26 Ogos 2009

70.5% mengundi sehingga 4 petang

Jumlah keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi mencecah 70.5 peratus atau 14,031 orang.

Pada jam 2 petang tadi, 59 peratus atau 11,979 pemilih keluar mengundi bagi menentukan ADUN baru Permatang Pasir.

Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang.

Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.

MalaysiaKini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum!Menurut kata Pengerusi SPR.,bahawa
beliau berpuashati dengan proses dan perjalanan
mengundi (lancar dan ada kemajuan) beranding sewaktu DUN Manik Urai.Itulah berkat bulan Ramadhan Al-Mubarak.(Pengundi Tua)