9 Rabiulakhir 1431H
Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tampil bagi menjawap di Dewan Rakyat berhubung laporan agensi berita asing AFP bahawa kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini.
Ini kerana katanya, pertaruhan berkenaan akan menjadi punca kepada masalah gejala sosial yang lain, khusnya di kalangan masyarakat Cina.
Menurut Loke, untuk mempertimbangkan keputusan yang akan memberi impak sosial yang sebegitu besar, kerajaan seharusnya membuat pungutan suara.
MP Shah Alam, Khalid Samad (bawah, kanan) yang juga hadir pada sidang media di lobi Parlimen berkata tindakan mempertimbangkan judi sukan itu suatu pendedahan yang agak menggangu fikiran.
Katanya, adalah mengejutkan bahawa Najib cuba berganjak dari dasar Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution pula berkata Najib wajar menjelaskan kenapa beliau sanggup mempertimbangkan judi itu. Jika alasanya untuk meraih jumlah wang yang besar, katanya ia adalah bukti bahawa kerajaan mengabaikan rakyat.
MalaysiaKini/-

4 ulasan:
Tahniah najib, anda memang nak cari bala kalau dok bawa maksiat dalam malaysia, nanti kalau timbul masalah sosial boleh la salahkan rakyat malaysia ..rakyat kena dulu, p..capai.. juga yang diutamakan
gila punya pemimpin, dah la teruk, makin teruk lagi...
YB Zul dah dedahkan pd rakyat perbuatan beliau semasa dlm PKR yg diupah utk mencipta fitnah. Dan yg difitnah tu semuanya org Islam belaka. Alhamdulillah, beliau ingin memohon maaf pd mereka yg teraniaya termasuk PM & Isteri. Jln lurus masih terbuka utk beliau bertabuat.
Apa pandangan YB Idham tentang pengakuan ni? Harapannya YB bukan salah sorang yg terlibat dlm menabur fitnah?
takat nak petimbang biaq pi la dia timbang pakai dacin ka apa ka. Jangan dok tetiba tumbuh satu lagi dah la.
Catat Ulasan