26 Ogos 2009

47.2% mengundi sehingga 12 tengahari

Jumlah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari tadi mencecah 47.2 peratus atau 9,573 orang.

Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.

Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai.

Tambahnya, tiada laporan mengenai kehadiran "pengundi hantu" dimaklumkan kepada suruhanjaya tersebut.


Malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

LAPORAN DARI KWN YG ADA DI PERMATANG PASIR MENGATAKAN ADA PENYOKONG BN DAN PAS BERTUMBUK DPENANTI. HARAP TOLONG SAHKAN