05 Februari 2010

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

20 Safar 1431H
Email : Yanieda Imran

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
======================================================================
= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...
Just my 2 cents:
Peranan isteri untuk menggembirakan suami perlu bantuan suami kerana bagaimana mahu menggembirakan suami kalau hati isteri sendiri gundah gulana dgn perbuatan suami.
Maka artikel ini akan bertambah praktikal dan bagus jika ditekankan juga agar suami wajib,bkn sahaja perlu berlaku baik pada isteri supaya hati isteri senang dan tenang untuk menggembirakan beliau.
Isteri manusia juga yg ada perasaan marah,sedih,tersinggung..bukan robot yg tiada perasaan yg sentiasa boleh tersenyum riang.
Maka para suami selidiki sebab musabab kenapa beliau tidak disambut dgn senyuman manis dari isteri tatkala pulang ke rumah.
Suami bekerja memang letih tidak dinafikan...adakah isteri di rumah tidak letih melakukan kerja2 rumah yg non stop disamping melayan karenah anak-anak?
"Sesungguhnya lelaki yg baik itu adalah lelaki yg baik terhadap keluarganya."
Wallahua'lam.

~ummu sarah~

Tanpa Nama berkata...

itulah jawapan seorg isteri yg sukar tunduk kpd suaminya......

Tanpa Nama berkata...

sekiranya alquraan dan sunnah djadikan panduan,insyallah bahagia rumahtangga,tak perlu nak tiru mat saleh

Tanpa Nama berkata...

ada jugak yg x stuju ngan artikel 2.

Tanpa Nama berkata...

salam, tanpa nama 12:27am bukan niat tanpa nama 10.25pm nk derhaka.... sukar tunduk pd suami. saya pun paham maksudnya. tetapi mengapa sering kali terdapat ketidakseimbangan dlm memberi penerangan. seoalah2 nmpk mcm buruk benar wanita ini. saya juga seorang wanita, tiba masa saya respek suami saya respek lar.... tp bila tiba dia buat perangai saya pun nyampah.

anyway ustaz Idham Lim, saya tak nafikan pendapat tuan dalam hal ini. saya sokong.

dan kepada ummu sarah, saya juga sokong pendapat anda...

tapi ustaz adalah lebih baik pendapat untuk memberi didikan kepada pihak suami juga diketengahkan. saya rasa itu adalah lebih bermakna...

kepada tanpa nama 12:27am eeee.... seronok benor nak nyalahkan org perempuan yerk...
padahal kami lah pelengkap kaum lelaki....
kalau tak ada kami nieeee.... mati kutu komer tue...

jadi..... pandai-pandailah jaga perasaan kami jugak.

gerenti kitorang jaga korang para suami punya lah...

win-win situation...

Tanpa Nama berkata...

hidup kita ni hanyalah kerana Allah.. Kalau kita ingat akan hal ini nescaya apa yg disuruh Allah kita akan dapat laksanakannya dengan penuh keimanan. Memang berat utk kita menjadi seorang ISTERI YG CEMERLANG di dunia.. Namun ingatlah, dunia ini hanya sementara, apatah lagi usia kita. Allah itu maha adil. Kalau kita berbuat baik sesama insan apatah lagi kepada lelaki yg diijab kabulkan dengan kita, pastinya balasan yg baik Allah Taala berikan. Kalaupun bukan di dunia, InsyaAllah di akhirat kita pasti akan dapat. Amin...

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya, kalau suami curang dan berpoya-poya dengan wanita di luar rumah, gilakah wanita itu kalau dia tak mengamuk satu rumah. Suami balik rumah dengan lipstik dan bedak di baju, dengan seluar dalam basah, adakah isteri itu dengan senang hati menyambut kepulangan suaminya. Kalau tak dilayan suaminya takut berdosa. Mula-mula isteri boleh bersabar, sebab teringatkan masa depan anak-anak, lama-lama isteri naik meloya dengan perangai suami. Nak bercakap pun meluat.

Tanpa Nama berkata...

setuju

Tanpa Nama berkata...

Saya amat setuju dengan ummu sarah kerana para isteri seboleh-bolehnya sentiasa hendak gembirakan hati para suami sebab kami tidak suka hidup muram terutama seprti saya yang jenis ceria orangnya..tapi kalau suami sendiri yg bila kita berikan senyuman, dia dengan sombongnya pandang tempat lain, sekali dua tak apelah, tapi kalau setiap kali kita sambut dia balik di pintu dengan senyuman, muka masam yang dibalas? Agak2 isteri nak ke lagi senyum. Percayalah, pergolakan rumah tangga yang sedang saya hadapi ini memang sukar...walaupun suami spt sudah dirasuk syaitan hingga tak nampak apa2 kebaikan isteri selama 15 thn bersama, saya masih melayan makan minumnya tanpa keluhan, saya masih meletakkan dia prioriti dalam segalanya..tetapi kalau suami jenis yang tak tahu hukum Allah...merana isteri dibuatnya!

Tanpa Nama berkata...

Saya sgt sedih....suami saya tidak memberi nafkah dan suka menipu....Saya cuba belajar untuk menceriakan rumah tangga saya, tp sikap suami yang tidak kasihan belas dan tidak menghargai pengorbanan saya menyebabkan saya rasa hilang semangat dalam rumahtangga saya........

Tanpa Nama berkata...

Semua orang kalau boleh nak yg terbaik isteri, solehah dan suami yg soleh tetapi apakah kekadang kita boleh tau jodoh kite? Kekadang suami ok isteri tak ok, ada pula isteri ok, suami pula tak ok, Adakah kita nak menyalahkan Tuhan kerana tersebut. Yang penting usaha kita teruskan sbb hidayah Allah yg beri bukan kita. Nabi Noh isteri& anak engkar kpd nya apakah dia tak berjaya menjalankan tugasnya sbg Nabi. Asiah isteri Firaun dia wanita yg solehah walaupun suaminya malaun. Apa yg penting kita akui kehambaan kita pada Allah.

Tanpa Nama berkata...

yang salah itu perbetulkan.......yang betul itu teruskan........yang jahat itu hentikan.....yang baik itu perbanyakkan.....lawanlah kejahatan dengan kebaikan.....

Tanpa Nama berkata...

wahai wanita,...pilihan di tangan kita, nk jadi seperti Asiah (isteri firaun), khadijah ( isteri nabi), mariam, atau fatimah, di syurga kelak......atau nk cuba ambil semua mereka sebagai contoh tauladan.. insyaAllah bahagia... plg tidak pun, jadilah spt Asiah, hanya mengharap syurga Allah dri redha suami, walau suami derhaka pd Allah...tetap patuh pd suami kecuali hal2 yg btentangan dgn islam.... last, firaun dicampak ke neraka, Asiah telah Allah dirikan rumahnya di syurga...best kan? teruskan bsabar dan berdoa utk suami,..xlame pon dia dgn kita, plg lame umur kita 100 tahun,mati bpisah jgk... firaun hidup 400 tahun, agak2 brp ratus tahun Asiah bsabar hidup dgn Firaun???

Tanpa Nama berkata...

Salam,tak dak sapa yang nak rumahtangga muram..mesti inginkan kebahagiaan....si isteri berhati baik tetapi si suami tidak bertanggungjawab mcm mana si isteri nak tersenyum?isteri tertekan dengan situasi ini dan mg akan goyah...kesabaran yang mengiringi hidup isteri untuk mengharungi rumahtangga bersama suami.....sayangilah isteri anda wahai sang suami..mereka memerlukan perhatian anda....