9 Jamadil Awal 1431H.
WFAUZDIN
Gabungan PR telah menasihati semua penduduk di Hulu Selangor agar menjauhi parti yang bersekongkol dengan APCO/Yahudi serta yang terus melakukan rasuah dan kezaliman. PR juga telah menawarkan calon yang tidak hipokrit, merendah diri serta insaf di atas perbuatan lampaunya untuk terus memperjuangkan nasib rakyat di Hulu Selangor.
Tidak sampai 48 jam lagi, rakyat Hulu Selangor sendiri akan membuat pilihan. Meskipun beberapa ratus orang dari mereka telah `diusir' dari menunaikan kewajipan untuk memilih calon mereka angkara dari SPR, namun kita masih mengharapkan agar kecerdikan pengundi-pengundi yang ada untuk membuat keputusan.
Kepulangan anak-anak Hulu Selangor dari perantauan mungkin boleh menyelamatkan kaum keluarga dan saudara mereka yang masih diulit oleh tipu daya sekutu APCO ini. Pimpinan serta jentera PR telah berikhtiar dan berusaha untuk menyedarkan mereka dari mengalami nasib yang menimpa pengundi-pengundi di Bagan Pinang sekarang. Di sana mereka ditipu hidup-hidup termasuklah perajurit-perajurit di sekitar kem Bagan Pinang. Sebelum itu, di Manek Urai juga rakyat di tipu hidup-hidup dengan sebuah jambatan jutaan ringgit. Butakah mata kita setelah Tuhan tunjukkan semua tipu muslihat golongan ini? Mengundi mereka bererti kita menggalakkan mereka terus menipu dan menipu seperti di awal-awal pencalonan lagi mereka sudah menipu rakyat di hulu Selangor. TPM berjanji dengan calon tempatan dari MIC, tetapi apa yang terjadi? Calon mereka pula mengikut jejak pemimpin penipu ini dengan sijil yang beliau ada.
Isu APCO diselesaikan di Parlimen sahaja tanpa ada jawapan dari Najib. Jawapan mereka adalah DS Anwar mesti dikenakan tindakan kerana tidak mahu bersekongkol dengan APCO. DS Anwar sebaliknya berani mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka di Hulu Selangor pada malam esok berkaitan APCO dan keselamatan negara. Soalnya, adakah Najib punyai keberanian seperti Obama yang beliau agung-agungkan itu? Amat rugi sekali Najib sewaktu bertemu Obama tidak meminta tips atau petua dari pemimpin sekutu Israel itu bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berani berhujah. Obama terkenal kerana berani berdebat sewaktu pemilihan Presiden Amerika sebelum ini. Mengapa tidak dengan Najib? Mengapa yang baik tidak diikut, tetapi yang buruk begitu cepat diikuti oleh Najib?
Kembalilah wahai anak jati Hulu Selangor di perantauan. Satu undi dari kamu sama seperti sebutir peluru yang kamu halakan ke arah sekutu APCO. Teruskan perjuangan.

1 ulasan:
Salam YB....
Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah, maha Pengasih lagi maha Penyayang......
Dari Pengelaman yang ada..... Saya meramalkan BN akan tersungkur di Bumi Hulu Selangor.....
Berdasarkan Fakta.....
Hulu Selangor mempunyai 16,964 pengundi Cina (80% akan memehak kepada PKR manakala BN 20%)
Pengundi Melayu berjumlah 34,020 (55% akan memehak kepada BN manakala PKR 45% )
Pengundi India berjumlah12,453 (70% akan memehak kepada BN, manakala PKR 30%)Andai kesemua mereka Mengundi....Perjumlahannya saperti berikut :-
BN akan mendapat -Undi Melayu = 18711
Undi Cina = 3393
Undi India = 8717
Jumlah mengundi BN = 30,821
PKR akan mendapat - Undi Melayu = 15309
Undi cina = 13571
Undi India = 3736
Jumlah Mengundi PKR = 32616
Kemenangan kepada PKR dengan jumlah Mejoriti
sebanyak = 1,795 Undi.....
Andainya peratus Mengundi antara 70 ke 80 % diramalkan PKR akan mendapat lebih banyak Mejoriti.....
Kita tunggu dan lihat.....
Catat Ulasan