Ramai yang bertanyakan kepada saya sehinggalah ke saat ini kemanakah perginya kereta resmi MB Pakatan Rakyat Perak dengan no pendaftaran AGS 10 yang menjadi berita sensasi dari saat pembeliannya sehinggalah lebih sensasi apabila dilelong oleh kerajaan kudeta di Perak.
Kini saya telah mendapat jawapan dan menjadi maklumat untuk semua yang bertanyakan kepada saya sebelum dari ini. Seperti yang dimaklumkan oleh sahabat dari negeri Kelantan yang mendapat maklumat tersebut saya suka untuk menghebahkannya dalam blog cina islam ini.
AGS 10 sehingga pada 10 November lepas dapat dikesan dan dilihat seperti gambar yang diambil diatas di sebuah kedai kereta terpakai di Kelang, Selangor iaitu KSS Automobile.
Menurut seorang pekerja disitu , kereta itu telah dibeli oleh seorang berbangsa Melayu dengan harga RM 160,000 semasa dilelong untuk kali pertama dan di tawarkan dengan harga jualan RM 140,000 tetapi no pendaftaran AGS 10 akan diambil oleh pemilik Melayu itu.
Begitulah nasib yang belaku kepada kereta yang pernah menjadi kereta resmi MB Pakatan Rakyat, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin pada suatu masa dulu. nampaknya kereta ini terpaksa kehulu dan kehilir juga seperti kami para ADUN pakatan Rakyat demi untuk mengembalikan kuasa yang telah dirampas. Tetapi AGS 10 kalaulah dia boleh bercakap, tentu dia akan bertanya kenapakah sampai sejauh itu saya kena lelong untuk kali ke 2, tidak ada lagikah orang Perak yang sanggup membeli saya ?
6 ulasan:
Bukan kereta sahaja, kalau boleh apa saja yang berkaitan dengan Pakatan semuanya tidak selesa buat mereka.Baik dan bagus pun tak betul, apatah lagi tak baik dan tak bagus 'Pokok' pun nak ditebang.
tanpa mana,
sebab mereka bodoh dan jahil , sebab tulah jadi begitu....
Jual je lah apa yang patut...Bukannya penting pun.
Isu ini jelas menunjukan bn zamry kadir,tidak rasional tidak ada otak kepinpinan yg bijaksana,emosinal!!!org tak dapat belasah,dibelasah kereta.apa dgn melenyapkan kereta,org lupa DSN?.zamry dengan ini tidak yakin untuk bersaing dengan DSN.segalanya kebaikan yg dipancing,tidak dapat mengatasi kehebatan DSN.sampai kereta pun dah kena buang daerah.itu busuknya umno sampai ke usus.Zamry....Zamry..hang tak ada idea ka...nak berbaik dengan raakyat,nak ambil hati raakyat.
Wah! bagus lah ada melayu yang akan guna plat ni.. mcm iklan bergerak..moga semangat rakyat akan terus membara sebagaimana AGS 10 akan terus membawa semangat DSN ,...wat road tour lebih jauh lagi bukan setakat di Perak...Common friend, pandang the other side of it..
SALAM,
ISU PAKATAN RAKYAT BELI CAMRY DIPERBESAR2KAN, DALAM MASA YG SAMA ISU KERAJAAN TERENGGANU PAKAI MERCEDES BENZ KELAS E PULA DISENYAPKAN...
KALU BOLEH NAK TAHU JUGAK APA KESUDAHAN KERETA MERCEDES DI TERENGGANU, ADA TAK RAKAN2 KITA DI TERENGGANU YG KALAU BOLEH MELAPORKAN APA SUDAH JADI DENGAN KERETA MERCEDES TERSEBUT, JIKA SELALU DI GUNAKAN OLEH EXCO DAN MB, HARAP DAPAT DI MASUKKAN DALAM BLOG CINA ISLAM SEBAGAI MEMBUKTIKAN KERAJAAN UMNO BE END CAKAP TAK SERUPA BIKIN (MEMBOHONGI RAKYAT DULU, KINI DAN SELAMA2NYA : SUKA MELIHAT RAKYAT MENGEMIS BANTUAN DARI MEREKA SEJAK ZAMAN MERDEKA, MUNGKIN SEHINGGA 50 TAHUN AKAN DATANG... INILAH NASIB ORG MELAYU DI BUMI SENDIRI...
INGATLAH KISAH SINGAPURA DI LANGGAR TODAK, DISEBABKAN BUDAK MELAYU YANG PINTAR, NEGERI SELAMAT, TAPI BUDAK PINTAR DI BUNUH SUPAYA TAK MENGGUGAT KUASA PEMERINTAH YANG DI KUASAI ORG2 BODOH DAN PARA PENGAMPU/PEMBOHONG...
Catat Ulasan