak juga telah salah langkah dengan menerima Dato' Nasarudin tu, walaupun nampak demokratik kerana majoriti ADUN memihak PR dan mungkin tanpa paksaan atau sogokan wang ringgit. Tetapi PR Perak sepatutnya memaksa Dato. Nasa melepaskan kerusi DUN beliau untuk ditandingkan (PRK). Baru gentelemen, kan? Bermakna saya terima PR sudah buat silap di situ. TETAPI susulannya, Dato. Nasa ni lompat lagi balik semula BN bersama pula 3 ADUN PR yang umum mengetahui mereka ber-3 ni mahu jadi ADUN bebas tetapi memihak kpd BN. Di sini, kita kena salahkan BN pula kerana menerima mereka (kita ketepikan hal cara apa mereka guna, samada ugutan atau sogokan atau tiada paksaan). Semua pengumuman ADUN lompat parti adalah di luar sidang DUN, tempat yang tidak dapat mengesahkan kedudukan Dato Seri Ir. Nizar tidak mendapat majoriti undi. Ya seperti komen-komen yang lain, mmg sepatutnya Dato. Najib disalahkan kerana kegopohannya (,keangkuhan dan kebodohannya)menjadi punca krisis politik di negeri saya ni. Dato Najib sepatutnya menunggu sidang DUN berikutnya atau sidang tergempar untuk undian tak percaya kpd MB Nizar. Di situ baru BN boleh lantik Dato' Zambry menjadi MB Perak yg baru dgn perkenan Tuanku Sultan Perak. Fair enough! Barulah demokratik & ikut UTNP.
Sekarang dah jadi krisis perlembagaan kerana masing-2 PR & BN 'main' mahkamah & undang-2 nak selesaikan perkara ni. Jadi kalau nak cari salah masing-masing BN & PR ada salah kerana masing-masing berasa demokratik tapi sebenarnya menggunakan kelonggaran atau kelemahan undang-2 atau manipulasi keadaan dlm ruang litup Perlembagaan dan UTNP.
Untuk berlaku kpd semua; BN dan PR patutnya hentikan percaturan di mahkamah. BUBARKAN DUN PERAK dan adakan Pilihan Raya Negeri. Maka Sultan Perak, PR & BN akan dijustifikasi telah memelihara demokrasi dan memperjuangkan hak kami rakyat Perak...tanpa kami rakyat semua jawatan tu adalah tak beri sebarang makna...sia-sia. Hanya syok sendiri.
Saya tidak bersetuju dengan ulasan haji_ahmadkamal kerana apa yang berlaku krisis diPerak adalah kerana ghaibnya 3 adun Pakatan Rakyat.Bukannya kerana hilangnya majoriti di DUN.Maka DS Nizar terpaksa mengadap sultan untuk membubarkan Dun.
Tiba-tiba tumbul 3 adun PR bersama DS Najib dan Dato Nasa.Itulah yang menjadi kekusutan di Perak apabial SPR menolak surat daripada Speaker akan kekosongan 3 kerusi.SPR pula menjadi Mahkamah sedangkan sah atau tidak surat itu boleh dirujuk kepada Mahkamah oleh 3 adun tersebut.
Usahlah kita menyalah satu sama lain kalau kita mengambil kira permulaan berlakunya krisis di Perak.Barulah boleh kita menyalahkan seseorang yang menjadi punca kemelut di Perak.
ADI ULASAN KAU MEMANG BERNAS,,PIHAK ISTANA DIPERKUDAKAN OLEH NAJIB TANPA SEGAN SILU
ADI KAU PUNYA ULASAN BERNAS
adi kau nyer ulasan memang bernas
Ya ALLAH YA AALIM, ALLAH yang maha mengetahui hati manusia. Manusia akan melakukan sesuatu tanpa menyedari apa akibatnya. Begitulah dengan apa yang terjadi di Perak. BN fikir dengan mengheret dan mengurung speaker PR, mereka telah berjaya. Hakikat nya tidak begitu. BN fikir dengan mendapatkan perentah mahkamah dalam masa 3 jam dia menang, hakikat nya juga tidak demikian. Akhlak buruk BN makin terserlah.Begitu juga dengan akhlak SUK, KSN, Pegawai Polis dan yang lain lain yang bersubahat.
Catat Ulasan