9 Jamadil Awal 1431H.
oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com
Isu Kutub Sittah yang melakarkan sejarah hitam dalam pentadbiran JPMK pada sesi ini menjadi ingatan bagi setiap mahasiswa Mesir, tidak kira perubatan mehupun pengajian Islam. Semuanya sedar tentang kepincangan yang telah dibuat oleh JPMK untuk merampas kebebasan mahasiswa dalam mendapatkan ilmu Hadis daripada Para Masyaikh.
Sedih apabila melihat rampasan hak mahasiswa dibuat terang-terangan oleh pihak terbabit. Ia bertambah teruk apabila kenyataan yang dibuat oleh Prof Jamil ketika di Malaysia sangat bercanggah dengan apa yang terjadi. Segalanya diputarbelit seolah-olah mereka bersih daripada sebarang tuduhan.
Tidak dinafikan, ia akan berulang buat kali kedua. Ya, saya yakin bahawa isu rampasan hak mahasiswa akan diulangi lagi oleh JPMK untuk memadamkan al Azhar dari mata masyarakat Melayu. Melenyapkan golongan ulama' yang terhasil dari bumi Anbiya merupakan salah satu agenda yang dibawa oleh JPMK, dan ia terserlah dengan Isu Kutub Sittah ini.
Ya, ia pasti akan berulang. Ia pasti akan berulang. Dengan strategi yang berbeza dan pendekatan yang lebih halus akan digunakan bagi "menghabiskan" golongan ulama dari bumi ini. Bukan sahaja JPMK, bahkan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) juga terlibat sama dalam perecanaan ini.
Bagaimanakah strategi mereka? Tidak mungkin akan diketahui secara umum. Tetapi ia boleh dilihat dengan apa yang berlaku selama ini. Lihatlah usaha untuk menghapuskan muadalah, kemudian mencipta "Universiti al Azhar Melayu". Antara tenaga pengajar U ini ialah Datuk Duta sendiri.
Kitab yang diajar oleh beliau bercanggah dengan manhaj al Azhar yang sebenar. Sekiranya apa yang saya utarakan ini tidak bertepatan, sila tampil untuk membuktikannya dan memberitahu perkara yang sebenar. Ini adalah hasil aduan mereka yang turut serta dalam kelas tersebut.
Selain itu, Faks telah digunakan oleh pihak "gatal tangan" untuk melambatkan dan menyusahkan proses urusan passport. Persoalannya, apakah dosa kami sehinggakan kamu ingin merampas hak kami sebegini rupa? (link) (link)
Mengikut kajian peribadi saya, saya mendapati bahawa kehadiran mahasiswa perubatan pada tahun ini bakal mencecah angka 1400 orang. Keahlian perubatan ketika ini sekitar 3200 orang. Manakala pengajian Islam sekitar 5000 orang, dan kehadiran pada tahun ini dijangka susut 70 % berbanding kedatangan pada sesi 2009/2010.
Antara yang lain, urusan pendaftaran kuliah pengajian Qiraat masih belum diselesaikan. Masih ramai pelajar qiraat yang sepatutnya didaftarkan oleh pihak JPMK, tetapi tidak dilakukan sehingga ke hari ini. Ia sudah memakan tempoh yang panjang daripada kehadiran mereka pada bulan 8, 2009. (sila lihat pada gambarajah diatas)
Kes kelewatan pendaftaran mahasiswa Qiraat ini sudah bermula pada 2007 lagi (seingat penulis). Tidak dapat dipastikan punca sebenar kelewatan ini. Tetapi, apa yang pastinya segalanya di bawah urusan JPMK.
Persoalan di sini ialah, dimanakah fungsi pihak tersebut? Di manakah hak kami? Apa salah kami? Kenapa terdapat tangan-tangan kotor hendak menghapuskan ulama Melayu dari al Azhar? Kenapa dan kenapa?

5 ulasan:
Cerita ini kurang jelas. Harap perincikan keadaan yang sebenar. Contoh:
- Apakah sebenarnya "Univsiti Al Azhar Melayu"
- Apa alasan JPKM tidak mendaftarkan pelajar Qiraat
Perkara seperti ini amat besar implikasinya.
salam.
saya juga bersetuju dengan artikel ini. Kami dirampas satu persatu hak kami. Ingat lagi, dulu masa tahun 2000 kerajaan mensyaratkan nak pergi belajar ke mesir perlu ada STAM, walaupun tahun sebelumnya menggunakan sijil STA atau STU, tetapi yang peliknya STU/STA dan STAM adalah sama dari sudut silibusnya.Kononnya STAM pengiktirafan besar dari kerajaan pusat. Dah setahun lagi pulak kena amik, tahun depan baru bole apply ke azhar.
Tahun 2007, diadakan sistem peperiksaan kepada pelajar yang datang sambung belajar ke azhar iaitu daripada univ tempatan yang telah membuat MOU dgn alazhar(program 3+1 atau 2+2). Yang peliknya, hanya pelajar malaysia sahaja yang kena amik peksa tu, pelajar yang datang muadalah dari negara lain seperti indsia,vietnam,china,singapore,thailand dan dll boleh masuk kuliah terus mengikut tahun yang diminta. Peperiksaan itu kalau tak lulus,terpaksalah jatuh satu tangga dari tahun yang diminta. Ade ke patut, dah ada sijil dari univ dari mesia,watpe pekse lagi. Sampai satu ada kes, tarikh nak dekat pekse dah, belum lagi tahu tahun berapa, sebab result peperiksaan tersebut belum kluar. Ape kes!
Tahun 2008 (tak silap saya), dihentikan terus sistem muadalah(program 3+1) ke azhar. Kecoh kawan2 yang dari INSANIAH, MADIWA,KIAS, dan kolej univ lain xdapat datang kesni. Pelajar perubatan pula bertambah. Tahun demi tahun kedatangan pelajar perubatan kesini mendadak ramai. Mungkin selepas ini , pelajar2 yang belajar perubatan sahaja yang banyak belajar dimesir ni berbanding dengan pelajar yang mengambil bidang agama. Ye, mungkin itulah yang dikehendaki oleh mereka yang sanggup tengok pelajar islam kat sini susah. Ngaji agama xde tajaan JPA, perubatan ade plak beribu2 tajaan.
Pendek kata macam2lah yang berlaku, niat yg terancang oleh mereka yang tidak senang dengan kami disini. Kami menuntut hak kami. Ibuayah kami ditanahair menuggu kepulangan kami balik mempunyai kelulusan yang tinggi. JIka pegawai2 JPMK/KBMK yang dihantar itu tidak menjalankan tugas dengan baik, kami 'letih' menghadapi masalah2 ini daripada letih belajar!
Panjang kata pulak(tadi pendek kata), dorang ni semo ada kaitan dengan UMNO. UMNOlah dalang atas semua ini. Baru-baru ini ada kes berlaku melibatkan seorang pegawai JPMK dengan ketua pelajar disalah sebuah cawangan alazhar. Dahla datang ke cawangan berkenaan tanpa makluman kepada ketua pelajar tersebut, apabila dah jadi kes polis, terus dituduhnya pula mengheret nama embassy dalam kes ini. Rujuk di sni http://edpmt.org/v03/modules.php?name=News&file=article&sid=286
Saya berpandangan, banyak kes2 yang berlaku di Mesir ini melibatkan hak2 mahasiswa kami dirampas. Oleh itu, kami menuntut hak kami didengari oleh semua lapisan masyarakat. Bawaklah suara kami ini keseluruh keluarga kami ditanahair tentang jeleknya pengangai mereka. Hatta didalam parlimen pon saya syorkan untuk dibangkitkan isu2 ini, dan mendapat simpati semua rakyat yang sayangkan agama agar bangun mempertahankan agama dan golongan agamawan!
sejarah akan berulang... Malaysia kan binasa apabila tiada lagi Alim Ulama yang diberkati oleh ALLAH didalamnya.....UMnok sangat jahat... cepat kita tolak umnok ...mereka sudah gila...tidak waras.. takuttt...tak stabil....ini akan membahayakan kita... jangan terkejutkalau ada bom meletup diMalaysia... akibat Najib bodoh ni buat hubungan dgn israil laknatullah...
salamm.yb. maaf lari sikit dp tajuk.
malaysiakini melaporkan calun bn ulu selangor adalah pengundi hantu sbb ia didaftar/beralamat di sg siput bukannya rawang. tolong hebahkan
Jadi tunggu apa lagi, gembeleng tenaga dan usaha kita jatuhkan UMNO/BN secara mutlak dari pemerintahan Kerajaan Malaysia. Jika ikhlas dalam membantu agama Allah pasti pertolongan Allah datang tanpa diduga.
Catat Ulasan