26 Ogos 2010

Selepas Pulau Pinang beri RM 400 , Kakitangan K'jaan Dapat 'Duit Raya' RM 500.

15 Ramadhan 1431H.

Sebelum ini kakitangan awam kerajaan negeri Pulau Pinang menerima hadiah istimewa sebanyak RM400 dimana semua 3,577 kakitangan menerima habuan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Kos keseluruhan melibatkan RM1.5 juta.

Hari ini berita baik menyusul untuk semua pegawai kerajaan persekutuan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan mengumumkan bersetuju untuk memberi 'Bantuan Khas Kewangan' sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal.

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan mendapat durian runtuh ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu akan dibuat sebelum 1 Syawal.

7 ulasan:

reverie berkata...

bagus untuk rakyat.

Tanpa Nama berkata...

kesian...
kakitangan petronas paling kurang dapat bonus tahunan 4 bln... hi kalau lah manager carigali dah gaji 14ribu sebulan, staf lain tak tahu lah berapa byk lg. di tambah pulak bonus... Malaysia ni sebenarnya kaya tapi kekayaan tu hanya dinikmati oleh segolongan sahaja. Kesian.

Tanpa Nama berkata...

dari KA2:mungkin bantuan khas ini akan ditolak dari bonus tahunan yang diberi.Jika bonus tahunan rm1000 tinggalah bakinya rm500 sahaja. itu pun kalau ada bonus.kerajaan boleh berkata bonus telah diberikan pada sebelum raya.BAGI saya adalah lebih kerajaan beri pada hujung tahun ini untuk menghadapi perbelanjaan untuk buka sekolah.Yang suka dapat bonus pegawai keraaajn aje!Bagaimana rakyat yang miskin yang berkerja sendiri?yang berkerja bergaji hari dan dalam ramadhan ini kurang berkerja kerana keletihan berpuasa? BAGAIMANAKAH SLOGAN RAKYAT DI DAHULUKAN? Nampaknya kita senang atas kesusahan dan keperitan orang lain, kita gembira atas kedukaan orang. Pemimpin mewah atas kesemiptan rakyat.Rakyat dikemudiaankan!Sedangkan Rasullullah berkata yang membahagikan makanan dan minuman adalah yang terakhir dapat.Itu pun jika ada baki.Sekian!

Tanpa Nama berkata...

Bila masa lak Penang beri RM400??
Bukan ke tu cadangan aje?

Tanpa Nama berkata...

Lim Guan Eng bagi RM 400, Persekutuan bagi RM 500,
Kalau Lim Guan Eng bagi RM 1000, agak-agaknya Persekutuan bagi berapalah agaknya?

Tanpa Nama berkata...

Saya tak tahu bagaimana hendak hantar artikel ke dalam blog anda! Jadi saya nak tulis di sini aje untuk renungan tuan jika ada munafaat.Tapi ceritanya lain. Ia itu mengenai pergi menunaikan haji.
Dewasa ini tiap2 tahun pemohon2 menunaikan haji merungut kerana tak dapat pergi.Sedangkan mereka belum pernah pergi lagi, sedangkan umur sudah melepasi had pencen 59 tahun.Tetapi ada yang telah beberapa kali melaluitabung haji.Ini adalah pelik.Ada yang sudah banyak kalipun dapat pergi dengan pekej swasta yang bdiberi qota oleh tabung haji dengan bayaran tinggi seperti rm20,000. Sedangkan degan tabung haji hanya rm10,00 aje.Bagaimana mereka ini dapat pergi sedngkan qota diberikan oleh tabung haji juga.Bermakna tabung haji telah memberikan qota untuk orang yang sudah pernah pergi.Ini adalah zalim kepada mereka yang belum pernah pergi.Sepatutnya qota ini diberikan kepada mereka yang belum pernah pergi degan belanja rm10,000 saja.Jika ada lebih bahrulah qota ini diberikan kepada syarikat swasta yang mengenakan bayaran lebih.Ada yang sanggup bayar sebanyak berpuluh puluh ribu. Di sini nyatalah bahawa tabung haji telah berniagakan qota ini untuk mendapat untung yang berlipat ganda.Tentu ia mendapat bayaran komisyen dari syarikat ini. Nyatalah bahawa tabung tidak amanah kepada penyimpan2nya dan berlaku zalim kepada mereka yang bermohon dan belum pernah pergi dan kurang mampu membayar lebih.SEPATUTnya tabung haji memberi laluan kepada mereka yang hendak pergi kalipertama dan jika ada baki qota, barulah boleh ia menawarkan kepada pehak swasta yang mengenakan harga yang tinggi kepada yang telah pergi beberapa kali.JIKA perkara ini tidak selesai beberapa tahun, diharap tuan dapat membawa penyelewangan ini ke parlimen melalui wakil2 parlimen kita.Wallahualam!

Tanpa Nama berkata...

cukuplah tu, gula2 tahun nie...
jgn mengharap sangat ada bonus.