Buat sementara ini, pelbagai pendekatan terpaksa mereka ambil bagi menangani isu kutipan sampah yang tidak berjaya diselesaikan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ini selepas pembentukannya.
Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, masalah kutipan sampah di Alor Setar adalah masalah yang serius dan sebagai wakil rakyat beliau terpaksa menghadapi isu ini hampir setiap hari.
Kunjungan ke Alor Setar menemui satu masalah asas yang kepada semua orang...sampah. Dari berbual dengan rakan di sebelah tempat duduk di atas kapal terbang Fire Fly yang berlepas dari Subang sehinggalah bertemu dengan para wakil rakyat di sana...sampah adalah isunya.
"Dulu masa kami jadi pembangkang, isu inilah yang saya dan Dato' Mahfuz Omar jaja. Namun isu yang kita hadapi menjelang pilihan raya 2008 belum selesai hinggalah kini," kata Mohd Nasir.
Asas kepada isu ini adalah apabila masalah pengurusan sisa pepejal (sampah) ini diserahkan bidang kuasanya kepada kerajaan pusat. Pengurusannya pula dibuat melalui penswastaan.
Ia juga menjadi masalah apabila Alor Setar mahu dinaikkan statusnya dari bandar ke bandar raya padahal ciri-ciri sebuah bandar raya belum dipenuhi oleh Alor Setar.
Akibatnya, pendapatannya tidak mencukupi untuk membolehkannya bertanggungjawab penuh kepada keperluan penduduknya.
"Misalnya penduduk Alor Setar tidak sampai sejuta tetapi mahu dijadikan bandar raya juga sedangkan antara syarat bandar raya adalah penduduknya satu juta orang.
"Apabila sifat bandar raya tak cukup, ia tidak boleh berfungsi dan berperanan sebagai bandar raya...Ini antara masalah yang kerajaan kita (Pakatan Rakyat) terpaksa pikul sekarang," kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
Sumber : Harakahdaily
2 ulasan:
Bukan pengutip sampah saja yang patut disalahkan, pembuang sampah juga bersalah.Tabiat orang kita tak ada kesedaran sivik ada tong sampah buang diluar tong sampah,sambil bawa motosikal terus baling sampah,masuk ka dalam tong sampah dia tak peduli,sama juga yang berkereta buka pintu terus letak disisi tong sampah.Rakyat kita pemalas,dah ada kemudahan nak dipermudahkan lagi.Kesian lah sama dengan depa yang mengutip sampah.Kalau tong sampah dah penuh tak pa la letak disisi tong,nie tong kosong disisi tong dah penuh dengan sampah.Sama2 la pakat jaga kebersihan baru rakyay.
Apa payah, MBAS beli sampah dari penduduk dengan harga tertentu. 1 sen sekilo ke, gerenti licin sampah di Alor Setar, siap akan ada laporan polis lagi sampah kena curi. Duit yang diperuntukan untuk beli dan penyelenggaraan lori dan tong sampah, guna untuk selesaikan masalah ni. Rasanya di Selangor masa era BN pernah buat perkara ni.
Catat Ulasan