Suasana sesak di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan yang dipenuhi tahanan Imigresen dengan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen. Jabatan Imigresen hari ini yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Raja Mohd Raja Ismail, membawa wakil media melawat Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan dan Depot Tahanan Imigresen Sepang KLIA. -- fotoBERNAMA
5 ulasan:
macam reban ayam ja
betul ke depot kena bakar???
ar..dah kena bako.."kite bako je.."
yes..depoh lenggeng terbakar...seramai 104 tahanan melarikan diri.
stres sangat laa dieorg bakar.. mane x stres dengan keadaaan yg sebegini..cube bygkan kalau rkyat kite dinegara lain diperlakukan begini. .mesti heboh 1 malaysia.. sedihnye tgok pegawai kite layan mereka mcm tu..saye ade jiran yg mane mereka warga asing namun orgnya baik..cuma syg paspord mereka dah tamat tempoh dan akhirnya mereka ditahan sekeluarga. 11 hari kemudian anak perempuannya terlepas kerana memiliki paspord yang masih hidup disimpan oleh majikan beliau..tersentuh hati saya mendengar luahan hati beliau.. bayangkanlah sesudah sampai di depot tahanan kesemua perlu berbogel kerana mereka ingin melakukan pemeriksaan..Secara terbuka! jatuhlah maruah mereka..mereka juga manusia biasa..wajarkah pegawai kita layan sedemikian rupa.. Ibu jiran sy juga sedang sarat mngandung ketika ditahan .. Hanya ALLAH yg tahu pnderitaan untuk menunggu di hntar ke hospital.. salah tutur bicara sikit dilempangnya..walaupun tersilap memanggil pegawai tersebut 'kakak', dilempang macam tu je.. mane hilang timbang rase, keperikemanusian sesetengah pegawai kite..? tu pon pgawai pmpuan..dijawabnya 'bilaa masa aku jadi adek kau? mak kau kawen dgn bapak aku ke?... hmm ini hanya untuk perkongsian agar perkara seperti ini dapat diubah. Benar mereka PATI namun sebagai manusia biasa saya hanya mohon kite layan mereka dengan sewajarnya bukan sebaliknya.. Jika kite yang menimpa nasib yg sama speri mereka di luar negara kelak bagaimana? tepuk dada tanya minda.
Catat Ulasan