24 April 2010

TAK MAMPU SANGGAH PROGRAM KEBAJIKAN KERAJAN PR SELANGOR, BN SERANG PERIBADI CALON

8 jamadil Awal 1431H.
http://misabah.blogspot.com/

BN terus menggunakan isu peribadi bagi memburukkan calon lawan mereka. BN sudah kehabisan modal untuk menangkis serangan PR di Hulu Selangor.

2 tahun PR memerintah negeri Selangor, sudah membuktikan keupayaannya memerintah dengan baik berbanding 50 tahun BN perintah Selangor.

Pencapaian terbaik kerajaan PR Selangor selama 2 tahun memerintah Selangor dapat dilihat berdasarkan program-program kebajikan kepada rakyat. Antaranya :-

1. Pemberian 20 meter padu pertama air secara percuma
2. Tabung Warisan Anak Selangor
3. Skim Mesra Usia Emas
4. Hadiah dermasiswa kepada anak-anak Selangor yang masuk IPT
5. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
6. Berjaya membawa pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 (pelaburan kedua tertinggi di Malaysia)
7. Menaikkan elaun guru-guru KAFA RM 1000 sebulan.
8. Berjaya menyiapkan dan menyerahkan 5,655 unit rumah yang terbengkalai semasa BN memerintah.
9. Tiada lagi kontrak runding terus untuk projek-projek kerajaan negeri.
10. Tidak membenarkan Adun & EXCO menganggotai jawatankuasa tender untuk kontrak majlis tempatan.
11. Balai raya dan dewan dibenarkan digunakan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman parti, bangsa dan agama.
12. Memberi hak milik tanah kepada 100,00 penduduk di Kuala Selangor dan melanjutkan pajakan 99 tahun kepada 183 keluarga di Sekinchan dengan bayaran hanya RM 1 sekaki persegi.
13. Memperuntukkan dana RM 50 juta untuk skim micro-kredit (al Qardhu Hasan) bagi mengatasi masalah Along.
14. Memperuntukkan RM 20 billion untuk tempoh 10 tahun bagi menaik tarafkan sungai-sungai di Selangor.
15, Mengazetkan 321.7 hejtar hutan Kota Damansara sebagai Hutan Simpan Kekal.
16. Melantik Ahli-ahli Majlis tempatan dari kalangan mereka yang ada berkelayakan dan profesional.
17. Mewujudkan pendengaran Awam SELCAT bagi membuat siasatan terhadap tingkahlaku pentadbiran terdahulu yang menyalahgunakan harta rakyat untuk kepentingan tertentu.

dan banyak lagi.

Tinjauan petugas PR di kampung dan felda-felda Hulu Selangor, petugas UMNO BN telah membohongi rakyat apabila nikmat yang rakyat kecapi melalui program-program seperti pemberian 20 meter padu air percuma, Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah dermasiswa kepada pelajar IPT dan sebagainya, para petugas UMNO BN mendakwa itu semua datangnya dari kerajaan UMNO BN.

Inilah pembohongan yang dilakukan dalam kempen-kempen UMNO BN. UMNO BN semakin terdesak, tidak ada cara lain untuk mengelabui mata rakyat, mereka menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang dituduh sebagai kaki arak, kaki judi, tidak ada pegangan agama, berfahaman liberal, mencabar hukum hudud dan sebagainya.

Apapun masalah peribadi Zaid, itu semua sejarah zaman silamnya sewaktu dalam UMNO. Beliau sendiri secara jujur mengakui sejarah zaman silamnya sewaktu masih bergelumang dalam UMNO BN. UMNO BNlah yang menjadikan ia berakhlak begitu. Kini beliau telah meninggalkan tabiat tersebut, beliau sudah berubah 100%, pemikiran dan aqeedah sudah berubah 100%, akhlaknya juga sudah jauh berbeza berbanding dengan akhlak dan amalan pemimpin UMNO BN yang lain. Beliau sudah bertaubat sejak meninggalkan UMNO BN.

UMNO BN sebenarnya terkejut dengan perubahan 100% Datuk Zaid. Terpaksalah mereka mencari gambar-gambar lama yang diubah suai dengan teknologi yang tinggi sehingga digambarkan Zaid peminum arak yang tegar, dicari semua kenyataan-kenyataan zaman silamnya terhadap Islam dan sebagainya. UMNO BN tidak berupaya berbuat demikian, rakyat menolak kempen terburuk UMNO BN ini, mereka mencari isu lain pula. UMNO mengakui Zaid sudah bertaubat dan berubah, persoalan yang UMNO bangkitkan sekarang adakah taubat Zaid diterima Allah.

Itu kita tidak tahu, kita menghukum dan menilai pada yang zahir sahaja. Soal taubatnya diterima atau tidak oleh Allah, bukan kerja kita sebagai manusia untuk menilainya. Tidak akan ada di kalangan malaikat mahu memberitahu kita bahawa taubat Zaid telah diterima oleh Allah swt.

Sekurang-kurangnya Zaid seorang yang jujur, mengakui sejarah silamnya. Dia bukan malaikat atau manusia yang sempurna sebagaimana para nabi dan rasul. Para sahabat Rasulullah saw. sekalipun ada zaman silamnya. Saidina Umar Al Khattab r.an, semua orang tahu kehidupan zaman jahiliyahnya bagaimana, setelah beliau menerima Islam, beliau menjadi salah seorang sahabat yang terbaik taqwanya yang akhirnya dipilih menjadi Khalifah yang kedua selepas Abu Bakar Assiddiq r.an.

Begitulah Zaid Ibrahim. Semua orang tahu sejarah silamnya. UMNO lagi tahu dari orang lain sejarah silam Zaid. UMNO jugalah yang mendokong Zaid ketika itu. Sekarang Zaid tidak lagi Zaid sebagaimana dalam UMNO. Dia menentang hudud ketika dalam UMNO, beliau mengakui UMNOlah yang menjadi penyebab mengapa beliau menentang hudud. Beliau telahpun menarik balik sikapnya dulu sebagai penentang hudud. UMNO menerima Zaid di ketika Zaid berakhkak buruk sebagaimana yang UMNO sendiri dedahkan, kini PAS, PKR dan DAP menerima Zaid setelah Zaid meninggalkan semua amalan buruknya dulu sewaktu dalam UMNO. PAS turut bangga mempunyai pemimpin dalam PR yang sudah bertaubat.

UMNO BN kata Zaid tidak layak menjadi Ahli Parlimen untuk rakyat Hulu Selangor kerana Zaid telah ditolak oleh rakyat Kelantan, bodohnya mentaliti pemimpin UMNO BN yang bercakap demikian. Rakyat Kelantan tolak Zaid dalam pilihanraya 2008 kerana Zaid ketika itu UMNO. Sekarang kalau Zaid bertanding atas tiket PR sudah pasti rakyat Kelantan akan terima beliau. Zaid bertanding di Hulu Selangor bukan sebagai ahli UMNO, tetapi sebagai ahli PKR. Tidak ada sebab pengundi Hulu Selangor tolak Zaid hanya kerana Zaid ditolak oleh rakyat Kelantan. Zaid banyak kelebihan berbanding dengan calon BN, beliau ada pengalaman sebagai Menteri dan juga peguam. Suara beliau sangat diperlukan di Parlimen bagi menyuarakan masalah rakyat, kemampuan sebagai ahli undang-undang juga melayakkan beliau menjadi Ahli Parlimen yang baik bagi membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang dan hak asasi.

Rakyat Hulu Selangor diseru menggunakan akal dan hati budi yang waras bagi menentukan masa depan yang lebih baik menerusi undi mereka dengan memilih Datuk Zaid sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KENAPA UMNO, TERUTAMA UMNO (BARU) SEKARANG NI TIDAK BOLEH BUAT SEBAGAIMANA APA YG PAKATAN RAKYAT BUAT DI SELANGOR INI?

KERANA UMNO (BARU) INI HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN KRONI2 MEREKA SAHAJA, MEREKA TAK ADA KEINGINAN UNTUK MELIHAT RAKYAT MENJADI SENANG DAN MEWAH, SUPAYA RAKYAT AKAN TERUS BERGANTUNG DAN MENGEMIS KEPADA UMNO (BARU) DULU KINI DAN SELAMANYA...

NEGARA MALAYSIA INI KAYA RAYA...MACAM2 HASIL MAHSUL, SELAIN MALAYSIA BERADA DI TEMPAT STRATEGIK DI PETA DUNIA!
TETAPI KENAPA RAKYAT MASIH SUSAH?

50 TAHUN MERDEKA.

ORG2 MELAYU MASIH MACAM ZAMAN SEBELUM JEPUN DARI SEGI TIDAK BOLEH BERDIKARI DAN KITA ORG2 MELAYU HANYA MENGUASAI LEBIH KURANG 19% EKUITI BAHAGIAN KEK EKONOMI NEGARA!!!

CUBA TENGOK DI BANDAR2 BESAR...SIAPA MENGUASAI EKONOMI...

SEDARLAH WAHAI UMAT ISLAM...JADILAH PEJUANG ISLAM, BARULAH ALLAH SWT MENOLONG KITA DAN MENJADIKAN KITA BEBAS DARI KESUSAHAN DAN MENGUASAI EKONOMI NEGARA UNTUK KESENANGAN SEMUA BANGSA YG ADA DI MALAYSIA INI DGN KEADILAN.

KITA DAH 50 TAHUN PERJUANGKAN MELAYU, SAMPAI BILA LAGI NAK PERJUANGKAN MELAYU? ALLAH TIDAK REDHA SEBAB ITULAH KITA SUSAH SAMPAI SEKARANG... DAN MCM2 BALA KENA KPD ORG2 MELAYU.

Hang Kelam berkata...

Pelik dan kelakar, itulah UMNO. MIC yang bertanding, umno yang bersusah payah. macam kata pepatah "lebih senduk dari kuah". pie mana-mana kat bkt sentosa, bkt beruntung, .... satu hulu selangor, muka sapa ??? balik2 muka umno yang paling ramai berkampung kat sini (cawangan itu, ini, bla, bla), mana mic, mca, ppp, gerakan .... ??? ntah. petang tadi (lusa mengundi) baru nampak budak mic gantung banner mic. muka najib bersepah sana-sini, ingatkan najib yang bertanding di hulu selangor. ha, ha, ha ...

Tak ada apa isu, isu peribadi yang jadi modal umno. walaupun umno kaya $$$$, tapi miskin akal, akhlak, .... Bagi umno teruk sungguh zaid kerana pernah minum arak, ish, ish.. Tapi apa jaminan umno yang kamalnathan tu tak minum arak, main judi, rasuah dsb... Bagi umno mereka wajib pilih kamalnathan kerana dia tak pernah minum arak, todi, ... akhlaknya baik, warak, solat jemaah 5 waktu tak tinggal, dah pergi haji, rajin bersedekah .... agama 1 malaysia la katakan.

tapi sebagai warga hulu selangor la, seingat aku kaum mic ni agak perkauman sikit, kalau kat hospital doktor mic rawat pesakit kaum dia punya la lama (setengah jam lebih), tapi bila mai melayu dan lain2 cuma 3 - 10 minit dah cukup, tender kontraktor masa palanivel, org dia gak yang banyak pegang... (bukan india, tapi kroni mic dia). boleh ke umno kat hulu selangor berpaut kasih dengan mic? bodoh sungguh umno tegar.

15.6 juta untuk baiki bumbung2 flat? kata dikota janji ditunaikan? bengap betul najib ni, banyak blok flat di bkt sentosa dan bkt beruntung adalah rumuh hantu, flat terbiar terutama di bahagian pendalaman. kalau dekat pekan, banyak kilang, orang ramai... jadi tak kisahlah. tapi bagi taman2 tercerok pendalaman sikit, banyak rumah hantu, ada taman yang lebih dari 4 blok langsung tak ada penghuni atau penghuni pada tingkat paling bawah sekali, dan yang paling teruk ada taman bilangan blok flat adalah lebih daripada bilangan keluarga yang tinggal di dalam taman flat itu. tak caya? boleh cek sendiri flat seri telipot, bakawali, anggerik ... dan beberapa taman flat lain di bkt sentosa dan bkt beruntung hulu selangor.