23 Julai 2009

Kematian Teoh: PM umum tubuh inkues

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock minggu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat kerana Kabinet mahu penyiasatan kematian Teoh dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari punca kejadian tersebut.

Katanya Kabinet turut memutuskan satu suruhanjaya diraja diwujudkan dengan terma-terma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

"Pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis juga telah diarahkan bagi menyelesaikan siasatan kes ini dengan secepat mungkin dan laporan mengenainya akan diumumkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes Teoh, 30, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Ean Yong Hian Wah mendapat perhatian umum berikutan kematiannya yang menimbulkan tanda tanya.

Mendiang ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam Khamis lalu selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh, Najib berkata langkah-langkah itu mencerminkan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk mencari punca kejadian tersebut agar keluarganya dan masyarakat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Katanya kerajaan akan melakukan apa saja yang perlu untuk mencari kebenaran itu dan beliau sendiri akan memaklumkan kepada keluarga Teoh hasil siasatan itu nanti.

"Saya sebagaimana anggota Kabinet yang lain ingin mengetahui punca sebenar kematian Teoh.

"Oleh itu, saya harap semua pihak agar bersabar dan tidak membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat serta menimbulkan persepsi yang salah, mengelirukan rakyat atau menjadikan isu ini bermotifkan politik.

Beliau berkata untuk mencari kebenaran kematian Teoh, ia tidak seharusnya dicampur adukkan dengan kepentingan atau unsur-unsur politik tetapi apa yang penting adalah untuk mencari kebenaran. Mstar.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KEBENARAN YANG RAKYAT HARAPKAN BUKAN SETAKAT SIAPA YANG MELAKUKAN PEMBUNUHAN SECARA LANGSUNG, TETAPI CUNGKIL BIAR SAMPAI KEAKAR UMBI, TANGKAP SEKALI ORANG YANG MENGARAHKAN KAMBING HITAM YANG SANGGUP MENJADI PEMBUNUH UPAHAN

ubatkuat berkata...

aku rasa jawabnya macam altantunya jugak

mat sabung berkata...

Rentetan Kronologi Nujum Pak Kadok:-

-4 julai lepas US Navy menahan kapal drp korea utara yg dipenuhi oleh kontena senjata AK-47 n RPG-7 anti-keta kebal katanya menuju ke Myanmar, ttp yg peliknya transaksi bayaran tersebut telah dibuat oleh bank di Malaysia.

Sumber disini

http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2009/07/113_47913.html

-Selepas itu, dlm bulan julai ini juga, MOD ( Ministry of Defence ) tlh pergi ke negara Israel jumpa dgn yg juga Menteri Pertahanan Israel Ehud barak untuk apa, atas dasar apa? Pergi pula dgn perjumpaan ini dibuat secara tertutup.Apa yg dibincang kan itu?Kenapa Menteri Pertahanan, Kenapa tidak Menteri Luar iaitu Anifah Aman?

-Selepas ini, macam2 drama/sandiwara ( correct..correct..correct ) akan timbul pula drp bomb hingga lumat, mati dibelasah dlm lokap n dicampak drp bangunan ke bawah.drp rentetan ini semua, rakyat sdg melihat apa yg berlaku.rakyat tdk buta mata dn tuli telinga.sesungguhnya rakyat generasi baru sedang menilainya!!tunggulah saat PRU-13 nt wahai ALGOJO..!!

Tanpa Nama berkata...

macam kad raya je blog ni

nenek kebayan berkata...

Udah2 le tu, yang mati tu tetap dah mati.
Kite kan apa pehak yang berkuase, biokan aje mereka buat keje mereke.

Idham Lim (林川興) berkata...

tanpa nama 6.51 am....tak tau lah mana sdr sekolah, blog pun macam kad raya. mungkin kalau lihat lembu sdr. kata macam gajah....dah tu macam cerita orang buta akhirnya...apapun terima kasih kerana sempat masuk ke blog ini..WM

Tanpa Nama berkata...

drs 6.51 asyek ingat kad raya aje otok amno.

Idham Lim (林川興) berkata...

puasa belum, otak dah ingat raya...

Tanpa Nama berkata...

Saya separuh bersetuju dengan tanpa nama 6.51, rasanya banner saudara berwarna hijau tersebut berserta gambarnya sekali dah seakan-akan kad raya atau kad jemputan kahwin... Ini bukan pasai UMNO atau PAS, tapi rasa hati... design.. tu bro... maaf, namun isi yang baik tak dicacatkan dengan kulit yang hitam

ubatkuat berkata...

korang nak kaler ape???

Tanpa Nama berkata...

setiap kesalahan jenayah membunuh, merogol, merampas hak orang lain, pemimpin yang tidak amanah dan adil, rasuah dan segala macam kesalahan... tidak akan terlepas...walaupun di dunia boleh terlepas, namun di hadapan Allah, tiada siapa atau benda lagi yang dapat menyembunyikannya...ingatlah..seksaan Allah lagi pedih dan berat...

mat sabung berkata...

kenapa mcm kad raya? sb kaler dia hijau ke?warna hijau adalah warna rasmi ISLAM sejak zaman Rasulullah lg? tk belajar tamaddun islam kot? fikiran jumud sngt nih, asal hijau je nmpk raye! entah la, jumud..jumud..