Disebalik tuduhan 'pengkhianat' yang dilempar terhadapnya, namun ribuan tetap hadir mendengar ucapan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim.
Walaupun ceramah diadakan di sebuah kampung kecil yang terperusuk di Rembau, Negeri Sembilan, sekurang-kurangnya sembilan ribu orang merentas denai dan bersesak di sebuah padang kecil mendengar Anwar membela dirinya dari fitnah Umno-Barisan Nasional.
Beralaskan kertas surat-khabar, mereka datang dari dekat dan jauh. Di hadapan mereka, Anwar mencabar Umno membuktikan siapa petualang bangsa sebenarnya.
"Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang UMNO Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?," soal Anwar.
"Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananthan Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke - tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang UMNO kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu," tambah Anwar lagi.
Datuk Seri Anwar menyatakan kehairanannya mengapa pemimpin UMNO Barisan Nasional terlalu mengamalkan perjuangan yang sarat dengan hasad dengki dan permusuhan peribadi yang melampau - lampau.
Bagi Anwar, adalah dosa yang besar untuk seseorang pemimpin itu merampas hak rakyat dan harta negara yang sepatutnya diagihkan kepada secara adil dan saksama.
"Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin UMNO ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa ? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin UMNO mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh ?," Anwar berkata.
Sebaliknya Datuk Seri Anwar menegaskan UMNO Barisan Nasionallah yang bertanggungjawab menjadikan orang melayu sehingga kini masih terkurung dalam mentaliti lama.
"Orang Melayu diperbodohkan kerana UMNO hanya akan berkuasa dan kekal berkuasa bila sekiranya orang Melayu tidak tahu maklumatnya," ujar Anwar.
Datuk Seri Anwar juga mempertikaikan rasionalnya slogan 1Malaysia yang canang hebat oleh Perdana Menteri najib Razak. Umno-BN mencanangkan 1Malaysia namun dalam masa yang sama meniupkan api perkauman supaya Melayu dan bukan Melayu saling benci- membenci.
"1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil," soal Anwar lagi.
Disebalik keangkuhan Najib mempopularkan slogan keramat IMalaysia, perdana menteri itu bagaikan alpa akan kemiskinan yang membelit majoriti rakyat dinegara ini.
"Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang mahsyur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?," soal Anwar lagi.
Sumber : TVAntara

7 ulasan:
ahaaa... bravo anwar... jangan lupa kampung Abdullah Hukum.. hari ni jadi mid valley.. kita tanya siapa sebenarnya gadai guna nama melayu..
Pasal UMNo lah Melayu mundur.. aku setuju 100@..kalau nak bygkan 50 thn lebih berkuasa, tp gagal.. kenapa masih diberi peluang..setahu aku kalau bg chance pon plg lama 10 thn ni 50 thn.. sedarlah org melayu..
Kampung Abdullah Hukum tu ada lagi rumah kat situ? rasanya sumer dah kena rata, kan? kesian, skrg tinggal Kampung Bharu je la.. tu pun kata nak bangunkan menara yang ada kompleks perniagaan la, apartmen la..masalahnya, mampu ke org2 kpg bharu tu nak sewa tapak/lot meniaga kat situ? silap2 nanti semua bungkus sebab tak ramai pelanggan..
DSAI..KITA LAWAN TETAP LAWAN!! BONGKARKAN SEGALANYA.BIAR RAKYAT TAU UMNO TU APA..
JIKA PEMIMPIN IKUT ISLAM SEBENAR-BENARNYA...
PEMIMPIN YANG KAYA JADI MISKIN MCM SAHABAT2 NABI DAN NABI SENDIRI...
MEMBERI KEPADA ORG LAIN...
TAPI PEMIMPIN KITA DARI MISKIN JADI KAYA, BILA DAH KKAYA SOMBONG PULAK..
YANG RUGINYA NATI..
ORG MELAYU YANG MISKIN..
BANGSA2 LAIN KAYA RAYA DI BUMI MALAYSIA,
BILA MEREKA TENGOK UMNO DAH LEMAH MAKA MEREKA MENGAMBIL KESEMPATAN MEMBURUKKAN UMNO...
TAK SEDAR LAGIKAH UMNO?
KALAU BETOL2 NAK BERGABUNG DENGAN PAS..BUKTIKAN DULU KEIKHLASAN ANDA..
LANGKAH PERTAMA..
1. BERI ROYALTI PADA RAKYAT KELANTAN YANG 99% MELAYU ISLAM.
KALAU TAK, JANGAN HARAP ORANG MELAYU AKAN BENAR BENAR DI BELA SELEPAS INI..
JIKA MELETAKKAN ISLAM SEBAGAI JALAN PERJUANGAN, ALLAH DAN RASUL AKAN RESTU,
SELAMAT DI DUNIA
SELAMAT DI AKHIRAT..
KALAU AMBIK YANG LAIN DARI ITU SEBAGAI MATLAMAT PERJUANGAN,
MAKA ALLAH DAN RASUL TAK REDHA..
RUGI ORG MELAYU DI DUNIA...MACAM SEKARANG..
DI AKHIRAT.. NABI TAK MENGAKU UMAT..
WAL IYA ZUBILLAH..
SEMOGA KITA SENTIASA DI BERIKAN RAHAMT DAN HIDAYAH OLEH ALLAH..
AMIN.
jadi pengkhianat melayu xpa...
jngn jd pengkhianat islam sudah..
pemimpin2 umno/bn kalo hampa nk ckp pengkhianat,hampa rjuk la al-quran&hadis dlu...
hampa jgn main pkai sebut je bahlul...
Catat Ulasan