Email : Zamri Keciks
GEOGRETOWN, 3 Dis. : Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) digantung dari menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pagi tadi atas alasan enggan memohon maaf terhadap tindakannya “menunjukkan punggung”, semalam.
Azhar didakwa menunjukkan isyarat punggung ketika diarah keluar dari DUN pada sesi petang semalam tetapi beliau menafikan berbuat demikian.
Keputusan menggantung beliau ini merupakan kali kedua dalam tempoh 24 jam.
Beliau digantung selama sejam kerana enggan menarik balik istilah “dua tiga kerat” ketika membahaskan Bajet 2010.
Azhar didakwa menunjukkan punggung ke arah wakil rakyat DAP dari Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin.
"Saya tak tunjuk punggung semalam, cuma pusing dan tunduk untuk melihat dompet saya. Pagi ini, saya menegaskan bahawa saya tidak berbuat demikian dan mereka tak boleh terima alasan saya lalu minta saya memohon maaf.
"Saya tak mahu memohon maaf atas perbuatan yang saya tidak lakukan," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di George Town pagi tadi.
Kata Azhar, tindakan itu bertujuan menghalang beliau daripada membangkitkan isu-isu ketika sidang DUN.
"Saya merupakan antara mereka yang lantang mengemukakan soalan dan mengkritik. Nampaknya mereka tidak berani untuk berhujah, macam kucing, takut untuk berdepan dengan saya," kata beliau.
Sidang DUN kali ini akan berakhir esok.
Ekoran tindakan menggantung beliau itu, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Penaga berkata, kesemua wakil rakyat BN bertindak keluar DUN sebagai tanda protes.
Azhar ketika menggunakan perkataan “dua tiga kerat” semalam berkata, nasib serta kebajikan masyarakat Melayu di Pulau Pinang kini hanya dibela oleh 11 wakil rakyat Umno yang menang dalam pilihan raya umum ke-12.
"Saya gunakan perkataan dua tiga kerat yang merujuk kepada bilangan. Tetapi Timbalan Speaker salah faham, beliau ingat perkataan tidak senonoh... saya diminta keluar semalam dan semasa saya keluar, saya tunduk untuk ambil barang saya tetapi mereka mendakwa saya tunjuk punggung," katanya lagi.
Laporan Bernama menyebut, insiden pagi ini bermula apabila Sim yang mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010 membangkitkan isu itu yang kemudiannya mendapat perhatian Speaker Datuk Abdul Halim Hussain.
Speaker itu kemudian mengarahkan Azhar supaya memohon maaf kerana perbuatan itu seolah-olah menghina Sim.
Abdul Halim juga mempelawa Azhar untuk menonton tayangan video kejadian semalam namun Azhar enggan.
"Saya tidak bersalah, untuk apa saya minta maaf atas perkara yang saya tidak lakukan. Saya ada prinsip dan berpegang kepada prinsip itu," katanya.
Selain Azhar, lapan lagi wakil rakyat BN turut keluar dewan sebagai tanda protes terhadap tindakan yang dikenakan.

3 ulasan:
Sejak tahun 1957 hingga 2008 hangpa ada berpuluh-puluh ADUN apa yang hangpa buat utk Melayu PP. Dah tinggai 11 baru terhegeh-hegeh cerita pasai nak bela nasib Melayu PP. Porahh Citt! Rakyat dah pilh kerajaan yg dok ada hang terima ja la. Satu lagi yang aku tak faham pasai apa hang yang depa lantik jadi Ketua Pembangkang. Takdak ka org lain yang lebih muda, lebih berwawasan. Aku rasa kalo bg kat hang jd CM pun 2X5 gak!!
alah...ckp je beso...pd hal, xde modal nk ckp.
klu betOl x slh tgk je la video klip tu.
klu orng umno tu....umno la jugak...abis2 nk ckp beso!
orang umno ni betol2...kuang ajar.
klu ikut kn aku...aku sepak dh punggong si Azhar ni..
Catat Ulasan