24 April 2010

ADUN BEBAS LEPAS TUDUHAN: BIAR RAKYAT ADILI

9 Jamadil Awal 1431H.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut malah sudah menjangkakan bahawa Mahkamah akan membebaskan tuduhan rasuah terhadap 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapten Bersara Mohd Osman Mohd Jailu pada hari ini.

DPPN Pk tidak mempertikai keputusan Mahkamah yang telah di buat tetapi sepertimana yang sudah dijangkakan kerana sudah tentu berpihak kepada ADUN Bebas tersebut. Apa yang lebih penting, DPPN Pk berharap rakyat dapat menilai dan mengadilinya kerana terlalu banyak persoalan yang timbul.

DPPN Pk mengucapkan tahniah dan syabas kepada 2 ADUN Bebas tersebut dan berharap keadaan dapat dibaiki sepertimana yang telah tercemar dahulu. Apa yang boleh rakyat harapkan ialah maruah dan integriti 2 ADUN Bebas tersebut dipulihkan kembali sepertimana yang rakyat inginkan.

Malah keyakinan rakyat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tercalar dengan keputusan Mahkamah tersebut. DPPN Pk mempersoalkan, di manakah bukti yang telah SPRM nyatakan dahulu kerana setiap pendakwaan perlu kepada bukti yang kukuh. Inilah nasib rakyat yang di rampas kuasa oleh mereka-mereka yang gilakan kuasa dan tidak menghormati hak rakyat sebagai penentu kuasa.

Kenyataan Media (23 April 2010)
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat wajib buka mata dan tolak UMNO/BN. Tegakan yang maaruf dan cegahkan kemunkaran. Kerajaan Perak di pimpin oleh manusia durjana........mana ada barkah

Tanpa Nama berkata...

Kes ini terbukti bahawa bekas PKR memang tidak berasuah....tetapi terperangkap dengan
(1) masuk penjara atau
(2) lompat

Orang biasa seperti mereka kena pilih apa? apa daya.....

Ya menang berbeza dengan DSAI yang berpegang kepada keadilan...tak mahu pakat dengan BN buat kerja-kerja kotor....jadi masuklah penjara...10 tahun lepas...

Kes tersebut membuat orang faham akan tidak keadilan....

Cara ubah kerajaan baru boleh mengubah nasib rakyat Malaysia...
Makmur seperti jiran kita...seperti singapore...
Singapore apapun tak ada...air pun tak cukup tetapi boleh meninggalkan Malaysia maju banyak-banyak kehadapan...

Tetapinya akan terbatas dengan SPR....apa daya?

Tanpa Nama berkata...

penangkapan dan pendakwaan yang dibuat dulu bagaikan kanak-kanak bermain pondok-pondok ketika kecil. tak hairanlah kalau pengadilan kes ini dan hukuman nya dibuat macam main pondok juga. rakyat melihat apa yang berlaku sekarang adalah ibarat undang-undang, mahkamah, penguatkuasaan, pendakwaan, penyiasatan, penghakiman, penangkapan semuanya ini bagaikan peraturan kanak-kanak bermain pondok-pondok. jadilah ia peraturan suka hati, nak buat macamana pun buatlah dan amatlah sesuai dengan negara/negeri sebagaimana yang P Ramlee tunjukkan dalam Laksamana DO RE ME (pasir dua butir dengan menteri pasola dan Musang Berjanggut dengan menteri nikah kawin nya). sebab itu umno/bn dah tak tahu nak memerintah maka diminta khidmat nasihat dari PAKAR YAHUDI LAKNATULLAH.