25 November 2009

Kempen RM1 selamatkan bolasepak Perak diteruskan

Email : safarizal saleh

22 November 2009 (TAIPING) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meneruskan usaha membantu Persatuan Bolasepak Negeri Perak berkaitan hutang lapok yang terpaksa diselesaikan untuk melayakkannya menyertai pertandingan Liga Super musim baru tahun depan.

Pemuda PAS Perak yang telah membuat serahan banting kempen RM1 tersebut kepada semua Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan untuk digerakkan kepada seluruh rakyat membantu Pasukan Bolasepak Perak ketika ini.

Semasa program Inkues Pilihanraya Pemuda PAS Perak, semua Pemuda PAS Kawasan telah diarah untuk turun bertemu penyokong, peminat dan rakyat Perak yang ingin membantu Pasukan Bolasepak Perak yang memerlukan bantuan kepada semua pihak.

Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah turut serta membantu bagi memastikan Pasukan Bolasepak Perak terus layak menyertai pertandingan Liga Super yang akan datang. Beliau yang hadir bagi membentangkan kajiannya terhadap Pemuda PAS Perak pada hari tersebut turut memberikan sumbangan peribadinya.

Pemuda PAS Perak sekali lagi menyeru kepada semua pihak yang cintakan Pasukan Bolasepak Perak agar terus membantu menjayakan kempen tersebut.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita sokong usaha gigih dan berterusan pas perak, terus dan maju dan tolak 100% UMNO