Masjid Songjiang terletak di Jalan Gangbeng, Jalan Zhongshanzhonglu. Ia dibina pada zaman Dinasti Yuan, iaitu pada tahun 1341 hingga tahun 1367. Masjid tersebut merupakan masjid yang paling lama di Shanghai. Keunikan zaman purba masjid tersebut masih terpelihara dengan baik yang mengekalkan nilai berharga dari segi sejarah dan kesenian.
Masjid Songjiang mengekalkan gaya tradisional agama Islam pada zaman Dinasti Yuan dan Ming dalam sejarah China, iaitu kawasan perkuburan disediakan dalam masjid. Terdapat empat batu bersurat kuno yang tercatat sejarah masjid tersebut dan proses projek memperbaiki masjid ini pada zaman Dinasti Ming dan Qing. Masjid Songjiang boleh dikatakan sebagai tapak bersejarah yang penting bagi interaksi tamadun China dengan dunia Arab.
Pintu utama masjid tersebut menuju ke arah utara. Selepas memasuki pintu masjid, kita melalui sebatang jalan yang sempit. Setelah melalui jalan ini, pemandangan kita akan terbuka luas kerana sampai ke satu halaman yang sangat luas. Halaman tersebut dikelilingi oleh tembok. Bentuk tembok tersebut menyerupai seekor naga. Maka, tembok ini juga dikenali sebagai "Tembok Naga". Bentuk yang halus dan cantik diukir pada atap tembok tersebut.
Pintu gerbang ini juga dianggap sebagai menara dalam masjid. Seni binanya mempunyai cirri binaan tradisional bahagian selatan China pada zaman kuno.
Dewan sembahyang yang menyerupai istana tradisional China terletak di barat masjid tersebut. Tempat mengambil wuduk terletak di sebelah selatannya, manakala bilik untuk Imam menyampaikan ceramah, membaca Al-Quran dan menemui tetamu disediakan di kedua-dua bahagian di utara dan selatan dewan sembahyang ini.
Masjid Songjiang seperti sebuah taman peranginan. Pokok yang berusia dapat dilihat dalam halaman masjid, manakala rumput yang hijau dan bunga yang berwarna-warni juga terdapat dalam masjid ini. Suasana di sini sangat sunyi dan harmoni.
Panduan Perjalanan ke Masjid Songjiang:
Masjid Songjiang, Shanghai
Add: No. 339 Jalan Zhongshanzhonglu, Daerah Songjiang, Shanghai
Tel: 021-57823684 Poskod: 201600
Bagaimana untuk sampai di Masjid Songjiang:
(1) Subway Line 9 turun di stesen Songjiangxincheng (stesen terakhir line 9 ke arah selatan), bertukar kepada bas No.12 dan turun di stesen Jalan Renminnanlu. Berjalan kaki ke arah utara kira-kira 400 meter sehingga sampai ke Jalan Gangbeng dan akan kelihatan pintu utara Masjid Songjiang.
(2) Subway Line 9 turun di stesen Songjiangdaxuecheng, bertukar kepada bas No. 9 dan turun di stesen Keyunzhongxin (bermaksud Pusat Pengangkut). Berjalan kaki ke arah utara kira-kira 600 meter sehingga sampai Masjid Songjiang.
(3) Subway Line1 turun di stesen Jinjiangleyuan, bertukar Line Songmei turun di stesen Songjiangqichezhan, dan terus berjalan kaki ke arah utara kira-kira 400 meter sehingga sampai ke Masjid Songjiang. CRI/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan