15 Julai 2010

MENGAPA UMNO TAKUT DS ANWAR MENJADI PENASIHAT EKONOMI SELANGOR?

2 Syaaban 1431 H
Oleh: Mandor

KERAJAAN Negeri Selangor patut menggugurkan DS Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri? Sebab apa? Kununnya DS Anwar adalah `alat' CIA. Siapa yang kata? Seorang Blogger luar negara Elaine Meinel Supkis. Siapa yang mahu DS Anwar disingkirkan JIKA tuduhan ini benar? Siapa lagi jika bukan pemimpin Umno Noh Omar. Apa katanya lihat di sini.

Mengapa Umno Selangor begitu takut dengan DS Anwar? Tidak lain dan tidak bukan adalah mereka bimbang dengan ketokohan DS Anwar menguruskan ekonomi Selangor, maka harapan mereka untuk merampas Selangor akan berkubur. Perkataan `JIKA' Anwar terlibat sebagai `alat' CIA Amerika sudah cukup menunjukkan bahawa Umno sendiri tidak tahu hujung pangkal atau kebenaran dakwaan Blogger itu.

Maka, Noh Omar pun mencabar DS Anwar supaya menafikannya dengan menyaman Blogger berkenaan. Perlukah DS Anwar melayan seorang Blogger yang entah dari mana asal usulnya dan siapa yang membayarnya menulis perkara yang langsung tidak masuk akal itu? Jika kesemua tulisan murahan itu mahu dilayan, tidak cukup mahkamah dan Hakim untuk membicarakan kes saman terhadap Blogger-Blogger di negara kita. Bukan sedikit Blog yang melakukan kerja fitnah terhadap DS Anwar bahkan siap dengan gambar lucah di dalam blog mereka. Cuba lihat Blog-Blog pro Umno yang ada sekarang. Tidak ubah seperti `tong najis' yang mengumpul segala berita fitnah dan gambar lucah. Mahu layan otak orang sebegini?

Pelik dan menghairankan kita, terlalu mudah pemimpin Umno percaya kepada satu berita dari seorang Blogger. Hinggakan Pak-Pak Menteri yang luas dahi dan botak kepala pun percaya dengan tulisan tersebut. Tanpa ada bukti dan fakta, hanya omongan kosong sudah cukup Blogger luar negara itu `membeli' pemimpin negara kita. Begitu murah kan?

Apakah itu tanda bahawa DS Anwar akan ditahan di bawah Akta zalim ISA? Atau ianya merupakan satu propaganda terakhir untuk mencemar nama baik DS Anwar setelah kisah liwat 2 ditertawakan oleh dunia. Itulah pemimpin yang ada di dalam Umno yang masih disokong kuat oleh sebilangan orang-orang Melayu yang cintakan kerja `fitnah' ini.

5 ulasan:

UMNO SERIGALA BERBULU KUCING berkata...

ITULAH KUALITI PEMIMPIN2 UMNO BARU 1988 SKRG, DARI ATAS HINGGA KE BAWAH...MENTADBIR NEGARA MCM MENTADBIR TANDAS AWAM.

ITULAH PEMIMPIN2 UMNO YANG DI REKRUT OLEH DR MAHATHIR YANG SEMASA MAHATHIR MENJADI PM, MEREKA ADALAH GOLONGAN2 PEMBODEK, PENGIPAS DAN PENGAMPU MAHATHIR...MAHATHIR AMAT AMAT SUKA DGN MEREKA KERANA MENDENGAR CAKAP, SETIA DAN BEROTAK KOSONG, TAK MACAM ORG2 INTELEK DLM UMNO LAMA 1946 SEPERTI TENGKU RAZALEIGH YANG SENTIASA MEMBANGKANG KEMAHUAN MAHATHIR JIKA KEPUTUSAN MAHATHIR, RAKYAT YANG JADI MANGSA. CONTOH PETRONAS, ISU KEHAKIMAN DAN IMUNITI RAJA-RAJA MELAYU 1994.

MENTERI-MENTERI NAJIB, LAIN DI TANYA, LAIN YG DI JAWAB, APABILA BERTINDAK-BUKAN PENYELESAI MASALAH TETAPI MENJADIKAN MASALAH MENJADI LEBIH RUMIT-IBARAT TIKUS MEMBAIKI LABU, AKHIRNYA MASALAH RAKYAT DI SAPU BAWAH KARPET, DAN ADA JUGA DI TUDING PADA PIHAK LAIN, DIA BERAK, CAKAP PD RAKYAT, TAIK TU PAKATAN YANG BUAT...DILETAK MUKA DEPAN UTUSAN MUNA FIK DAN BERITA HARUAN (MAKAN MELAYU), HABIS 1MALAYSIA BAU TAIK DIA.

MASA KUAT ANGKUH, SOMBONG DAN TAKABBUR...BILA LEMAH, PEMBOHONGAN SEMUA DAH TERBONGKAR DAN KANTOI SATU PER SATU, MULA NAK BERBAIK-BAIK DGN PAS, SAMBIL FITNAH DAP DAN PKR...BOLEH KE PAS BERBAIK-BAIK DGN ORG2 YANG BERPERANGAI BEGINI???

BILA DIA DAH KUAT BALIK PASTI PAS AKAN DI BAHAMNYA...MCM CERITA SANG KANCIL DGN LEMBU DAN BUAYA.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju betul dgn pandangan yb idham Lim...pemikiran pemmpin UMNO rendah dan lemah...macam YB hamidah ...tak layak sungguh jadi YB....

Tanpa Nama berkata...

jangan la nak layan umno yang monupos tu.....

Kuda Perang berkata...

Pemikiran pemimpin dan penyokong2 UMNO masih berada di tahap bawah yang paling rendah..... mereka mesti berusaha kelauar dari kepompong kejahilan itu dengan menimba ilmu Islam yang sebenar, jgn setakat tahu perkara asas 5Rukun Islam semata2...

Tanpa Nama berkata...

Mereka kata DSAI alat CIA, tanpa bukti yang nyata. Bagaimana pula (mithal)kalau kita kata, Najib agen yahudi dan tali barut Amerika, sebab dia jumpa Barrack Obama, dan zahid hamidi agen Israel Zionis, sebab dia pernah jumpa pemimpin Israel(Nyatanyahu). berdasarkan bukti itu, boleh kah kita kata umno dan kerajaan Malaysia telah di kuasai oleh Amerika dan Israel dan Yahudi Zionis? minta komen dari umno.