26 Mac 2010

Dr Zainal Abidin Hulu Selangor meninggal

Harakahdaily

KAJANG, 25 Mac: Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia jam 9.30 malam ini selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.

Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan dalam masa 60 hari.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Al-Fatihah..

Timur Tengah berkata...

Al-Fatihah...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman lagi soleh...amin ya rabbal a'lamin..

azreen berkata...

al fatihah..

yb jgn cuba sembuyikan fakta mengenai komen mengenai hubungan anwar dgn paul wolfowitz

zakwan berkata...

Al Fatihah
May Allah bless his soul

Azreen,
nobody's hiding the fact that Anwar has close relations with Paul Wolfowitz
He previously work with the World Bank
It's not that he had direct relations with the Zionist regime unlike Mahathir and Najib

Besides, Anwar's close relations with the high profile US officials enable him to make the following demands:
-US troops to withdraw from Iraq
- Recognize the Palestine Hamas government as a legitimately and democratically elected government
-Take out Yusof Qardhawi's name off the US terrorist watchlist

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah

Tidak ada salahnya jika kita berbuat baik dengan Yahudi kalau diakhirnya ia membawa kebaikan kepada umat Islam khususnya di Palestin. Jika pendekatan "memusuhi" sekarang lebih membawa kemusnahan mengapa tidak dicuba pendekatan "berbaik-baik".

Tanpa Nama berkata...

Al-fatihah
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman lagi soleh...amin ya rabbal a'lamin..

Untuk calon akan datang harap PKR meletakkan calon yang beriman kepada allah, berintergriti, bekelulusan dalam bidang akademik dan profesional serta berkeperibadian tinggi.

Hidup PKR