10 Jun 2009

BANGSA MELAYU AKAN TINGGAL NAMA

Menteri Pelajaran telah mengemukakan cadangan untuk mewajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris bagi kertas SPM. Beliau juga telah meminta pandangan ramai tentang perkara ini. Tidak tahulah sama ada ini adalah gimik politik UBN sahaja atau sebaliknya.

Namun begitu, rasionalnya untuk mewajibkan bahasa penjajah ini masih tidak jelas dalam menyatupadukan masyarakat di Malaysia ini. Kenapa bahasa Inggeris tidak BAHASA MELAYU? Apa kurangnya bahasa Melayu ini? Dahlah PPSMI bangsa Melayu di luar bandar jauh ketinggalan ini kan pula nak menjalankannya diperingkat SPM? Saya rasa bangsa Melayu akan tinggal nama sahaja selepas ini.

Saya lihat UBN ni terlalu mengutamakan bahasa penjajah ini bermula era mahathir lagi. Lihatlah di eranya PPSMI berlaku, sekolah agama rakyat dipinggir,yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana, hinggakan menyalahkan zaman Nabi Muhammad SAW tidak ada pisau cukur. Rakusnya UBN telah terlalu teserlah hingga tidak boleh dibendung lagi, sekarang cuba pula untuk meminggirkan bahasa Melayu lagi yang menjadi dokongan setiap rakyat Malaysia.

Bahagian Pendidikan juga dijadikan tapak berpolitik. Ingatlah UBN! Pendidikan jangan jadi tapak untuk kita menghamburkan gimik politik. Pendidikan kita serahkan kepada mereka yang lebih arif dan tahu untuk mengajar anak-anak didik mereka iaitu GURU. Bila pendidikan dicampurkan dengan politik maka yang ruginya adalah bangsa Malaysia juga. Bak kata pepatah Melayu, " kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan ".

Janganlah diagungkan bahasa penjajahtu. Wajibkan sahaja bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris, itu lagi baik kerana ia bahasa pertuturan setiap rakyat Malaysia. Manik Urai bertindaklah secara bijak. Ingatlah! penduduk Manik Urai khususnya bangsa Melayu, seandainya bahasa Inggeris juga dipilih maka BANGSA MELAYU akan tinggal nama sahaja selepas ini...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UBN tidak konsisten dalam memertabatkan bangsa dan negara. Perlembagaan jadi quran buruk. Rukun Negara jadi hiasan dinding. Jentera kerajaan jadi alat politik. Kepimpinan tiada jati diri. Rakyat dipecah-pecah supaya mudah diperintah. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri jadi gelanggang pertengkaran. Apa dibuat semua betul. Wahai pemimpin hentikan lakunan-lakunan lawak bodoh. Jika dulu kini dan selama-lamanya amalan serupa sahaja negara akan hancur akibat tangan-tangan kamu sendiri.

ubatkuat berkata...

salam buat muslimin/muslimat

mana dia pejuang atau penegak BANGSA MELAYU???ape makna korang laung laung bagsa melayu tapi bahasa melayu diLACURKAN DAN DIPIJAK2 OLAH SANG PENGUASA SEKULARISME????

saya pun melayu gak lulusan spm tahun 80 an DAN KREDIT DALAM BAHASA INGGERIS,,tidak megatakan yg bahasa inggeris tak perlu serta menolak bahasa inggeris,,tetapi apa maknanya DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SERTA PENGGIAT BAHASA YANG MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU SIKIT MASA DULU??ANGKARA SIAPA PEJUANG INI DINAFIKAN TERUS PERJUANGAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU JIKA BANGSA MELAYU SENDIRI MEMPERLEKEHKAN BAHASA SENDIRI???saya TAK MAINKAN SENTIMEN BANGSA LAH SEBAB saya SENDIRI MELAYU ISLAM dan merasa MALU SESANGAT MALU DENGAN PEJUANG2 BAHASA MELAYU.ULASAN saya TAK ADA FAKTA KE ATAU saya NI MENCACI TAK TENTU PASAL MENGENAI BAHASA MELAYU..BUKTIKAN saya SALAH DAN saya RELA DIKRITIK,,NAK TUDUH SEMUA NI ANGKARA PEMBANGKANG JUGAK KAH??NAK TUDUH GAK PEMBANGKANG MENANGGUK DI AIR YG KERUH KAH DAN BERBAGAI LAGI,,RUSSIA CHINA DAN JERMAN (SEKADAR CONTOH) MAJU GAK BAHASA MASING2 DAN TIDAK MELATAH GUNA BAHSA INGGERIS DALAM SUKATAN MATA PELAJARAN MEREKA(PERBETUL SAYA JIKA FAKTA SAYA SILAP)

TEPUK DADA TANYA DIRI SENDIRI!!!! AKU BANGSA MELAYU KE ATAU BANGSA APE KALAU BAHASA SENDIRI DIPINGGIRKAN DALAM PEMBELAJARAN DI SEKOLAH...

TAKBIR,TAKBIR DAN TERUS BERTAKBIR

WASSALAM

Manickam Nadeson berkata...

Lulus sahaja dalam bahasa Inggeris di peringkat SPM tidak mencukupi, Untuk meningkatkan pengausan dalam bahas Inggeris, pelajar-pelajara harus diwajibkan sekurang-kurangnya lulus dengan kepujian, sama seperti bahasa Malaysia.

yes berkata...

Dah lebih 50 tahun Malaysia Merdeka, tetapi malangnya Malaysia masih di pimpin oleh pemimpin yang rabun.

Tanpa Nama berkata...

BUATLAH PILIHAN SECARA BIJAK WAHAI RAKYAT MALAYSIA. DOK AGUNGKAN BAHASA PENJAJAH NANTI DIRI SENDIRI AKAN TERJAJAH. KPD MAHATHIR ERAMU DAH BERAKHIR. PI MASJID BYK2 SOLAT DAN BERZIKIR JGN DOK CAMPUR URUSAN ORGDAH. INGAT SOLAT TAUBAT JUGA SEBAB KAUTULA YG KUTUK JANGGUT NABI

Tanpa Nama berkata...

PM citer pasal nak agungkan bahasa Malaysia, TPM pulak nak agungkan Bahasa Inggeris... Apa punya akal la ni???... Memang tak ada keseragaman minda. Dua pemimpin tidak sehati sejiwa

Tanpa Nama berkata...

ni semua madey punye angkara

zackeye berkata...

Soal BI sebagai bahasa ilmu dunia pada ketika ini tidak perlu kita pertikaikan. Walau pun dia bahasa penjajah yang pernah menjajah kita tapi dia juga telah menjadi bahasa dagangan dan teknikal diseluruh dunia. Malah negara-negara yang hebat lain pun menggalakkan rakyat mereka belajar BI. Tapi mereka tak suruh rakyat mereka belajar dalam BI.
Yang dibuat oleh kerajaan sekarang ialah menyuruh anak-anak kita belajar sains dan matematik dalam BI. Ini memang kita tentang kerana sains dan matematik perlukan pemahaman dan tentulah bahasa ibunda akan memberi pemahaman yang lebih baik. Itu sebab kita tentang PPSMI.
Tapi kalau cadangan untuk supaya anak-anak kita mahir dalam BI dan mewajibkan mereka lulus dalam SPM itu boleh dipertimbangkan sebagai satu cadangan yang baik. Ini bukan bermakna kita nak mengagungkan penjajah, tetapi tak salah kalau kita ambil yang baik walau pun datang dari penjajah atau musuh kita sekali pun. Kalau kita nak menceduk ilmu yang baik dari penjajah adalah lebih baik kita mahir dalam bahasa mereka.
Kalau kita nak pandai ilmu ugama mestilah kita kena mahir dalam bahasa Arab. Internet ni pun datang dari negara penjajah juga tetapi kita terima kebaikannya. Mereka yang mahir BI tentu dapat menggunakan internet dengan lebih cekap dan luas lagi.
Orang yang boleh bertutur dalam banyak bahasa akan mempunyai lebih kelebihan dan pasarannya lebih luas. Orang yang mahir berbahasa Jawa tentu lebih selesa bila berurusan diIndonesia dan mereka yang pandai berbahasa Jepun tentu akan mendapat peluang yang lebih bila berurusan dinegara tersebut walau pun Jepun pernah memerintah dan berlaku zalim terhadap datuk nenek kita.

Atuk Banjar Masin berkata...

Kebijaksanaan cina berpolitik memberi kesan kebaikan dan keuntungan kepada mereka, sebalik nya telah memberi banyak keburukkan dan kerugian besar kepada kaum melayu/Islam.

Seperti kata2 Mat Sabu: "Setiap kali PRU diadakan, kaum cina bersatu, mereka menyokong satu parti sama ada MCA, Gerakan atau DAP."
Pada PRU12 yang lepas, mereka bersatu menyokong DAP. Mereka menjadi kuat jika berada dalam satu parti.

abahmu berkata...

saya setuju sangat la tu..

dedakayam berkata...

U+M+N+O=ini bahasa inggeris
PEKEMBAR=ini bahasa melayu
sekarang kalau tulis pekembar tak sapa pun kenal,tapi umno...semua tahu...nak perjuangkan bangsa pun guna perkataan inggeris...umno memang didik oleh penjajah dahulu,mereka sebelum merdeka bekerja didlm jabatan kerejaan penjajah.PKMM pun difitnahnya sebagai pengganas/kominis.jahat puak umno ni....kalau tak disekat sekarang....bila lagi....

Unknown berkata...

OTAK YANG HEBAT MAMPU MENTERJEMAHKAN DAN MEMAHAMI BAHASA MELAYU KA, BAHASA SALEH, BAHASA CINA, INDIA, SPAIN, DAN BERBAGAI LAGI. BAGI OTAK YANG KORUP HARAP BOLEH DI FORMAT DAN UPGRADE SEHINGGA 1 TERRABAIT MEMORY KHA...KHO..KEH...

Gedong Lalang berkata...

Cadangan supaya anak kita belajar BI dan mewajibkan mereka lulus adalah satu cadangan yang baik. Sebelum dikuatkuasakan Kementerian Pelajaran harus memastikan agar guru guru yang mengajar BI betul dapat mengajar dengan baik. Kita tak nak kanak kanak diluar bandar akan menjadi mangsa kerana tak faham BI dengan betul

Lain pula dengan pelajaran sains dan matematik yang diajar dalam BI saya tetapkan menentang keras pelaksanaannya. Ini kerana mata pelajaran tersebut memerlukan pemafahaman yang lebih dan melalui bahasa ibunda sajalah dapat memberi kesan. Jika diajar dalam BI pelajar makin tak faham.

Tanpa Nama berkata...

ELOK LAGI KALAU CALON SPM WAJIB DAPAT 'A' BARU BOLEH DAPAT SIJIL...

HIDUP BN!!!!!

-cicit tok zambry-

david ahmad muniandy berkata...

bahasa inggeris zaman 60'an dan bahasa inggeris zaman 80'an bezanya amat banyak. zaman pemerintahan mahathir pada 80'an pernah keluar 'cintailah bahasa malaysia' sehingga berbilang kaum tidak tahu cakap bahasa inggeris hanya anak-anak orang kenamaan sahaja tahu bahasa inggeris sehingga hantar anaknya keluar negara belajar tinggi-tinggi dan kita ketinggalan hendak buat satu projek yang besar berhubung dengan orang luar satu perkataan inggeris pun tak boleh nak tutur. kalau bagi orang kenamaan projek amat banyak termasuk pelaburan asing masuk ke dalam malaysia. jadi bukankah habuan ini dapat dekat orang kenamaan umno? jadi fikir-fikirkanlah....

Tanpa Nama berkata...

senang je benda ni... tak susah... bahasa rasmi biar bahasa melayu... dah full stop! bahasa lain option kepada bahasa tambahan.. sapa yang berminat boleh belajar.. bahasa ingeris ke , bahasa mandarin ke, bahasa india ke... orang yang nak belajar boleh belajar... orang yang tak nak belajar kita didik dengan bahasa yang dia minat.. apa nak susah? ada kah sebab tu kita nak bermatian? semua ini nonsense! bila dah ada, wajib bab bahasa ni, bukan bertambah merapatkan jurang, merenggangkan lagi adalah.. tuntutlah ilmu sampai ke negeri china! bagi orang yg nak berjaya kena ada usaha..

Tanpa Nama berkata...

tak abes2 membebel. korang ni semua la nak bangkang. idea korang je la yg hebat dalam dunia.

kalau tak setuju, kemukakan cadangan dan alasan pada tempat yg betul. jgn jadi mcm budak takde otak yg hanya tahu menolak tapi tak tahu sebab apa dia tolak.

bebal!!!

nenek bebal t.nama 12.20am berkata...

apela bebalnya tanpa nama 12.20am? kat sinila ruangan nak luahkan pandangan dan ulasan. dah terang penulis bagitau sebab xsokong bahasa inggeristu yg kau tu BEBAL xbaca pasal apa. dok nak kata org bebal kautulagi BEBAL. piiiirah

Tanpa Nama berkata...

Pada Pendapat Saya PPSMI Dan Cadangan Mewajibkan Lulus BI Itu Baik Kerana Ini Akan Meletak Standard Yang Lebih Tinggi Kepada Pelajar Dan Anak2 Kita Cuma Mungkin Kaedah Pengajaran Yang Lebih Efektif Perlu Di Buat.Takkanlah Kita Nak Biarkan Rakyat Malaysia Terutamanya Kita Bangsa Melayu Duk Takat Tue Jer...........Fikir-Fikirkanlah Renung2kanlah Pekara Ini Takder Lansung Kaitan Dengan Isu Bahasa Penjajah Ke Apa Ke...Jangan Pikir Sempit.

Tanpa Nama berkata...

PRSIDEN IRAN PERGI MANAPUN CKP BAHASA DIAJE. XDE NAK AGONGKAN BAHASA PENJAJAHTU TENGOK TEKNOLOGI MEREKA LEBIH HEBAT DARI EROPAH. TU YG DEPE TAKUT. YG KITA NAK TAKUT GUNA BAHASA KITA PASAL APE? YG DOK FIKIR MCM MAHATULA YG TERUK. HANCUS MELAYU!

Tanpa Nama berkata...

geli perut aku nak samekan korang dengan ahmadinijad. apa kehebatan korang?? selain dari pecah belahkan umat islam?? tu je yg korang tau buat pun.