13 Ogos 2009

Cina Islam akan mencapai klik ke 5 juta tidak berapa lama lagi : Terima kasih kepada semua.


Sejak blog ini dikendalikan oleh saya bermula dengan posting pertama pada 25 ogos 2007 dengan tajuk "Salam Persaudaraan " : kata saya dalam posting itu..

Bermula dengan usaha yang sedikit ini doakan ianya akan memberi manfaat untuk teman-teman yang membaca blog ini di masa akan datang.

Doa dan harapan semuga usaha dakwah dan menegakkan keadilan dengan kalimah jihad yang tidak akan padam hingga hari kiamat, Islam pasti akan menang..

Alhamdulillah sedikit sebanyak ana telah berusaha dengan ikhtiar sebaik mungkin untuk memastikan hasrat diatas tercapai.Disamping ana bertawakkal sesudah itu muga-muga semuanya dibertati oleh Allah SWT jua.

Sehingga positing ini diterbitkan sebanyak 4,912,880 telah dicapai. Satu pencapaian yang membanggakan untuk kita semua pada blog perseorangan yang ana rasa sangat kerdil ini.

Semuanya bukan berlaku dengan semudah yang kita jangkakan. Dari beberapa puluh kepada ratusan klik sehari akhirnya mencapai angka puluh ribu sehari seperti sekarang. Malah semasa kehangatan isu perak mengundang angka 200,000 lebih klik sehari.

Selain itu blog ini pernah memuatkan clip box dialog pada suatu ketika tetapi saya buang kerana telah disalahgunakan termasuk beberapa kali diserang dengan kiriman gambar-gambar lucah.

Seingat saya juga sehingga sekarang saya telah menukar sebanyak 3 kali "header blog". kali terakhir ialah sehari sebelum pengundian semasa saya berada di DUN Manik Urai .

Selain itu saya sangat berterima kasih dengan kiriman pelbagai bahan melalui email oleh teman dan sahabat seperjuangan yang rasanya tidak mampu untuk disenaraikan kerana jumlahnya ramai. Semuga mereka semua didoakan mampu terus menyumbang terus menerus untuk tatapan pengunjung setia blog Cina Islam.

Sebagai makluman, setakat ini pengujung teramai blog ini selepas Malaysia ialah di Brunai, indonesia dan Singapura seterusnya di United Kingdom. Termasuk juga pelajar-pelajar Malaysia diserata dunia mengikuti perkembangan dalam blog ini.

Apapun yang mampu diucapkan, sebetulnya saya sangat berterima kasih kepada semua atas sokongan, dorongan dan dokongan anda semua sehingga blog ini terus hidup dalam kancah persaingan jutaan blog masa kini.

Saya juga suka untuk memaklumkan bahawa satu projek ekonomi yang telah dikenal pasti telah saya persetujui bagi menampung pengurusan DUN Titi Serong. Sehubungan dengan itu dalam masa yang saya jangkakan tidak lebih sebulan saya akan melancarkan satu website khusus untuk mencapai hasrat itu melalui blog ini dan dengan harapan awal ianya mendapat sokongan padu dari peminat semua.

Doa dan harapan semuga saya dengan team blog cina Islam yang serba daif ini mampu bersaing terus sebagai penyalur maklumat kepada peminat setia dimana saya anda berada.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH YB...
KAMI RAKYAT AKAN MEMBANTU YB DGN APA JUA YG KAMI MAMPU...
INSYALLAH...

TAHNIAH SEKALI LAGI YB...

Tanpa Nama berkata...

ISLAM ITU HEBAT DAN TIADA YANG LEBIH HEBAT DARI ISLAM.

Idham Lim (林川興) berkata...

Terima kasih, tunggu pengumuman projek untuk DUN Titi Serong yang akan saya lancar melalui blog ini.

Gedong Lalang berkata...

SALAM SEJAHTERA PEMBACA BUDIMAN.

Syabas dan tahniah YB keran akan mendapat klik 5juta bagi laman web Cina Islam. Saya ingin berkongsi pengelaman saya bagi pertua meminum air kosong yang pernah disiarkan dilaman web ini.

Sebelum saya mengamalkan petua tesebut saya seorang pengidap kencing manis dan doktor telah mengesyorkan dua jenis ubat dan makan tiga kali sehari. Saya juga mengidap sembelit ringan dan terpaksa mengambil Faber Max tiap tiap dua minggu sekali.

Satelah saya amalkan petua tersebut hampir sebulan sembelit ringan yang saya hadapi telah hilang sepenohnya. Bagi penyakit kencing manis saya telah berjaya mengurangkan pemakanan ubat dari 3kali sehari kepada sekali satu hari.

Pada pembaca budiman yang ingin mengetahui petua tersebut adalah seperti berikut.
Sebelum gosok gigi minum air 4 gelas (tak boleh kurang) Tunggu 45minit hingga sejam sebelum mengambil sarapan. Selepas mengambil sarapan kita kena tunggu 2jam barulah kita boleh makan dan minum. Begitu juga selepas makan tengah hari dan makan malam kita kena tunggu 2 jam barulah kita boleh makan dan minum.

Petua ini boleh digunakan kepada orang sehat kerana 4gelas air yang kita minum akan mencuci toxic yang ada pada badan kita. Selamat mencuba.

Krai Utara berkata...

hidup hidup hidup laa kalau tak mati ekeke tahniah YB ambo ucapke semoga terus maju lagi dengan bahan2 yang menarik! ambo sebar berito gembiro ni di blog ambo ye.tq

Idham Lim (林川興) berkata...

terima kasih kepada semua

Tanpa Nama berkata...

STYLE NGUKKAH POKOK NYIUR
BELE2 NAIK KE ATAS
KENA KELIH JUGOK BOWOH
NAIK TETAP NAIK...

TABIK SPRING KO YB...