13 Ogos 2009

Ketua Pemuda DAP nafi itu adalah tulisannya



Dalam aduannya Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini, Loke menafikan sekeras-kerasnya pernah menulis beberapa artikel menghina Islam dan juga Sultan Perak dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah."Dalam dua hari (kebelakangan) ini, beberapa blog dan sebaran SMS telah menuduh saya menulis yang dikatakan menghina Islam dengan kata-kata lucah dan kesat dan yang terbaru menuduh saya menghina Sultan Perak," laporan polis itu dipetik

"Mereka mendakwa saya menulis artikel-artikel tersebut dalam laman blog http://sjsandteam.wordpress.com/ Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu-menahu tentang kewujudan blog ini dan tidak tahu siapa pemunya blog tersebut.

"Saya hanya mengetahui bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab yang telah meletakkan satu kenyataan akhbar saya yang bertajuk 'Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family' ke dalam blog tersebut

"Selepas itu, ada pemberi-pemberi komen yang saya tidak tahu siapa telah menulis beberapa ayat yang kesat terhadap Ridhuan Tee dan agamanya."Saya langsung tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen tersebut

" Menurut ADUN Lobak, terdapat artikel yang menuduhnya menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin seperti didakwa blog-blog marahku.blogspot.com dan kitaanakmelayu.blogspot.com.

"Saya menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan tersebut. Saya tidak pernah menulis apa-apa tulisan berkenaan dengan Sultan Perak. Ia adalah satu dakwaan yang palsu dan fitnah terhadap saya," kata Loke dalam aduan tersebut.

Komen : Laman web http://sjsandteam.wordpress.com/ yang dikatakan memuatkan kenyataan biadab Loke tersebut kini tidak dapat di akses kerana ditutup. Nampaknya peneraju blog tersebut berjaya mempengaruhi orang ramai termasuk YB Zulkifli Nordin, hingga menulis dan menghentam Loke di sini

Anda boleh ikuti tulisan Loke di blognya di sini . Kita perlu berhati-hati terhadap jerangkap samar yang sentiasa ada di mana – mana untuk memporak perandakan kerajaan Pakatan Rakyat.

Catatan Oleh alhusseyn

3 ulasan:

ayamtido berkata...

dah kering isu.. buat fitnah pulak.. aih!

Um.. NOOOO!

aku dr amin berkata...

ni la perangai buruk orang yang bakal masuk neraka. fitnah bermaharajalela

Tanpa Nama berkata...

Dua-dua pihak tidak mengaku mengeluar kenyataan tersebut. Ini semua kerja blogger upahan UMNO/BN yang menjadi batu api. Kalau diperhati blog-blog penyokong UMNO/BN kebanyakkan cuba jadi batu api dengan hujah-hujah yang rapuh. Mereka tidak boleh melihat PAS dan DAP yang kukuh pada prinsip masing-masing yang bertentangan, saling bertolak ansur antara satu sama lain. UMNO/BN sekarang kepanasan dan terbelenggu macam syaitan yang dirantai di bulan Ramadhan.