26 Ogos 2009

BN didakwa guna pelajar sekolah rayu undi

PERMATANG PAUH, 25 Ogos:- Pengarah pilihanraya PAS Permatang pasir, Dato' Mahfuz Omar kesal dengan sikap Umno BN menggunakan pelajar sekolah sebagai perayu undi.

Mereka dipakaikan baju kuning bertulis Pemuda Umno Kepala Batas dan dan baju hitam bertulis Pemuda Umno Baling. Kesemua mereka dikesan oleh salah seorang guru Sekolah Menengah Paya Keladi Kepala Batas yang mengenali murid murid dari sekolahnya itu.

Selain digunakan sebagai pasukan sorak oleh Umno BN, mereka juga telah bertindak ganas apabila didakwa telah memecahkan cermin sebuah kereta di perkarangan Sekolah Bukit Indera Muda pagi tadi.

Selain mereka, Puteri Umno juga turut dikesan menggunakan remaja bawah umur dalam kempen mereka.

Dalam perkembangan terbaru, konvoi motosikal remaja berpakaian kuning berkenaan telah dikepung dan dipukul oleh orang kampung di kampung Kepala Bukit, Bukit Indera Mulia kerana didakwa membuat bising.

Selain itu peratusan kecil keluar mengundi di sebelah pagi juga turut dikesali. Mahfuz mendakwa ianya antaralain berpunca dari penetapan hari mengundi pada hari bekerja dan kegagalan pihak keselamatan menjaga lalulintas sehingga berlaku kesesakan teruk.

Faktor faktor itu katanya telah menyumbang kepada pengundi menjadi malas untuk keluar mengundi.

HarakahDaily.Net/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,

Siar je gambar puak-puak baju kuning tu dlm blog biar cikgu-cikgu dpt kenalpasti pelajar mereka dan lapor perbuatan umNO yang gunakan pelajar sekolah kat Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.
Nak tengok berani ke Jab Pel. PP ambik tindakan kat puak-puak baju kuning tu yang masih dok sekolah lg.

anakjatiperak berkata...

berani ker cikgu2 hantar senarai nama murid depa yang pakai baju kuning?eh..kenapa pulak pakai kuning?macam puak2 kat siam pulak.

anakjatiperak berkata...

bukti menunjukkan ketam mengajar anak berjalan lurus.kata kat orang guna budak2 sekolah pegi demo,tapi depa guna budak2 sekolah tanpa segan dan malu.

Tanpa Nama berkata...

mungkin lepasan sekolah kut.musim ni sekolah sibuk prepare ujian topikal dan try exam.tak mungkin murid ikut sama kempen.pada saya depa lebih utama pelajaran daripada kempen.apa hal pun elok siarkan gambar depa.