26 Ogos 2010

Bantuan cermin mata

15 Ramadhan 1431 H
Oleh: pusat perkhidmatan DUN Tronoh

Pada 21/8/2010 YB V.Sivakumar beserta dengan Pengerusi DAP Cawangan Bemban En Lim Yok See dan bekas ahli majlis MDBG En Vijakumar telah melawat Puan Kaliamal yang kehilangan suami yang meninggal dunia pada awal bulan Jun.

Puan Kaliamal dan lima orang anaknya yang kini tinggal di Tronoh masih berada dalam keadaan serba kekurangan kerana Puan Kaliamal tidak dapat pergi bekerja kerana tidak ada sesiapa yang boleh menjaga anak-anaknya.

Namun terdapat beberapa orang perseorangan serta persatuan telah sudi tampil untuk menghulurkan bantuan yang perlu agar Puan Kaliamal dapat meneruskan kehidupan hariannya.

Selain itu salah seorang anak perempuan Puan Kaliamal yang mengalami masalah rabun jauh juga di bantu oleh seorang insan yang tidak mahu dikenali. Kanak-kanak tersebut diberi bantuan sepasang cermin mata untuk membolehkannya melihat dengan jelas.

YB V.Sivakumar berkata beliau sangat menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi untuk membantu keluarga ini. Tambahnya lagi jika ada sesiapa yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tronoh di talian 05-2882105.

Tiada ulasan: