9 Rabiulakhir 1431h
KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Kelantan bersetuju melantik mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) sebagai perunding untuk berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Petronas mengenai tuntutan royalti minyak.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa memberitahu, pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta dan surat rasmi mengenainya akan dihantar hari ini juga.
Menurutnya lagi, mesyuarat Exco hari ini yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil keputusan bersetuju melantik Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebagai wakil kerajaan untuk berunding menyelesaikan isu tuntutan negeri berhubung isu royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.
Jelasnya, pelantikan itu tidak melibatkan apa-apa bayaran daripada kerajaan negeri kepada Razaleigh.
“Kita berharap Tengku (Razaleigh) akan bersetuju sebab sebelum ini Tengku ada menawarkan diri sebagai perunding dan orang tengah untuk menyelesaikan tuntutan itu,” ujarnya ketika ditanya sama ada veteran Umno itu bersetuju atau sebaliknya dengan pelantikan itu.
Ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 rakyat Kelantan dalam ceramah perdana tuntutan petroleum anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) di Stadium Sultan Mohamad ke-IV akhir Januari lalu berkata Kelantan berhak mendapat bayaran royalti sebanyak lima peratus.
Beliau sekali lagi menyatakan perkara itu ketika berucap pada satu program anjuran Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 18 Mac lalu tetapi tidak setuju isu tuntutan itu dibawa ke mahkamah.
Harakahdaily.net/-

1 ulasan:
mana boleh!...
kalau kelantan dapat royalti minyak...
nanti kelantan jadi negeri paling maju atau top 3 maju dimalaysia!
ini tidak bolehhhh!! haha
Itulah.. walaupun 5% sedikit agaknya, tapi jika digunakan dengan halus, baik, ikhlas, amanah. berkatnya membawa hasil yang baik.
Catat Ulasan