26 Mac 2010

TAHNIAH YB ZUL, TAPI BILA KAMI NAK PAKAI PAMPERS NI ?

9 Rabiulakhir 1431H
Oleh: WFAUZDIN NS

SEJURUS YB Zul MP dari Kulim Bandar Baru dipecat dari PKR, kita diingatkan oleh MP berkenaan agar membawa `pampers' sekiranya berada di Parlimen nanti. Sudah tentu kita percaya YB Zul akan menggemparkan semua yang ada di Parlimen bahkan kita yang di luar Parlimen kerana melihat kepada kesungguhan beliau bercakap. Hari ini tibalah YB Zul bangun di Parlimen untuk mengambil giliran membahas titah DYMM YDP Agung.

Apabila dia memulakan perbahasannya, kita menanti bilakah masanya yang sesuai untuk kita mula memakai `pampers'. YB Zul bercerita tentang bagaimana beliau `ditawarkan' dengan habuan yang boleh `menggugat iman' agar beliau membuat akuan bersumpah tentang penglibatan Najib dan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya. Ada di antara kita sudah bersedia untuk memakai `pampers' kerana YB Zul mungkin akan mendedahkan siapakah orang yang menawarkan habuan itu. Adakah ianya DS Anwar, DS Wan Azizah, Tuan Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang atau mungkin Ibrahim Ali kalau pun tidak Zahrain `The Dog Attack'? Malangnya, cerita itu terhenti setakat itu dan tiadalah jadi kita untuk memakai `pampers'.

Mengikut lojik, apa kena mengena YB Zul dengan kes Altantuya? Jika dahulu kita masih ingat di mana Balasundram telah membuat dua akuan bersumpah dalam tempoh tidak sampai 24 jam, itu dikira lojik kerana Bala ada kaitan dengan kes tersebut. Bala adalah Penyiasat Persendirian yang diupah oleh Razak Baginda iaitu salah seorang yang didakwa terlibat di dalam kes tersebut kemudiannya dibebaskan. Tetapi YB Zul apa kaitannya? Mengapa perlu `diupah' beliau untuk membuat akuan bersumpah? Mungkin kerana YB Zul adalah salah seorang Peguam yang pada mulanya akan mewakili salah seorang sidituduh dalam kes tersebut tetapi menarik diri akhirnya.

YB Zul terus bercerita tentang mengapa beliau menarik diri dari menjadi Peguambela kepada salah seorang dari sidituduh. Beliau mendakwa ada `pihak ketiga' yang mencampuri urusannya menyebabkan beliau menarik diri kerana ingin berlaku adil terhadap sidituduh. Sekali lagi kita merasakan perlu `pampers' dipakai pada waktu beliau mendedahkan kisah ini. Semua tertumpu dan memasang telinga untuk mengetahui siapa `orang ketiga' itu. Malangnya, cerita terhenti setakat itu sahaja. Mengapa kedua-dua kisah yang ada potensi untuk `membanjirkan' dewan Parlimen dengan `air kencing' terhenti setakat itu sahaja? Hanya YB Zul yang tahu.

Saya tidak mahu hipokrit terhadap YB Zul. Tahniah, kerana setakat ini berjaya dan mampu bercakap untuk menyokong keadilan terhadap DS Anwar di dalam kes liwatnya. Jika beliau tidak berani bercakap seperti itu sekali pun, kita masih ada ramai lagi MP yang berani untuk bercakap tentangnya. Apa yang benar dari mulut YB Zul kita patut sokong dan bersangka baik. Cuma apa yang tidak patut, kita perlu tentang iaitu YB Zul tidak patut berada di dalam Parlimen kerana beliau tidak lagi mewakili pengundi-pengundi yang mengundinya atas tiket PKR dahulu.

Kesimpulannya, YB Zul gagal membuat `gempar' setakat ini meskipun sedikit `gempar' yang murahan dan melucukan seperti yang telah dilakukan oleh Zahrain `The Dog Attack'. Bolehkah kita simpan `pampers' ini sekarang?/

9 ulasan:

C++ berkata...

Zul Kulim & Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008

Okeh... Semalam gua kasi citer sikit jer pasai Zul Kulim @ Zul Yang Bangang (Zul YB).. Hari nih gua nak citer kaitan antara Zul Kulim & Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 .... hahahaha... kan dah kantoi...

Lu rasa lu jadi lawyer sudah hebat aaa.... cakap apa sajer... suka-suka... So la nih mari kita semua kaji kesan apa yang Zul Yang Bangang (Zul Kulim @ Zul YB) nih cakap semalam... hehehe..

Dier kata ader orang tawarkan ganjaran kepada dier pada nilai yang besar supaya mengaitkan Najib Razak dan Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya... hehehehe... punya gak dier punya citer semalam.. semua TV cover dier punya pendedahan.... hehehe...

Nih gua nak dedahkan satu perenggan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 pada subseksyen 25 iaitu dibawah perenggan "Kewajipan Untuk Melaporkan Transaksi Penyogokan".

Ianya dibaca begini;

Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan

25.

(1) Mana-mana orang yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan,apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.

(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.

(4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya.

So.... apa cerita nih... Biler la Zul Kulim @ Zul Yang Bangang @ Zul YB yang kononnya terra bab undang-undang nih nak kena tahan nih... SPRM jangan plak buat lupa atau tak nampak... benda nih dah sah salah punya... siap ader bukti kat media lagi... ader Press Conference la... hehehe..

Jadinya... ini nasihat gua (gua bukan lawyer aaa....) kepada Zul Kulim.... Lain kali lu kalu nak tunjuk terra sebagai loyar ... buat betul-betul ... ini kan dah kena diklasifikasikan sebagai loyar buruk jer... hahaha..

Woi SPRM .. pi la tahan Zul Kulim dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 tue..... hahaha... cepat tangkap... kalu la SPRM tak tangkap... memang sohih la SPRM pun kuda kayu.. sudah kena beli... hahahaha

Tanpa Nama berkata...

JANGAN TANGKAP AKU... AKU LUPA LA AKTA TU...TOLON LA

Tanpa Nama berkata...

Que
Gua sokong lu punye idie. Kalu macam ni ramai olang boleh cakap ... tapi ... hampeh ...
Apa tunggu pi lah tangkap ... dah jelas dan boleh disabitkan.

Tanpa Nama berkata...

Marah betui C++ pd YB Zul? Smpai panggil Zul Yang Bangang (Zul YB). Ade personal konflik ke smpai nak maki org mcm tu?

Ooo...lupa la pulak! Klau ikut Islam PAS, Allah pun maki gak.

Jebat_Musibat berkata...

SPRM main telur je skang.

ubi kentang berkata...

Tanpa nama, apa nama kau? Dan untuk yang keduanya, tolong pi baca kamus, apa makna MAKI. Baru hang mai sini hujah lagi sekali bab MAKI.

Tanpa Nama berkata...

Gua teramat menyampah dengan senario politik malaysia....masa zaman tunku dan tun razak ok...dia olang pentingkan rakyat!!!

Pemimpin sekalang teramat pentingkan politik dan diri sendiri...Selalu gadoh tak habis-habis...Isu perak, minyak, kes altantuya, intitusi kehakiman, sprm semacam susah gua nak caya ...Kalau macam ini cara mainan politik sekalang...rakyat makin hilang kepercayaan dan perasaan kebencian makin tebal...Kepala rakyat tak boleh kosong...selalu ada isu politik yang ditimbulkan...Inilah ciri-ciri pemimpin yang lemah untuk menutup kelemahan mereka...Selagi rakyat dapat diperbodohkan...selagi itulah hayat kepimpinannya dapat bertahan..

Gua cadang kalau nak senang tumbangkan bn/umno dalam pru ke-13. Dia orang selalu buat kacau...semua intitusi kerajaan jadi kacau...

Tanpa Nama berkata...

dia cakap dalam parlimen, mana bole ambik tindakan

Tanpa Nama berkata...

Buat laporan polis dulu baru leh tangkap.Tak ada aduan tak boleh tangkap ma.Mesti ada aduan lo.