24 April 2010

Ahli PKR keluar parti : UMNO kena tipu dan penipu

8 Jamadil Awal 1431H.

Sejak kebelakangan ini seiring dengan kehangatan kempen PRK Hulu Selangor, BN dan UMNO terus berkempen dengan cara kotor dengan menipu dan sekali gus dia juga kena tipu apabila Media Arus Perdana yang dikuasai oleh UMNO mengumumkan kononnya pemimpin PKR teluar parti dan masuk UMNO.

Sedangkan hakikatnya setakat ini dua penafian dilakukan bagi menafikan dan membuktikan bahawa individu berkenaan bukan seperti yang laporkan malah jelas satu pembohongan,. Setakat ini melibatkan PKR Bagan Serai perak dan AMK PKR Kelantan.

Kelmarin dilaporkan secara meluas kononnya setiausaha AMK Kelantan keluar parti sedangkan sekarang ia tidak memegang jawatan itu. Benar ia bekas Setiausaha AMK Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad yang sebenarnya kecewa selepas hasratnya untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai menyebabkan dia kecewa.

“Sedangkan Ezri tidak lagi memegang jawatan berkenaan, Setiausaha AMK Kelantan sekarang Tarmizi Mohd Yusof dari Kuala Krai,” demikian penafian olah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir.

Beberapa hari lepas juga seorang wanita bernama Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dia adalah Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai dilaporkan media keluar dari PKR.

Namun wanita itu berbohong dan UMNO berbohong seperti yang dinyatakan oleh kenyataan, "sebenarnya dia tidak memegang apa- apa jawatan dalam organisasi Wanita PKR Cabang Bagan Serai." Demikian satu penafian yang dikeluarkan oleh Ketua PKR Cabang Bagan Serai, Sdr. Md. Nasib bin Rahim.

Kenyataan PKR Bagan Serai itu menjelaskan bahawa pada satu masa memang betul Roshanita pernah datang dan menawarkan diri untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai tetapi kami sebagai Pimpinan Cabang sudah tahu bahawa perempuan ini merupakan proksi UMNO dan Pimpinan Cabang tidak pernah memberikan apa-apa jawatan dalam parti atau organisai wanita cabang.

Inilah cara kempen UMNO yang sudah dilihat sangat terdesak dan melakukan apa saja cara untuk memburukkan dan menggambarkan parti lawan lemah walaupun dengan mengggunakan kaedah penipuan.

Sehari dua ini kalaulah sesiapa yang mahu dapat habuah bolehlah pergi berjumpa dengan pemimpin UMNO dan mengaku pemimpin PKR mana-mana bahagian dan saudara maklumkan akan mengumumkan keluar parti sekaligus masuk UMNO. Pasti mereka akan menerami saudara sebagai pelakun tambahan seterusnya.

Buka itu sahaja, rasanya ada bayaran yang agak lumayan dengan kerja jahat itu. selain itu adalah peluang didamping oleh orang seperti Zahrin, Salahuddin dan yang seronoknya kalau untuk Bagan Serai Mohsin Tempirai boleh duduk disebelah untuk episod berikutnya kalau ada, itupun kalau dia berani !.

13 ulasan:

Ahli Pas berkata...

Saya alu-alukan individu yang nak keluar dari PR...biar semua keluar dari PR...biar yang tinggal hanya Anuar,Hj Hadi dan Lim Kit Siang...Ingat bukan ahli PR sahaja yang mengundi pada 25 April ni...Tapi rakyat Hulu Selangor yang mengundi...Biar rakyat Hulu Selangor yang bijaksana mengajar dan memberi pengajaran kepada pengkhianat dan penyebar berita palsu...Jika ditakdirkan Zaid Ibrahim yang menang kita lihat dimana para pengkhianat dan pemuka-pemuka itu hendak meletakkan muka mereka yang tidak memiliki hidung yang mancung tetapi pipi mereka tersorong-sorong...Insyaallah Zaid akan menang...Takbir.

Tanpa Nama berkata...

Amin Ya Rabb, Insya-Allah..Allahuakbar 3X..

cakap-lepas berkata...

http://cakap-lepas.blogspot.com/2010/04/website-puteri-umno-hulu-selangor.html

Ini adalah masalah puteri UMNO ulu selangor yang ngaji tak abis

Tanpa Nama berkata...

kabor ler komen hanya untuk ahli je..cakapler terang dan jelas.

Tanpa Nama berkata...

penipuan UMNO berlaku setiap kali nak pilihanraya

Tanpa Nama berkata...

melayu mudah lupa dengan penipuan umno

Tanpa Nama berkata...

UMNO memang dah berpuluh tahun tipu rakyat, takkan tak tahu lagi

TERkeZUt berkata...

TERKINI>>>!!!!! Penasihat Parti Keadilan Rakyat telah keluar parti dan mengistiharkan diri ahli UMNO...Sapa ha...sebarkan ...>>>sempena PRK ULU SELANGOR>....Kah-kakah,,kah,kaah.

utusan tolong kutip berita ini dan masuk kan berita utama esok...mesti menang punya hangpa punya kamal

Tanpa Nama berkata...

UMNO yang bangsat lagi tidak bermaruah

Tuan Cobra berkata...

YB Idham....Umno/BN ni saya tidak sudah hairan lagi..Kerana d Negeri Sabah semenjak PBS mengambil alih tampuk Pemerintahan pada tahun 1985-1994...PRU dan PRK mereka menggunakan teknik untuk MENIPU setiap kali PRU ataupun PRK...Sehinggakan mereka telah membuat PENGHIANATAN kepada seluruh Warga Negara ini...Pemimpin Umno/BN sanggup menganugerahan MYKAD MALAYSIA kepada PTI daripada Philippine,Indonesia,India,China dan Pakistan demi servaival politik mereka....PBS tidak akan KALAH d TTangan Umno d Negeri Sabah ini jika bukan BN MENIPU......Pada PRK d Hulu Selangor saya memparcayi yg Pemimpin BN MENIPU...Berani sungguh Pemimpin BN datang kePusat Penjumlahan Undi pada malam semalam...Sedangkan mereka adalah Pembangkang d Negeri Selangor tu...Luculah TELATAH Kepimpinan 1MALAYSIA ni.........

Rakyat Perak berkata...

Bismillahiramanirahim.....Kpd mereka yg komen diatas taniah diucapkan. Allah maha adil lagi mengetahui sape yang ikhlas mempertahankan islam dan perpaduan rakyat malaysia. Tk perlu la mendengar isu tanpa saudara semua lihat sendiri dan dengar sendiri. Jiak isu itu tidak benar maka isu itu adalah isu pembohongan tambah dosa saudara.

Rakyat Perak berkata...

Saya cabar pada filter postkan apa yg saya ckp. Jngn pilih bulu... kalau bulu itu lebat you pilih tapi bulu jarang you buang.

Tanpa Nama berkata...

Aku pohon ampun maaf dari semua ahli pas, sebelum aku mendapat hidayah dari Allah s.w.t sebab aku pernah kutuk kamu semua abis2...kamu jangan ler kutuk2 teruk sangat, tolong doakanlah agar mereka diberi kehalusan jiwa dan hidayah oleh Allah s.w.t..biar celik mata hati. Manalah tau satu hari nanti,dengan doa kalian mereka lebih giat berdakwah menegakkan syiar islam macam YB Khalil juga.InsyaAllah..