05 Disember 2009

Puluhan ribu rakyat berhimpun sokong Tok Guru


KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.





Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.

“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.

Harakahdaily/-

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
SAYA HARAP AKAN ADA DEBAT TENTANG ISU MINYAK INI SAMA ADA ROYALTI ATAU EHSAN DI KELANTAN, ANJURAN KERAJAAN NEGERI, SEBAGAIMANA DI BUAT DEBAT DI BALAI ISLAM LUNDANG DULU YANG DI HADIRI HUSAM MUSA, KHAIRI JAMALUDIN, DR. AGUS YUSOF DAN ABDUL AZIZ BARI. MUNGKIN DR.AGUS SEKALI LAGI DI JEMPUT SEBAGAI MODERATOR, DAN AHLI-AHLI PANEL YANG SAMA, DR. AZIZ BARI, HUSAM MUSA DAN SEORANG WAKIL UMNO. JIKA UMNO TAK NAK HANTAR WAKIL KITA BUAT TANPA ADA WAKIL UMNO.

ANAK KOMANDO REJ 1 berkata...

KAMI SOKONG TOK GURU. TAKBIR!!!

Cokoh Cik Latih berkata...

kami sokong tok guru dan tak akan biar puak unmo jatuhkannya.

Unknown berkata...

umngok mana de telur nak berdebat! kena tukar kepada perkataan lain mcm perbincangan ke, wacana ke, baru dia org datang. fobia kot dgn debat2 ni

Tanpa Nama berkata...

Sebak rasa hati bila mengenangkan Tok Guru yang sering ditohmah BN Laknatullah...

Tanpa Nama berkata...

ambo ore kelate...
sokongan ko ayah ziz x penah kure..
Takbirrrrrrrrr!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

nagis aku tgk semangat rakyat klntan yg hendakkan islam landasan mereka!!!

we love ISLAM!!!