25 November 2009

Ganti Speaker: Dr Abdul Isa bukan sembrono

BASHIR ISHAK dan MOHD SHUBIHI MUHAMAD ZAIN

ALOR SETAR, 23 Nov - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan teguran daripada dua orang Adun Pembangkang yang mempersoalkan kewajaran Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail membenarkan Yahya Abdullah (PAS-Jeneri) menggantikan tempatnya sementara beliau keluar menunaikan solat Asar.

Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) dan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) bangun mempersoalkan perkara tersebut ketika Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (PAS-Sala) sedang berucap menggulung perbahasan.

Semasa insiden tersebut berlaku, Timbalan Speaker, Ustaz Abdul Ghani Ahmad (PAS-Ayer Hitam) belum sampai ke dewan kerana mengalami kerosakan kenderaan dalam perjalanan pulang dari Pantai Timur.

Ustaz Azizan yang sedang berucap tergamam seketika menghadapi situasi ini dan memohon pandangan dari Penasihat Undang-undang Negeri.

Bagimanapun keadaan reda apabila Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) bangun memberikan penjelasan.

Menurutnya, perkara tersebut dibenarkan sepertimana yang termaktub dalam buku undang-undang perjalanan dewan.

"Perkara 3 dalam mukasurat 5 menyatakan Speaker boleh membenarkan mana-mana ahli dewan untuk menggantikan tempat beliau sementara," jelas beliau.

Mohd Nasir yang dihubungi kemudian menjelaskan bahawa Dr Abdul Isa selaku Spekaer merupakan seorang yang teliti dalam membuat sesuatu tindakan.

"Beliau bukanlah seorang yang semberono apabila bertindak. Apa yang dibuatnya teliti mengikut peraturan yang ada. Ini sekaligus menidakkan dakwaan sesetengah bahawa dia bertindak zalim khususnya dalam membuat keputusan berkaitan kerusi Dun Kota Siputeh," katanya

HarakahDaily.Net/-

5 ulasan:

melor45 berkata...

Ahli Jemaah PAS bukan macam ahli UMNO pernah didalam satu majlis mesyuarat UMNO bahagian Kulim B.Baharu seorang AJK Bahagian memohon mesyuarat ditangguhkan kerana waktu asar dah masuk.Apa kata Ketua UMNO bahagian tersebut mesyuarat lebih penting sembahyang boleh Qadha.

Ami berkata...

macam tuu la yang kita nak. sebelum nak berhujah nak bangkang ka rujuk la dulu peraturan mesyuarat. tuu la dah lama memerintah ikut suka hati. bila time kalah soalan bodoh pun ada........
Harapan agar kedah berkekalan dibawah pemerintahan PAS. INSYAALLH

Tanpa Nama berkata...

YB,

erm nampaknya wakil2 dari BN saje nak duga pengetahuan ADUN PR tentang selok belok sidang

atau sememangnya wakil2 dari BN tahu selok belok sidang...al maklumlah lama sangat memerintah jadi ingat pandai..

Tanpa Nama berkata...

apa nak jadi????????
dunia ngan akhirat mana lebih penting???
mana lebih utama???
takutkan Allah atau pemimpin????
sama2 la kita pikirkan...

Tanpa Nama berkata...

Semasa ana di kem BTN di pasir salak. Ana telah diuji oleh mereka dimana mereka meletakkan negara mendahului agama, lantas ana menjawab ana lebih rela hidup berakit dilautan walau tanpa negara asal ada agama dari ada negara tanpa agama. berbagai dakyah yang mereka bohongi semasa perjalanan kem tersebut. Nabi junjungan mulia pun meletakkan Islam sebagai pejuangan sebelum membina negara islam...apakah masih menafikannya wallua3lam.