15 Ramadhan 1431 H
Oleh: AMY CHEW
JAKARTA: Kumpulan Nasionalis Indonesia, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang didakwa melontar najis ke Kedutaan Malaysia di Indonesia semalam dipercayai sedang merancang untuk mengadakan satu lagi demonstrasi terhadap Malaysia bermula hari ini.
Kumpulan itu didakwa merancang mengusir rakyat Malaysia pada satu protes menentang ketidakadilan terhadap kedaulatan Indoensia.
“Kami akan mengadakan operasi mengusir rakyat Malaysia di kawasan Senayan. Kami akan mencukur kepala mereka sebelum mengusir mereka keluar,” kata penyelaras Bendera, Mustar Bona Ventura dalam perbualan telefon kepada The Star di sini pada Selasa.
Mustar berkata, Bendara telah membuat pemerhatian dan mereka mendapati pelancong Malaysia gemar berkunjung ke Senayan kerana terdapat banyak pusat beli belah di sana.
“Kami akan bergerak secara konvoi dengan 100 buah motosikal,” katanya.
Tahun lalu, beberapa aktivis Bendera ditangkap kerana melakukan operasi pengusiran rakyat Malaysia di hadapan ibu pejabat mereka di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat, menggunakan senjata buluh runcing.
Isnin lalu, Bendera didakwa melontar najis di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis maritim Malaysia.
Pada masa yang sama, tujuh nelayan Malaysia turut ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara tersebut. Bagaimanapun rakaman satelit menunjukkan bot nelayan Malaysia itu berada dalam perairan negara. Bagaimanapun kesemua nelayan berkenaan telah pun dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia atas alasan kurang bukti.
Bendera turut mengecam kepimpinan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia.
“Rakyat bukan sahaja marah dengan Malaysia malah dengan kerajaan dan Presiden Indonesia kerana tidak mengambil tindakan yang tegas dalam menyelesaikan isu dengan Malaysia,” kata wartawan Indonesia, Rudy Madanir.
Presiden Yudhoyono berkata, perbincangan mengenai isu sempadan akan menyelesaikan masalah
“Ini adalah era toleransi bukan berperang. Bukan itu sahaja, adalah menjadi kepentingan kita untuk menjaga kedaulatan wilayah negara ini. Kami akan melakukan apa sahaja yang dirasakan perlu untuk mempertahankan integrasi nasional,” kata Yudhoyono yang dipetik daripada agensi berita, Antara.
mStar/-

1 ulasan:
enough!!!!!!!!! kerajaan Malaysia sila kurangkan aktiviti dan perniagaan dua hala. Mereka tidak pernah datang keMalaysia betapa kita telah banyak memberi MUKA dan kemewahan yang mereka curi..Anak gadis kita dirogol,diculik,dilarikan,merompak,membunuh dan lain-lain lagi.Benteng dan Kumpulan Gayang Malaysia memang tidak faham dan mengerti akan erti semuanya ini.Saya amat terhuris dan membenci walaupun satu ketika dahulu saya suka.
Catat Ulasan