Oleh : mohd shahir
Habis Apa PAS Boleh Buat..?
Kalau nak tengok apa PAS boleh buat, elok tunggu dulu apa yang Allahyarham YB Hamdan sewaktu jadi ADUN tunggal PAS berjaya laksanakan.. . hasil desakan, bantahan, memorandum, perbincangan dan perundingan semasa jadi pembangkang dan semasa berada dalam kerajaan.
* Pastikan tiada langsung premis judi beroperasi di kawasan N11 Permatang pasir. Setiap permohonan judi ditentang habis-habisan - BERJAYA SEPENUHNYA.
* Memperjuangkan isu tanah milik Melayu Pulau Pinang, tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam - SEBAHAGIANNYA BERJAYA.
* Mendesak papan iklan arak dengan imej wanita menjolok mata diturunkan - BERJAYA.
* Mendesak mangsa tsunami di Tanjung Bungah diberikan rumah (tuntutan dibuat kepada kerajaan BN, terlaksana semasa Pakatan Rakyat berkuasa) - BERJAYA.
* Tindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lesen, salahguna lesen, maksiat dan lain-lain - BERJAYA.
* Menentang habis-habisan projek kasino terbesar di Pulau Jerjak yang dicadang di zaman BN (2004). Ketua Menteri Lin Guan Eng membatalkan projek tersebut dan menggazetkan Pulau Jerjak sebagai hutan lipur - BERJAYA SEPENUHNYA.
* Minta Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menambah kakitangan dan lojistik setelah mendapati kapasiti tinggalan BN dulu terlalu lemah - BERJAYA.
(Semua agenda perjuangan untuk kepentingan Islam, Melayu dan rakyat seluruhnya akan diteruskan oleh ADUN tunggal PAS di DUN Pulau Pinang jika mendapat mandat)
1 ulasan:
Anak-anak kecil Penan di Sarawak sedang kebuluran.
Sila hulurkan bantuan kepada mereka.
Saya sudah dermakan sedikit wang kepada mereka.
Untuk maklumat derma sila layari http://harismibrahim.wordpress.com/2009/08/24/how-many-anak-bangsa-malaysia-must-die-before-you-are-moved/
Secara ringkas, menurut blog haris, sesiapa yang ingin hulurkan bantuan sila deposit wang ke akaun ini:
Nama akaun: St Francis Centre Belaga
Nama bank: Maybank, Bintulu branch, Sarawak
Nombor akaun: 011065307834
Berita yang berkaitan dengan kes kebuluran ini, sila layari http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/24/nation/4577979&sec=nation
buka kedai online dengan RM100
Catat Ulasan