13 Ogos 2009

ADUN Titi Serong : DUN Perak bubar atau bersidang sebelum 7 November 2009.

KUALA KEDAH, 12 Ogos :- Saya menjangka kan sidang DUN Perak akan diadakan sebelum 7 November 2009 iaitu untuk membentangkan Bajet Perak 2009 kalau BN sanggup menghadapi kekecohan dalam satu sidang DUN seperti yang pernah belaku pada 7 Mei yang lepas. Kerana itu saya menjangkakan BN akan membuat pilihan membubarkan DUN Perak sebelum 7 November mengambil kira tempoh 6 bulan sekali persidangan sejak 7 Mei yang lepas. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim semasa menyampaikan ucapan dalam ceramah umum di padang awam di sini malam tadi.

Drs. Khalil juga menegaskan bahawa apa yang berlaku di Perak akan suatu yang malang dalam sisitem demokrasi negara kerana pencabulan kepada perlembagaan negara dalam Perkara 72, ceraian 1 dan 2 mengenai keputusan Speaker yang tidak boleh dicabar di mana-mana Mahkamah.

Selain itu beliau menjelaskan bahawa dalam kehidupan berbangsa di Malaysia, Kelantan telah terlebih awal muncul sebagai model sebuah negeri yang mempunyai masyarakat yang punya sikap toleransi, saling memahami adat , budaya dan agama masing-masing.

Kerana itulah kata Drs. Khalil, "apa yang berlaku di Kelantan bermula dengan perubahan satu landskap politik baru dalam PR ke 12 sehingga orang bukan Islam memilih calon-calon dari PAS sebagai wakil rakyat mereka.

Jelasnya di dalam DUN Kubang Rotan yang mempunyai sekitar 30 pratus pengundi cina telah memberi sokongan padu kepada calon PAS, Sdr. Mohd Nasir Mustafa sehingga menang.

Politik kotor dan lama BN yang "pecah dan perintah" telah ditinggalkan dan tidak dipercayai lagi oleh rakyat berbilang kaum di malaysia, katanya lagi.

3 ulasan:

melayujati berkata...

PAS sudah jadi lupa diri kerana mendapat sokongan dari DAP dan PKR, tetapi awas! Sokongan mereka bukan sokongan yang benar2 jujur dan ikhlas. - "ada udang di sebalik batu".

Tujuan DAP se mata2 untuk memecak kan 'kuasa politik Melayu/Islam'.

Tujuan PKR pula se mata2 untuk membalas dendam kepada UMNO yang telah menyingkir kan DSAI dari UMNO.

Jikasekira nya DUN Perak bubar, dan ditakdirkan PR menang - PAS cuma akan menjadi sebuah parti minoriti sahaja.

Jangan haraf PAS akan dapat jawatan MB seperti yang lepas, kerana kali ini DAP akan meletak kan calun nya dari bangsa melayu yang beragama Islam pula.

satu melayu berkata...

apada malayu...naif nya mentaliti, kesiannyer melayujati dah tertinggal bas,dah 50thn tertipu ngan umno...kita nak ketelusan bukannya rasuah dan rompakan atas nama melayu...yg salah tetap salah ...aku malu melayu jadi perompak siang hari...aah pi jahanam ngan umno.!

Tanpa Nama berkata...

MELAYUJATI MAKIN TUA MAKIN BODOH