26 Mac 2010

Sivarasa: 'KPN tiada ijazah undang-undang'

9 Rabiulakhir 1431H

Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.

Bagaimanapun, dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff pada tahun 2009, Musa memberitahu mahkamah dia memiliki “diploma dalam undang-undang dan pengajian pengurusan”.

“KPN telah memberikan kenyataan palsu dengan mengatakan dia memiliki ijazah undang-undang ketika disoal balas dalam kes Anwar, sedangkan hakikatnya dia hanya mempunyai diploma dalam undang-undang,” kata Sivarasa ketika dihubungi.

Malaysiakini/-

6 ulasan:

baharuddin berkata...

biasa la kan KPN jika tidak mengaku ada ijazah nanti orang bwh kata pendidikan kita serupa lak kecauli payung ia kuat pasal tlg angkat tilam dulu maka jadila KPN

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul betul di siasat kemungkinan besar ramai lagi yang mengaku ada PHD sebenarnya tiada PHD. Ramai yang kemaruk DR di depan nama mereka.

BKPITI berkata...

Org tak beugama.. macam tulah..
tak ada takut langsung dengan kekuasaan Allah.

suka hati kamu jang..

Tanpa Nama berkata...

Ada anggota polis yang ada ijazah kena kelentong dengan mamat tu lalu jadi kuda tunggangannya. Kesian prebet-prebet tu kena main.

Tanpa Nama berkata...

kpn beragama apa...
kn anak kepada datuk haji hassan...
yg jd pgadil tilawah al-Quran prgkat antarabangsa...
kesian bapak dier malu dapat anak yg penipu....

Musafir lalu..... berkata...

Tapi Diploma Undang2 ITM masa saya belajar di sana dulu bertaraf GD (general degree). Wallahua'lam.